Saturday 22 June 2013

Adik-adik Part 1 : Episod 3 ( Salam cium tangan )


Budak-budak part 1 sangatlah menghormati senior. Waktu pengambilan ahli baru silat, aku sembang dengan sekumpulan junior ni. Sembang punya sembang, last-last diorang nak balik. Aku pun hulurlah tangan, diorang pun sambut dan nak cium tangan aku. Ehh!! Janganlah cium tangan akak. Akak ni tua setahun je pun dari korang. Bertarik-tarik tangan kitaorang dekat situ. Boleh-boleh diorang nak cium jugak. Haihh...apa boleh buat, biarkan jelah kan. Masa perjumpaan PESISTA dengan budak part 1 pun sama jugak, balik sibuk nak cium tangan. 

Adik-adik, dengar sini akak nak cakap okay. Akak memanglah nak korang hormat tapi tak perlu cium-cium tangan. Tak seronok lah macam tu. Macam ada jurang pulak. Kan lagi best kalau kita boleh jadi kawan-kawan macam biasa je. Akak okay je kalau korang salam tak cium tangan. Akaklah..akak-akak yang lain tu tak tau lah macam mana. :) Lagipun....KORANG LAGI TINGGI DARI AKAK. Oh tidak!! 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Suntikan HPV, baik untuk masa hadapan kita!


Khamis haritu, disebabkan kelas BEL batal, aku, Ona, Aishah, Yana dengan Nisa pergi ambil suntikan HPV dekat Unit Kesihatan. Sepanjang perjalanan "dup dap dup dap". Seram bak hang. Pun begitu aku tetap berlagak macho depan diorang. Sampai-sampai je UK, mak datuk..panjang nya barisan. Baru pukul 9 rasanya time tu. Okay, takpa-takpa, kita ambil je borang, kita beratur ye hajar. Masa dalam barisan tu, muka aku dah berubah dah sampai diorang pun perasan. Aku memang pantanglah cucuk-cucuk ni. Cucuk duit dekat mesin ATM tu boleh lah aku layan lagi. Ni cucuk badan. Wekk..haruskah aku buat-buat pengsan?

Akhirnya, sampai jugak turn aku untuk dicucuk. Duduk je atas kerusi, makcik nurse yang garang tu dah mula buka jarum dia. Teringin jugak nak tanya, "Makcik takde perasaan ke main cucuk-cucuk orang ni?" Tapi apakan daya, tak terkeluar pulak soalan tu. Makcik nurse tu suruh aku kendurkan otot bahu, tegang sangat katanya. Nanti cucuk sakit. Fuhhh fuhh...bernafas dengan baik hajar, jangan pandang jarum, pandang tempat lain. *cuk* Awww...boleh rasa jarum tu masuk lengan. Boleh rasa ubat dia mengalir. Takpa hajar, tutup mata tutup mata. Tiba-tiba. "Dah siap" Eh??? da keluar dah jarumnya? 

Balik dari UK, tangan kiri kitaorang berlima dah macam tak berfungsi pun ada jugak gayanya. Tak boleh angkat barang. Tak boleh dilanggar. Tak boleh angkat tinggi-tinggi. Tak boleh buat itu ini sesuka hati. Masing-masing tersangatlah mengambil berat dengan tangan masing-masing. Keesokkan harinya, aku pun demam. Tapi normal lah tu. Harini aku dah sihat! 

Teringat kata-kata makcik nurse "22 hb 7 datang ambil dos kedua ye" o.0??? 

*untuk keterangan lanjut tentang suntikan HPV ni, korang bolehlah baca dekat internat. Aku malas nak tulis. Hiii...bye!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday 15 June 2013

Adik-adik Part 1 : Episod 2 ( Homesick!! )



Wahhh..blok sunyi. Ramainya yang balik rumah minggu ni. Aku nampak adik-adik part 1 tarik beg bawak masuk kereta. Cemana pulak aku boleh kenal diorang? Tu tali biru tu, dipakainya jugak walaupun dah nak balik. Macam manalah aku tak kenal. Aritu aku ada tanya diorang balik ke tak minggu ni. Jawapannya, "Of course lah kak. Homesick-homesick" Hiiii...untunglah korang ea bila rindu je boleh balik. Akak dulu, genap seminggu je daftar U, akak demam. Homesick la kot. Huhu...tapi sekarang, In shaa Allah dah tak lagi dah :)

Homesick-homesick ni perkara biasa sebenarnya bagi orang-orang yang tak pernah duduk asrama time sekolah dulu, anak tunggal, anak bongsu. Ada kawan aku sampai sekarang dia homesick. Nak balik, nak balik. Nasib baik dia yang duduk dekat KL tu belajar dekat Perak je ni haa. Kalau dia belajar dekat oversea? Tak ke haru kalau tiap minggu dia nak balik. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Adik-adik Part 1 : Episod 1 ( Tali Biru )



Halo halo...kembali semula aku ke tanah Perak ini bagi meneruskan lagi semester-semester yang berbaki. Alhamdulillah aku dah masuk part 3 dah sekarang. Tinggal lagi 2 sem je nak habis. Zaman senior lah konon~

Paling seronok bila sampai-sampai je dekat UiTM, aku nampak budak-budak yang setia bersama dengan tali biru dekat leher masing-masing. Wahhh...sangat berdisiplin mereka. Pergi beli makanan dekat dewan makan pakai, pergi koop pakai, PERGI TANDAS pun depa pakai jugak! Haha... Tersangatlah senang nak detect budak-budak part 1 dekat UiTM ni. Hihi... 

Kalau diingatkan balik, aku pun macam diorang jugak dulu. 24 jam pakai. Kalaulah dunia ni ada 25 jam, 25 jam tu jugaklah aku pakai tapi yang sampai bawak masuk tandas tu idok le. Tapi zaman tu dah berlalu, sekarang... Ha! Mana kad matrik anda wahai senior-senior?? Di dalam beg kah? Atau di dalam dompet? Hahaha =D


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday 3 June 2013

Melayu dan Raya



Melayu dan raya memang tak boleh dipisahkan. Mana tak nya, belum masuk bulan Ramadhan lagi, orang-orang dah start beli baju raya dah.
Aritu aku dengan mak pergi Jakel yang baru bukak dekat Angsana tu.  Mak aiii...ramainya orang! Sana-sini, situ-sinan, dari 'english cotton' sampai 'day night'. Sungguhlah aku tak tahan. Disebabkan keadaan macam huru hara ramai sangat orang, aku pun tak terpilihlah baju yang nak dicari. Jadinya, aku dengan mak pun keluar dengan tangan kosong. 
Semalam pulak, kita orang pergi Nagoya dekat Gaint Plentong. Pun sama jugak ramainya.... Aduhai..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday 1 June 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree



Oh, saya harap sangat saya menang. Heee




Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday 31 May 2013

Nikah? Kahwin?



Perkara nikah kahwin bukannya mudah walaupun sebenarnya kalau ikut Islam senang je. Lafaz nikah, mas kahwin murah, mudah, dah sudah. Adat dan masyarakat yang buat benda ni jadi susah. Mesti orang akan kata, biar kenal dulu orang tu baru nak masuk alam rumah tangga. Dah tu...kenapa tak buat apa Allah suruh buat ; istikharah kalau nak membuat pilihan kan? Takkan nak gunakan lesen tunang untuk konon mengenal hati budi walhal benda tu dah kira maksiat? 



Tapi mentaliti masyarakat bukan macam tu. Orang keliling tak pandang kahwin awal sebagai mencegah maksiat. Orang anggap perkara tu macam sebagai ikut perasaan dan nanti cepat je bercerai-berai, porak-peranda. Betul ke macam tu? Tapi kalau dah dipandu dengan pertolongan Allah, bukan kita untuk mengatakan salah, kan? Kadang-kadang pelik bila tengok masyarakat lagi 'reda' dengan orang muda berkepit sana-sini tanpa ikatan. Dah kira macam piawai pulak kalau nak tunjukkan orang tu dah 'besar'. Sebab jadi biasa, maka orang pun anggap benda tu normal. Tapi tak semestinya kalau semua orang buat satu benda yang sama, benda tu betul, kan?

Aku dah terasa ala-ala macam tulis artikel untuk Dewan Siswa pulak. Betul la Hajar dah putus fius....haru. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday 30 May 2013

Ternyata Arif lagi comel dari moksunya..



Semalam dok seronok-seronok aku online, datang pulak budak kecik ni mengacau. Sibuk je nak tengok aku buat apa. Last-last aku bangun, sarung tudung, picture time! Pakai webcam laptop je pun. Lutfi si abang tengok je dari jauh. Bila aku ajak sekali, yang dijawabnya, "muka Lutfi mahal". Jatuh rahang aku dengar. Sape pulak yang mengajo dia cakap macam tu. Haha...tapi aku sedar aku tak comel kalau nak dibandingkan dengan Arif. Huhu....DAN aku tak sangka aku boleh pulak nak amek gambar yang sebegini rupa. 

p/s : saya tak reti amek gambar berangan macam orang lain tu. 

1..2...3....klik2!


Tunjuk gigi Arif!


Semalam kitaorang bersuka-suka. Harini dua-dua dah demam. Cuaca JB tak menentu. Kejap panas kejap hujan.

Dah masa makan ubat, sampai berjumpa lagi. Bye-bye... *dan-dan masa makan ubat -_-*


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday 28 May 2013

Duta Baru SilkyGirl


Seingat aku, kali terakhir aku kena make-up time masuk pertandingan zapin. Istilah "kena" tu sangat sesuai rasanya sebab masa tu ala-ala kena paksa. Aci redah je jurulatih tarian aku yang agak 'aw' tu conteng-conteng muka aku ni haa. Aku pun menadah je lah.

Harini aku kembali bermekap...di alam maya sahaja. Haha.. Nampak sangat aku dah takde kerja dekat rumah ni. Last-last datang idea mengedit gambau. 
 
Dan inilah hasilnya....TARA!!


Sebenarnya aku memang tak suka ber'make-up'. Pergi kelas pun tepek bedak tepung dengan gincu sikit je. Nak mengekalkan natural beauty la konon. Huhu.. Aku rasa lagi ramai orang yang sukakan solekan yang sederhana dari yang tebal seinci, 2 inci ataupun 3 inci tu. Dah macam nak lalu dekat red carpet je gayanya. Tapi kalau pakai kasut yang ada 'inci' tu aku suka la kot, sebabnya aku ni kureng tinggi sket. Hee... 

Lagipun, kalau orang yang selalu make-up tu tiba-tiba tak mekap, mesti pelik bebeno jadinya. Tak caya cuba suruh artis-artis Malaysia ke Korea ke tak mekap. Apa jadi? 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday 24 May 2013

Takpelah, saya jalan dulu




Aritu aku pergi jalan-jalan dekat Angsana. Jalan punya jalan, round punya round, akhirnya sampai la dekat tingkat atas sekali. Tingkat 5. Lutfi tengah main game panjat-panjat time tu. Aku pun dokonglah Arif, masuk kedai baju kejap. Zupp!! Terus mata aku tertarik dekat baju JDT macam yang dekat atas ni. Aku pun tanya, "Bang, baju yang warna biru tu berapa eak?". Lantas abang kedai tu menjawab, "50 ringgit dik". A what??? 50 ringgit? Mahalnya bang oi. Baik la 50 hengget tu aku pegi beli blouse ke kasut ke beg ke. Tak masuk akal pulak aku rasa baju t-shirt 50 ringgit. Abang tu sengaja ambil kesempatan musim-musim bola ni kot. Pandai je nak fitnah orang aku ni. Tapi tak tau la pulak kalau-kalau harga jersi macam tu memang mahal. Tapi dulu aku beli jersi Malaysia 15 ringgit je. Tett! Nampak sangat beli dekat pasar lambak. Dengar je abang tu cakap 50 ringgit, terus bibir aku mengukir senyuman, dan terus melangkahkan kaki keluar dari kedai tersebut. Pergi makan ikan bakar lagi baik. Sempat pulak abang tu cakap, "comel anak awak". Errrrr.....dala jual baju mahal, muka aku ada macam mak-mak ke?? Rasa macam nak cepuk-cepuk je abang ni. Tapi nasib baik tahap kesabaran aku agak tinggi. Satu lagi senyuman aku hadiah dekat dia, "terima kasih". Aku selalu kena macam tu aw. Ada sekali tu time tusyen petang-petang dekat sekolah, aku pakai la baju kurung. Ada ke patut budak sesi petang panggil aku cikgu. Hadoiyai...nasib aku kaki layan je. 

*sebenarnya aku takde idea nak update apa. So aku pun ceritalah benda-benda yang tak payah cerita pun boleh. Sehingga berjumpa lagi. Bye!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday 23 May 2013

Changing... Cing!! *sound effect*



Ahaaa! Baru-baru aku berkesempatan untuk menukar banner blog. Puas la fikir nak buat concept apa. Tapi setelah dilihat-lihat, blog aku lebih kearah vintage, jadinya aku buat la tema vintage. Dibantu oleh PicMonkey, photobucket dan photoscape inilah hasilnya. Yeay! *loncatan kegembiraan*


Yang ni pulak banner dalam kenangan. Hoho... Warna-warni. Agak kebudak-budakan sikit kot. Dengan kartun-kartunnya. Sekarang ni, aku kiranya macam dah matang sikit la. Tu yang tukar tu. Errrr..haha.


So, korang rasa mana lagi cantik? Waiting for your comment! *kalau adalah*
 Assalamualaikum :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Segmen : Blogwalking sambil "like"




Daripada aku duduk diam takda buat apa, baik join segmen ni. Dapat tambah follower dan tambah kenalan. Jom join!!! Just click the banner for more information.. :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday 21 May 2013

Tahun Belasan Terakhir


Sanah helwah Hajar! *tak malu wish birthday sendiri. Hehe.. Aku sebenarnya macam tak berapa pasti maksud 'sanah helwah' ni dulu tapi disebabkan ada orang yang post benda ni dekat fb, so mestilah maksud dia "happy birthday" kan. Takkan lah "semoga cepat sembuh" pulak. Huhu.. Dah 19 dah rupanya aku. Macam tak percaya. Lepas ni takde lagi umur belas-belas. Semua main puluh-puluh pulak. Kalau umur aku jejak seratus, merasa la pulak umur ratus-ratus. Haha.. *merepek-merepek. 


Pape pun, saya sangat bahagia semalam. Ramai yang wish. :) Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa sehingga ke hari ini. Dan ingatlah kawan-kawan, seiring bertambahnya usia kita, bertambah dekatlah kita menuju Allah. Usia yang muda ni kita kena pergunakan dengan sehabis baik dan bukan untuk enjoy saja. Okay? 

Peringatan untuk korang dan aku jugak =)

Gambar kek yang dipos fizie dekat fb. Hoho..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday 17 May 2013

Satu badan bau ikan!


Tadi pertama kalinya aku basuh akuarium abang. Biasa aku tongkat dagu je tengok abang basuh DAN tak pernah terfikir pun aku nak basuh benda alah tu skali. Tapi minggu ni abang busy sangat dengan kerja dia, sabtu ahad busy pulak dengan kelas PJJ dia, aku jugak yang kena basuh. Karang kalau tak basuh naya binatang pulak. Jadinya, aku bertemankan emak, memulakan operasi kami. 

Bukak-bukak je pintu akuarium tu, JENG JENG JENG...mak aii bau!! Aku pun terfikir-fikir, ikan ni duduk dalam akuarium ke duduk dalam parit? Apasal baunya busuk semacam? 

Setelah beberapa minit kami berhempas pulas basuh, taraa!!! Inilah hasilnya. Dah bersih..yeayy!!



*Gambar yang sikit punya besar. Huhu..bye!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday 5 May 2013

Election Day...



Hyepp,,harini hari "Jari Biru SeMalaysia".. Masing-masing excited betul post gambar jari masing-masing yang berdakwat biru. Haha.. Takpalah, 5 tahun sekali kan. Apa pun, aku harap korang memilih pemimpin yang benar-benar boleh memimpin. Jangan hanya memandang luaran. Setiap manusia tu tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Semoga Malaysia akan tetap aman, sejahtera dan bersatu dan semoga bangsa Melayu tidak akan pernah menumpang di negara sendiri. Amin... Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Enjoy your election day. Hati-hati di jalan raya. :)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday 3 May 2013

Kenduri, kenduri dan kenduri


"Keluarga perlu sentiasa bersama"


Cuti pekerja haritu, keluarga aku buat sedikit kenduri kecil-kecilan yang aku jangka besar-besaran kemeriahannya. Bukan sahaja dapat bagi orang makan, kami juga merapatkan lagi hubungan sesama keluarga. Hari yang penuh dengan gelak ketawa, suara bualan di sana-sini, jeritan dan tangisan anak-anak buah yang berebutkan mainan. Memang keadaan ini membingitkan tetapi keadaan inilah yang bakal aku ingati dan rindui sepanjang hayat aku. Wajah-wajah gembira dapat dilihat di sana-sini. Sesungguhnya aku amat sayangkan keluarga ini dan keluarga ini perlu sentiasa bersama-sama supaya kasih-sayang ini akan tetap milik kita selamanya. 

Cewahh... Ni dah kenapa semacam ayat aku hari ni. Bahana dah lama tak update lah kot. Haha... Dah-dah. Taknak cakap banyak. Tengok gambar jelah ea. 

Persiapan makanan, kitaorang letak dekat luar. Tema open air la konon. huhu



Tetamu dah sampai
Makan time



Sebahagian kaum wanita di dapur
Masa untuk tuan rumah makan pulak



Wajah kegembiraan terpancar. Huhu.

Lutfi dengan dua pupu, Iman
Si comot Arif
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Semua orang pun kenyang. Jadinya, jutaan terima kasih diucapkan kepada orang dapur iaitu emak-emak saudara yang diketuai oleh emak. Diorang memang masak sedap. Orang kata, adik-beradik emak masak sedap tapi belum boleh kalahkan air tangan nenek. Macam mana agaknya rasa arwah nenek masak ea?? 

Sekian sahaja entry yang banyak gambar kali ini. Assalamualaikum... :)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA