Friday, 23 March 2012

REZEKI DI TANGAN TUHAN


ASSALAMUALAIKUM

Haa..baru boleh bukak lappy. Tadi hujan+petir+guruh. Hamboi, bukan main berdentam-dentum dekat luar. Cuaca lepas hujan memang best. Sejuk je. Tapi bukan tu focus utama entry Hajar kali ni okay. Cuba baca dulu potongan lagu Hafiz ni...



"Selepas hujan
Nantikan nyaman
Sesudah ribut
Pastikan tenang
Setelah sukar
Juakan senang
Lumrahnya"


Hajar nak ucapkan TAHNIAH buat kawan-kawan yang dapat keputusan BEST haritu. Tapi buat yang tak berapa best, jangan berputus asa okay. Rezeki tu di tangan Tuhan. Mungkin SPM kali ni bukan rezeki korang. Apa yang penting usaha dan terus berusaha... Pengasas NAZA pun hidup susah pada mulanya, tapi beliau tak pernah kenal erti putus asa. Akhirnya, tengok lah macam mana berjayanya beliau sekarang. Tujuh keturunan makan pun tak habis agaknya.

Okey, buat yang beragama Islam pulak, mungkin ini dugaan buat korang. Apa yang korang kene buat adalah berdoa yang terbaik untuk masa depan dan jangan berhenti berusaha. Bukanlah nak cakap yang keputusan Hajar ni baik sangat sampai nak nasihat-nasihat orang pulak. Hajar dapat 6A je. Hajar cuma tak nak korang putus asa. Masa depan kita jauh lagi. Okey???? :)

_________________________________________________________________________________________

Hajar dah stat buat doodle tau. Nantikan eah.. Hehe... (^,^)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)