Sunday, 4 March 2012

JEJAK KASIH

Assalamualaikum

Dengan suka hatinya aku nak umumkan yang aku dah berjejak kasih dengan adik angkat aku. Haha...(orang takde adik memang macam ni). Kiteorang jumpa balik dekat facebook. Nampak tak kebaikan facebook?? Adik-adik angkat aku ni aku kenal dekat Sek. Keb. Bandar Baru Serting. Masa tu aku darjah 6 diorang darjah 4. Kiteorang terpisah sebab aku masuk sekolah menengah. Lagi terpisah masa aku pindah JB. Time tu aku takde henset. Facebok-facebook ni lagilah takde. So, kiteorang lost contact macam tu je. Tapi haritu aku dapat friend reguest dekat fb. Aku tengok gambar je aku terus approve sebab dah sah aku kenal budak ni. Lepas je approve, ada pulak mesej masuk, yang berbunyi

 "ni kakak comel yang pustakawan masa tahun 2006 eah??" (kakak comel tau. jangan main-main..haha)

Mesti boring asyik baca je kan. Bagi menghilangkan boring korang, jom tengok sikit antara gambar-gambar diorang ni.


Okeh, yang kanan ni nama dia Farah Atiah yang kiri pulak Farah Nadia. Diorang ni kembar lain mak dan ayah. Dua-dua pandai, cantik, comel, and gila-gila (macam aku jugak. ngee..)




Masa aku dah nak habis sekolah rendah kan, aku adalah bagi diorang something kenang-kenangan supaya diorang ingat aku sampai bila-bila. Gambar ni aku ambil dari FB Farah Atiah. Baru je diupload semalam. Hehe..

Tanda tangan masa darjah enam. Haha..


Dapat baca tak apa yang aku tulis??? Meh aku tulis balik

  • belajar rajin-rajin ye. Biar dapat 5A dan berjaya dalam hidup
  • Jangan lupa akak ye
  • Bila dah berjaya jangan lupa diri

Moral of the story...jangan lah conteng-conteng duit. Sayang tu.. Singgit boleh buat beli ayam goreng dekat sekolah. Hehe..

Akak sayang korang :)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Benda ni aku bagi dekat Aishah Jamaludin (classmate tingkatan 2) masa aku nak pindah JB. Thanks Aishah sebab simpan lagi benda ni.

Ni tandatangan masa tingkatan 2. Dah lain kan. Aku memang suka ubah-ubah sign. Haha..

* Semua gambar dicopy dari Facebook. Thanks...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)