Saturday 31 March 2012

SEGMEN : BLOGLIST APRIL-MEI BY SHARFYNARZ



Assalamualaikum...

Klik untuk join !!!

Wooohooo...segmen lagi. Hehe. Mintak-mintak follower ngan trafik blog menaik. Hehe. Peace!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

DOODLES PERTAMA

ASSALAMUALAIKUM...

Harini dengan suka hatinya Hajar mempersembahkan doodles pertama yang dilukis sendiri oleh Hajar. Memang la tak secantik doodles-doodles blogger yang dah pro. Hajar akui itu. Haha. Okey, bagi yang nak ambil doodles ni untuk dijadikan header atau nak letak dekat sidebar, ambil saja. Takde yang marah pun. Tapi, kenalah bagitau dulu ye. Bolehlah Hajar tengok karya Hajar yang tertempek dekat blog korang tu kan, dan kalau boleh, followlah blog Hajar dulu ye. Hehe...

Doodles Muslimah


http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_a-1.png


http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_l.png


http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_q.png


http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_o.png


http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_p.png

http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_r.png

http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_s.png

http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_t.png


 http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_u.png

http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/th_v.png



Hope korang suka!!! Nanti kalau rajin, Hajar try buat header pulak ye.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

AJAMOPPICAL'S 1st GIVEAWAY : THE LAST SONG



ASSALAMUALAIKUM...

Hai Azam..Hajar tau Azam baca entry nih. Haha.. Korang-korang ni jangan pulak fikir lain. Memang la dia baca, sebab dah dia yang buat giveaway ni. Tentu-tentu lah dia baca kan.. :)

klik sini untuk join!

Masuk minggu ni je, dah berapa banyak kali Hajar join segmen+giveaway. Tujuannye untuk menambahkan lagi rakan bloggers (#nak tambah followers la tu) dan nak dapat hadiah laaa. Untuk giveaway kali ni, hadiah dia buku THE LAST SONG tu... Sapa yang tak nak. Hehe.. So, untuk Azam. Thanks dah buat giveaway yang best ni. Sila bagi Hajar menang ye.. #wink wink

Siap!!! Nak tag dekat...


Semua 'm'. Haha...


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday 30 March 2012

BLOGKU BERWAJAH BARU


Assalamualaikum...Hai hai hai!!!

Ada tak yang perasan blog Hajar dah berubah?? Masuk ni, maknanya dah dua kali Hajar ubah rupa blog. Cuba tengok entry ni. Haa, waktu ni baru-baru lagi buat blog. Hehe...seronok rasanye. Background berubah.. Header pun da lain.. 

Jadinya, harini Hajar nak buat special thanks dekat blog-blog yang Hajar jadikan reference. Antaranya adalah blog Tia yang dah buat tuto pasal cara-cara nak transparentkan gambar. blog Iema yang dah buat blogskinblog Nabila yang ada banyak freebies dengan gambar untuk header. Ada jugak background yang cantik-cantik kat situ. 

So, apa tunggu lagi. Jom la terjah dan like blog-blog diorang ni. Okey!!!! Bye!!! 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

SEGMEN : BLOGLIST APRIL-MEI BERSAMA JEBAT

aku si JEBAT

Assalamualaikum

Klik untuk JOINHarini Hajar join segmen ni pulak. Korang pun join la sekali. Boleh tambah kawan blogger. Kan...

 Hajar pun rasa macam nak buat segmen sendiri jugaklah. Tapi, ada sambutan ke tidak eak??? Haha..

Untuk segmen ni, Hajar tagkan dekat follower terbaru Hajar..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday 28 March 2012

KEMANAKAH????


ASSALAMUALAIKUM

Alaa...sejak dua menjak ni tak tau pulak nak update ape dekat blog. Aishhh..mane peginye idea-idea ni sume ni??? Rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding je bagi idea keluar. 

Sekadar gambar hiasan...haha


******************

Haa,,mesti ramai blogger-blogger yang ada masalah yang sama macam Hajar kan....ngaku-ngaku...haha. So, malam ni Hajar nak bagi tips sikit macam mana nak keluarkan idea-idea tersebut okay....

Apa yang korang boleh buat...

  • Tenangkan fikiran, jangan fikir benda-benda lain yang menyerabutkan lagi pale otak tu..
  • Cite jek apa yang telintas dekat di benak fikiran tu..contohnya macam ni... (tapi, janganlah buat ayat macam kat bawah ni. Menyampah pulak orang nak baca kang...sape yang rugi??)
Kelmarin, I pergi seminar 'Jom Masuk U' dekat Persada. Punyalah ramai orang kat situ uols.... Tensionnye I...terlanggar bahu orang tu, terpijak kaki orang ni.. Tapi, nasib baiklah I nampak sorang  mamat ni. Hensem bukan main. Kuranglah sikit rasa tension I tu...Hikhik..

  • Tulis blog waktu pagi. Time tu, otak segar lagi. (Idea pun macam sukarela jek nak keluar. #Ade ke?? haha )
  • Tulis pasal isu semasa.. Contohnya..
Awal Ashaari purpose Scha Alyahya live tu. Gempak habis...

  • Tanya mak, ayah, abang, akak, adik nak update apa kat blog. 
  • Susah-susah sangat, tak payah update. Pegi je blogwalking kat blog-blog orang lain. Takpun, tutup laptop, TIDUR... ^____^

Tu aje nak cerita harini. Semoga korang-korang yang takde idea tu dapat la sedikit income dari entry kali ni ye...

Bye!!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday 24 March 2012

CONTEST AKU SUKA MAKAN COKLAT!!



ASSALAMUALAIKUM

Lepas Hajar baca je entry blog Kak Azee, Hajar pon cepat-cepat nak tulis entry baru jugak. Sebab ape?? Sebab nak join contest ni lah. Contest AKU SUKA MAKAN COKLAT!!! Klik link ni untuk join sekaki ye... >>> chocoSweeties

Haa..kawan-kawan Hajar kat sekolah dulu mesti twu yang Hajar ni hantu coklat. Rehat makan coklat. Time tengah belajar dalam kelas pun boleh kunyah coklat senyap-senyap. Waktu kelas tambahan, makan coklat. Waktu makan tengahari minum air coklat. Sambil tengok tv pun makan coklat...

Tapi kenapa eak?? Sebabnya, coklat merupakan sumber tenaga. Sebab tu lah Hajar suka makan coklat kalau dekat sekolah. Bila ada tenaga, baru lah semangat nak belajar. Coklat jugak mudah didapati dan proses nak makan tu memang senang. Cuma perlu koyakkan plastik then ngap!!! sedap pulak tu. Nak-nak coklat yang ada kacang tu.. Wah!!! Coklat juga baik untuk jantung sebab dia ada antioksidan.... Ada jugak yang cakap coklat boleh mengurangkan rasa sakit time period pain. Yang tu tak twu la pulak. Tak pernah cube.. Hehe..

Kesimpulannya,,coklat memang sedap!!!

Tag dekat..


Wokeh..siap!!! Hope menang!! ;D 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday 23 March 2012

REZEKI DI TANGAN TUHAN


ASSALAMUALAIKUM

Haa..baru boleh bukak lappy. Tadi hujan+petir+guruh. Hamboi, bukan main berdentam-dentum dekat luar. Cuaca lepas hujan memang best. Sejuk je. Tapi bukan tu focus utama entry Hajar kali ni okay. Cuba baca dulu potongan lagu Hafiz ni...



"Selepas hujan
Nantikan nyaman
Sesudah ribut
Pastikan tenang
Setelah sukar
Juakan senang
Lumrahnya"


Hajar nak ucapkan TAHNIAH buat kawan-kawan yang dapat keputusan BEST haritu. Tapi buat yang tak berapa best, jangan berputus asa okay. Rezeki tu di tangan Tuhan. Mungkin SPM kali ni bukan rezeki korang. Apa yang penting usaha dan terus berusaha... Pengasas NAZA pun hidup susah pada mulanya, tapi beliau tak pernah kenal erti putus asa. Akhirnya, tengok lah macam mana berjayanya beliau sekarang. Tujuh keturunan makan pun tak habis agaknya.

Okey, buat yang beragama Islam pulak, mungkin ini dugaan buat korang. Apa yang korang kene buat adalah berdoa yang terbaik untuk masa depan dan jangan berhenti berusaha. Bukanlah nak cakap yang keputusan Hajar ni baik sangat sampai nak nasihat-nasihat orang pulak. Hajar dapat 6A je. Hajar cuma tak nak korang putus asa. Masa depan kita jauh lagi. Okey???? :)

_________________________________________________________________________________________

Hajar dah stat buat doodle tau. Nantikan eah.. Hehe... (^,^)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday 21 March 2012

ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM :D



Seperti yang sedia maklum lah kan, Hajar pergi amek result SPM dekat sekolah tadi. Alhamdulillah lah, Hajar dapat 3A+ 2A 1A-1B+ Hehe. Berpuas hati jugakla dengan apa yang Hajar dapat. Hehe. Yang tak sangka, sejarah Hajar boleh dapat A-. Sebelum ni tak penah dapat B pun untuk Sejarah. A apatah lagi. Miracle ni. Haha.. 


okay, waktu ni kat rumah. Sebelum amek result. Senyum pun macam tak ikhlas je.


Gambar di bawah sepanjang proses pengambilan result..tengoklah. Tak kene bayar. Hehe


Ni Zeenatul nama dia. Dapat STRAIGHT A!!! Dasyat tak dasyat tu..haha


Dengan Cikgu Ishak. Cikgu yang tak pernah jemu bagi nasihat dekat Hajar


Lepas dah amek result, kite orang pun pegila jalan-jalan tengok kelas lama, tengok tandas (tempat kite orang merenung wajah. haha). So, Hajar adalah amek beberapa gambar, buat kenangan.

Ni kawasan kelas Hajar


Gambar yang kanan yang peling sentimental ni. Ni la port dak-dak pompuan kelas Hajar lepak-lepak, baca buku time rehat. Haha..baca buku la sangat. Tangan je pegang buku. Mulut cakap pasal bende lain..


Sempat la Hajar amek gambar dekat sini.. Sekolah..KENANGAN TERINDAH. Haha..


 *Cuma nak kongsi kegembiraan, bukan nak menunjuk-nunjuk :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

SANDSLOVA NAK BAGI HADIAH UNTUK SAYA!!

Assalamualaikum...

KLIK untuk sertai!!!

Okay, harini Hajar join segmen ni pulak. Haha. Mintak-mintak menang. Kalau menang, hadiah tu sempena result SPM yang Hajar baru dapat tadi la. Hehe..
Sekarang, kene jawab soalan pulak.

1. Hajar minat tudung jenis bawal kerana tudung ni tak lapuk dek hujan tak     lekang dek panas. haha

Nah,,tengok gambar Hajar pakai tudung bawal. Hehe

2. Tudung yang saya rasa saya suka dalam SANDLOVA ialah bawal crowd  sebab Hajar kan suka tudung bawal..hehe. Lagipon, design tudung yang ni cantik!

Ok..sekian...harap menang. Haha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday 20 March 2012

BERAPA NILAI BLOG ANDA

Assalamualaikum...


Haa, dengan suka hatinya Hajar umumkan bahawa blog Hajar dah bernilai RM1205.41. Hehe..takdelah banyak mane. Tak macam blog-blog follower yang lain. Tapi okaylah untuk blog yang berusia sebulan 13 hari ni. Tak caye?? Cer tengok ni...

Hajarhawa.blogspot.com Valuation RM 1,205.41
www.Hajarhawa.blogspot.com currently has an unknown rank.
Google Inc. California Mountain View, United States is the location of the GSE server. A list of keywords include, 5:05:00 PM, 4 comments, 6:18:00 PM, 4 comments, Posts (Atom), , , March, SEGMEN BLOGWALKING BY AZIMAH ZULKIFLI. utf-8 Character encoding is being used,
Hajarhawa.blogspot.com's IP Number is 74.125.227.140. Which has latitude & longitude coordinates of 37.3801, -122.0865. The domain is registered under the suffix .com, and is named hajarhawa.
Website ValueRM 1,205.41 *
Daily Pageviews< 10 *
Daily Visitors< 10 *
External Links-
*Estimated figures only, please read the disclaimer


Mesti ramai blogger yang dah tahu pasal ni kan. Hajar baru tau ni. Haha.. Tapi, ada tak yang nak try??? Cara-caranya adalah...

1. Bukak link ni dulu, http://bizinformation.com.my/
2. Pastu, masukkan web blog korang dekat ruang yang disediakan.
3. Tunggu kejap...
4. Selepas tu, tara!!!! keluarlah berapa nilai blog korang. :)

#nilai blog Hajar tak sampai 2000 pon.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

DEBARAN KIAN TERASA



Assalamualaikum

Dengan ini diumumkan bahawa result SPM 2011 akan diumumkan pada 21 MAC 2012!! Besok la eak??? Haha buat-buat tanya pulak. Mau terkeluar anak tekak time baca artikel pasal ni dekat surat khabar. For sure lah, rakan-rakan seperjuangan semua dah mula kecut perut sekarang ni. Dan,,sudah semestinya, besok berakhirlah Takutnye....tula, dulu tak nak baca betul-betul. Sekarang baru kau nak takut Hajar. 
Okay-okay, Hajar terima berapa pun Hajar dapat. Yang penting kene banyakkan berdoa. Bak kate sorang kawan Hajar kat facebook...

 Doa itu umpama WIRELESS.. COVERAGEnya ada di mana-mana :)

Jadinye kawan-kawan...jangan pernah berhenti berdoa dan berharap okay. Kejayaan akan datang bila-bila masa je. Sekali jatuh tak bermakna jatuh selamanya.  #ayat nak sedapkan hati sendiri. hehe.. 

wokay...sekian saje. Nantikan post Hajar yang seterusnye ye.....hehe




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday 17 March 2012

SEGMEN BLOGWALKING BY AZIMAH ZULKIFLI


ASSALAMUALAIKUM...

Hari nak post pasal segmen blogwalking. Hah?! Segmen lagi?! Haha... Bagus tau join segmen-segmen ni. Dapat terjah blog orang lain. Tengok diorang punya kekreatifan. Kagum tengok masing-masing punya blog. Selain tu, dapat tambah follower. Cer tengok follower Hajar dah berapa. Baru 22 orang je!! Tu pun hasil daripada segmen-segmen sebelum ni. Hehe.. 

klik dekat SINI kalau nak tahu lebih lanjut pasal segmen ni.

Okeh, untuk kali ni, Hajar join segmen blogwalking by AZIMAH ZUKIFLI. Dia ni sama baya dengan Hajar. Juga berada dalam bidang yang sama iaitu PENGANGGUR TERHORMAT. Dan dua-dua tengah tunggu tarikh bersejarah 21 Mac ni. Haha... So, sape yang dah singgah blog Hajar yang tak seberapa ni..meh pakat-pakat follow ye.. Terima kasih... Untuk segmen ni, Hajar nak tag dekat AMIR HARIRI yang blog nye wane kuning pekat tu..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday 16 March 2012

JOM JADI GENG KAMI BLOGGER MALAYSIA


Assalamualaikum...

Hehe..Hajar jumpe benda ni pulak. So,,ape lagi. Joinlah!!

ini link untuk gambar dia atas...

Hajar berasal dari Johor Bahru...

Nak tag dekat...MIRFA..YANAE..EE..FARHANA..IKIN

Yeay...siap!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

JALAN-JALAN TAMBAH KENALAN

Assalamualaikum... 

Masa Hajar bukak blog ni tadi, Hajar perasan ada follower baru. Terima kasih Kak Azie. Wah!! Gumbira tak terkata. Maklumlah, blog Hajar ni kan baru lagi. Baru berapa kerat je follower. 
Dipendekkan cerita, bila Hajar bukak blog Kak Azie, Hajar pun perasan la satu segmen ni yang menarik Hajar untuk join same. Hehe..

KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut pasal segmen ni

Sehubungan itu..Hajar diarahkan untuk menjawab beberapa soalan...

   1. Perkara yang sering diangan-angankan :
                   HAJAR SELALU BERANGAN NAK BELAJAR DEKAT OVERSEA. HEHE..

   2. Anda obses/fanatik/gila/minat dengan :
       GADGET BARU!!. TAPI TAK CUKUP DUIT PULAK NAK BELI..THEE
  
   3. Anda akan blogwalking jika......?
      JIKA TAKDE KEJE NAK BUAT. (MEMENG SELALU TAKDE KEJE NAK BUAT PON) 



Okey...da siap!!! SEKIAN :)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday 14 March 2012

BIDADARI SYURGA



ASSALAMUALAIKUM


Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu


Negara kita semalam dikejutkan dengan berita penemuan mayat Nurul Nadhirah@Dirang di ladang kelapa sawit berhampiran dengan rumahnya. Mayat Dirang yang ditemui didapati rentung dan perkara tu dah pun disahkan hasil daripada ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui. Dirang didapati hilang selepas keluar membeli mee segera dan telur sorang-sorang di kedai berdekatan rumah setelah disurah oleh emaknya.




Hmm..sedih betul dengar berita semalam. Kenapalah mesti ada manusia yang bertopengkan syaitan macam ni. Tak kesian ke tengok budak tu?? Dia baru 5 tahun je hidup kat dunia ni. Tak tahu apa-apa. Tapi takpelah, dia meninggal pun, straight masuk Syurga kan.


Sehubungan dengan tu, aku ada buat sikit penyelidikan tentang kes-kes lama yang berkaitan...




SENARAI KES KANAK-KANAK HILANG, ROGOL DAN BUNUH




17 Januari 2004
Adik NURUL HUDA ABD GHANI pelajar tahun 4, meninggal dunia selepas dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelaki antaranya pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB, Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru. Namun begitu, pesalah terlepas daripada hukuman mati. Mohd Abbas Danus Baksan hanya menerima hukuman penjara 20 tahun dan 24 kali sebatan. Sekali lagi dia terlepas hukuman sebatan kerana ketika itu dia berumur 52 tahun. Adilkah bagi keluarga mangsa???




__________________________________________________________________________________________





16 SEPTEMBER 2007

Adik NURIN JAZLIN JAZIMIN pelajar tahun 2, dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Punca kematian adalah disebabkan penderaan seks terhadapnya menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria. Ketika ditemui, mangsa didapati kurus dan pelbagai kesan lebam pada badannya. Sehingga kini, pesalah masih belum ditemui. 






_________________________________________________________________________________________




2008
Adik SHARLINIE MOHD NASHAR, 5 tahun dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya, Sharliena, 8 tahun di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya. Mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan tidak diketahui samada mangsa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. 






______________________________________________________________________________________________________

Ramai lagi sebenarnya kanak-kanak yang malang macam yang atas. Tak dapatlah aku nak senaraikan semua. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada ibu bapa yang lain supaya memantau anak-anak mereka dengan baik. CEGAH SEBELUM PARAH. Apa-apa pun, kita sedekahkanlah Al-Fatihah dekat diorang semoga roh diorang dicucuri rahmat. 


~ AL-FATIHAH ~


*lepas dah baca, tolong klik dekat sini ye.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA