Wednesday 29 February 2012

LEAP YEAR YANG MELOMPAT

Assalamualaikum

Hari rasa macam nak terlompat-lompat pulak memandangkan hari ni kan tahun lompat. So, sape-sape yang tarikh lahir dia hari ni, sambut puas-puas ye. Yela, korang kan kena tunggu lagi 4 tahun nak sambut birthday korang. Tapi untung jugak. Jimat sikit duit belanja nak buat birthday party. Hehehe... 


Apa itu tahun lompat????

Kalau korang nak tau, tahun lompat adalah tahun dimana tambahan hari telah ditambah dalam bulan Februari. So, tahun ni kita ada 366 hari berbanding tahun-tahun biasa lain yang ada 365 hari sahaja. Tahun lompat ni berlaku 4 tahun sekali sahaja. 

Ada jugak sesetengah negara yang percaya pada tahun lompat ni, perempuan dibenarkan melamar lelaki. Bagi diorang, tahun lompat juga dikenali sebagai "Bachelors' Day". Lelaki yang dilamar dikehendaki mambayar 'Sogit' seperti pembelian pakaian, cincin dan sebagainya sekiranya menolak lamaran tersebut. (macam tu, perempuan-perempuan kat negara tu pergi jelah lamar mana-mana lelaki yang dah sah-sah tak suka diorang. boleh dapat baju free. haha)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

'WALK-WALK' DI PLAZA ANGSANA

Assalamualaikum


Semalam, buat pertama kalinya aku tengok cerita nangis (Haha, tak pernah-pernah MENGADE). Aku tengok cerita Stairway to Heaven episod akhir. Memang sedih sangat jalan cerita dia. Last-last heroinnye mati pulak..



Ni lah hero ngan heroinnya


*******************************************************

Eheh,,kali ni dalam entry ni, aku nak cerita sikit beberapa perkara yang pelik, tapi takde lah pelik sangat. Aku je kot yang rasa pelik. Ke aku yang pelik? Atau orang lain yang pelik tapi tak rasa yang diorang tu pelik? Atau aku je yang nampak diorang tu pelik tapi orang lain tak nampak pun kat mane pelik dia? (apa aku merepek ni...)


Okeh, kita teruskan. Kelmarin, memang hari yang memenatkan. Sampai rumah je, pening kepala datang. Hamek... Aku dengan akak-akak aku, juga tidak ketinggalan Lutfi pergila jalan-jalan dekat Plaza Angsana semalam. Bukan ber'shopping' pun, kiteorang saje jalan-jalan buang sawang kat kepala. Sepanjang tempoh kiteorang berjalan-jalan tu, ada lah beberapa situasi yang menarik perhatian dan kepala aku untuk tertoleh ke arah situasi tersebut.



SITUASI PERTAMA

Kiteorang singgah dekat satu restoran makanan segera ni. Tapi aku tak makan pun, aku tukang habiskan je mee kari akak aku. Sambil makan-makan tu,,kiteorang pun lepak-lepak la kejap. Seronok betul duduk dekat kerusi diorang yang ala-ala buaian tu. Sambil makan, sambil buai-buai. Lama-lama rasa nak muntah. haha.





Masa makan tu, aku terpandang la sorang makcik ni. Dah berumur. Kesian dia aku tengok. Duduk sorang-sorang je. Tunggu sape pun aku tak pasti. Lama jugak kiteorang duduk kat kedai tu. Takde sorang pun yang datang ambil makcik tu. Nak kata anak makcik tu kerja dekat kedai makanan segera tu, Takde pulak makcik tu jengah-jengah dekat bahagian pekerja kedai tu. Dok tengok luar je adelah. Otak aku dah fikir lain dah. Anak makcik tu memang sengaja tinggalkan makcik tu kat situ ke?? Erk,,tak tahu la. Aku agak je. Tak baik berperasangka buruk dekat orang kan. Tapi, kalau betul lah anak makcik tu dah tak sayang sangat makcik yang dah mengandung and membesarkan dia,,lebih baik dia tinggalkan makcik tu dekat rumah orang-orang tua ke. Terjamin sikit hidup makcik tu. Kan...



SITUASI KEDUA

Disebabkan perut aku kekenyangan tahap nak pecah, kaki pulak rasa macam nak tercabut skru, aku pun tunggu jela dekat tempat duduk dalam Angsana tu sementara akak aku pergi bayar duit parking. Sambil duduk-duduk tu, aku pun tengok-tengoklah gelagat orang yang lalu lalang depan aku. Nak dipendekkan cerita, aku pun terpandanglah satu pasangan yang tengah jalan-jalan dengan sorang budak kecik perempuan. Dari pandangan cermin mata aku, dah sah-sah la tu anak diorang sebab mula-mula diorang pegang tangan budak tu. Tapi lame-lame aku tengok dah tangan ke mana, budak ke mana. Diorang tengah busy fikir nak beli apa kot sampai terlupa anak sendiri. Nasib baik budak tu pandai je ikut belakang mak dia. Pelik lah. Sanggup diorang biarkan anak macam tu je. Nanti, kalau anak tu kene culik ke hilang ke..barulah nak menangis air mata darah. Masa tu, nasi dah jadi bubur lah. 
So, kat sini aku nak nasihatla kat korang. Nanti, kalau korang dah ada anak, jaga lah betul-betul okay. Haha...


Dala, tu je kot yang aku nak cerita hari ni. Nanti-nanti kalau aku jumpa lagi benda yang pelik-pelik, aku cerita lagi dekat korang ye. Okay, bye-bye.


*LIVERPOOL menang laa lawan ngan CARDIFF CITY (3-2) hahaha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday 27 February 2012

DIA SUDAH SEMAKIN BESAR


Assalamualaikum... 
Selamat pagi semua!!! Jam sekarang ni dah pukul 12.45 PAGI. Mak aku marah sebenarnya stay up pagi-pagi ni, tapi mak,,ni la keje anak bongsu mak ni. Pagi-pagi ni lah terasa macam nak tulis bende baru dalam blog. Hajar tak bukak pesbuk tau mak...
 Okay,,sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita. Aku nak cerita yang anak buah aku, dah pandai cakap sikit-sikit. Tapi kelakar la bahasa dia. Cuma dia dengan budak sebaya dia je yang paham. Haha (^o^)


gambar ni time kiteorang pergi wet world batu pahat. 
Muka aku tengah menahan berat tu..hehe


Ni antara terjemahan bahasa lutfi eah...

amaa = emak
akok = atok

Perkataan lain yang dia tau,,abah, bear, nenek, come..ade lagi. Tapi tak ingat la pulak. Haha,,tetibe je tak ingat. Dia dah pandai denga arahan sikit-sikit jugak. Kalau nak suruh dia basuh tangan..cakap macam ni lutfi,,wash your hand... kalau nak suruh buang pampers adik dia pun dia geti jugak.
Tapi,, yang paling best...aku yang sepatutnya dia panggil maksu, dia panggil hajar....haha.
Okay,,mata pun dah ngantuk. Nak tidur dulu ye. Bye...



*Pagi ni LIVERPOOL lawan CARDIFF CITY. Liverpool pasti menang punya lah!!!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday 26 February 2012

NEW VERSION NEW LOOK

Assalamualaikum...

Macam mana korang? Suka tak rupa baru blog saya ni?
Kalau suka, sila angkat tangan tinggi-tinggi biar saya boleh nampak okay..haha

*******************************************

Ada dua sebab kenapa tajuk NEW VERSION NEW LOOK ni dibuat. Pertama, sebab pembaharuan yang telah saya buat dekat blog. Kedua, disebabkan pembaharuan manusia-manusia zaman sekarang ni. Bukanlah nak kata yang saya ni kolot atau apa, tapi perangai diorang yang versi baru ni semakin pelik. Mana dengan perangai remajanya yang semakin kebaratan, sehinggalah ke golongan dewasa yang semakin menindas antara satu sama lain semata-mata untuk mengecapi kesenangan diri sendiri. Ish3..ape nak jadi zaman sekarang. Macam mana pulak dengan keadaan akan datang??? 



Ni tengah merenung masa depan la ni..haha



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday 23 February 2012

BROWNIES SPECIAL



  • Siti 'Aisyah Tajudin bagi aku resipi kek coklat weh.yg simple2.haha
    13 jam yang lalu ·  ·  1


    .......................................................................................................


    Assalamualaikum...
    okey,,buat pertama kalinya blog aku dapat permintaan. Waa,,terharu lah.. Haha.. Buat kawan aku, aisyah..terima kasih. Post kali ni khas untuk kau ye.. (^,^)

    siape suka kek coklat?? angkat tangan...



    BROWNIES SPECIAL





    Jom belajar cara-cara buat  kek ni okay.. Jangan tahu beli je..


    Bahan A
    1 cawan susu cair
    1 cawan buttercup cair
    1 cawan air panas
    2 cawan gula perang 


    Bahan B [kacau rata]
    2 biji telur gred B
    1 sudu kecil esen vanilla


    Bahan C [ayakkan]
    2 cawan tepung gandum
    1 cawan serbuk koko (van houten)
    1 sudu kecil baking powder
    1 sudu kecil soda bikarbonat








    Cara-cara membuatnya
    1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
    2. Kacau bahan A sehingga sebati.
    3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
    4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
    5. Sapukan sedikit mentega di permukaan loyang.
    6. Bakar selama 45 - 50 minit.
    7. Sejukkan kek dan curahkan topping di atasnya.


    Cara-cara membuat topping
    1. coklat masak potong kecil-kecil
    2. buttercup tu ambil setengah je

    Campur semua bahan dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Guna kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. Bila dah suam sikit baru curahkan atas kek tadi.



    Ni dia kaedah double boil tu. Periuk yang bawah tu letak air dalam dia. Bahan-bahan semua letak dalam periuk yang atas.


    Selamat mencuba ye semua. Dah siap pos lah sikit. Nak jugak rasa air tangan korang.
    Akhir kata, kurangkan manis dalam kek, lebihkan manis dalam senyuman.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

SELAMANYA MALAYSIA



Assalamualaikum...

Hai,,,mesti ramai la yang tengah sedih, kecewa, tertonggeng sekarang ni memandangkan Malaysia dah kalah dengan Jepun 4-0. Huhui,,sedeh betul. Kalau pun Malaysia menang malam ni, tak bawa ke mana sebab Malaysia memang dah terkeluar dari senarai kelayakan Olimpik 2012. 




Okay, nak komen sikit. (haha,,tak memasal). Malaysia bukan tak pandai main sebenarnya. Cuma diorang perlu perkemaskan lagi cara diorang pas dan sambut bola. Diorang ni jugak yang aku nampak suka main kumpul-kumpul. Khairul Fahmi Che Mat pun kureng malam ni. Nasihat aku, kalah takpe, yang penting jangan mengalah.






Macam-macam komen yang aku dah baca kat facebook. Ada yang bagi komen memberansangkan. Ada yang kutuk habis! Yang kutuk habis tu, meh sini main, nak tengok sikit dapat sumbat gol ke tak (haha,,marah ni). 
Pada aku, Malaysia memang best.. Kalah ke menang ke, aku tetap akan sokong.


selamanya...selamanya...selamanya...
sokong MALAYSIA!!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA