Saturday 29 September 2012

5 TIPS CEMERLANG DENGAN STRATEGI


Disebabkan tengah mood-mood final exam ni, hajar pun nak bagi lah beberapa tips untuk cemerlang yang ditiru dekat majalah ramaja je pon. Tu pon roomate kesayangan hajar, aziemah yang beli. hehehe...teruk2...

Okay, baca baik-baik..

1. BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
Ada sesetengah pelajar yang tak suka belajar dalam kumpulan, (macam hajar lah) sebab dikuatiri banyak masa terluang macam tu je. Mereka lebih suka baca sendiri sebab takde banyak gangguan dan lebih banyak yang boleh dibaca. (macam hajar jugak) TAPI..jika difahami konsep belajar berkumpulan dengan baik, banyak pekara bermanfaat yang boleh kita lalukan berbanding belajar sendirian. 

2. MATLAMAT DAN SASARAN
Setiap pelajar kena tahu apa tujuan dan matlamat kita belajar. Berapa "A" yang kita nak.. Jangan hanya belajar untuk memenuhi universiti serta untuk lepas ke semester yang seterusnya sahaja. Targetlah DEKAN.. 


3. PERSEDIAAN DALAM KELAS
Ketika pensyarah mengajar, sebaik-baiknye duduklah di barisan hadapan. Berikan tumpuan sepenuhnya serta tunjukkan minat yang mendalam. Libatkan diri secara aktif dan berusaha untuk menarik perhatian pensyarah, sebab, pensyarahlah yang akan tanda paper final exam kita. hehe...


4. BERKAWAN DENGAN RAKAN YANG POSITIF 
Kawan-kawan biasanya merupakan orang yang banyak mempengaruhi hidup serta pemikiran kita. Disebabkan kawan, seseorang yang lemah boleh berjaya dan kerana kawan jugalah seseorang yang hebat tu boleh gagal. Cari kawan yang mempunyai matlamat dan ingin bejaya dalam pelajarannya serta menjaga agamanya. 


5. BERFIKIRAN POSITIF
Sentiasa tanamkan dalam diri bahawa kamu seorang yang positif dalam melakukan sesuatu perkara. Ajar diri untuk berkata "aku rajin" dan elakkan perkataan "tak boleh"bermuda dari sekarang. Apabila kita berfikiran positif, semua masalah akan dapat diselesaikan dengan tenang bukan? 



Semoga korang dapatlah mempraktikkan apa yang hajar tulis ni. Semoga kita semua berjaya bersama. Good luck untuk final exam korang, dan wish me luck too... ^^,


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA