Saturday 22 June 2013

Adik-adik Part 1 : Episod 3 ( Salam cium tangan )


Budak-budak part 1 sangatlah menghormati senior. Waktu pengambilan ahli baru silat, aku sembang dengan sekumpulan junior ni. Sembang punya sembang, last-last diorang nak balik. Aku pun hulurlah tangan, diorang pun sambut dan nak cium tangan aku. Ehh!! Janganlah cium tangan akak. Akak ni tua setahun je pun dari korang. Bertarik-tarik tangan kitaorang dekat situ. Boleh-boleh diorang nak cium jugak. Haihh...apa boleh buat, biarkan jelah kan. Masa perjumpaan PESISTA dengan budak part 1 pun sama jugak, balik sibuk nak cium tangan. 

Adik-adik, dengar sini akak nak cakap okay. Akak memanglah nak korang hormat tapi tak perlu cium-cium tangan. Tak seronok lah macam tu. Macam ada jurang pulak. Kan lagi best kalau kita boleh jadi kawan-kawan macam biasa je. Akak okay je kalau korang salam tak cium tangan. Akaklah..akak-akak yang lain tu tak tau lah macam mana. :) Lagipun....KORANG LAGI TINGGI DARI AKAK. Oh tidak!! 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Suntikan HPV, baik untuk masa hadapan kita!


Khamis haritu, disebabkan kelas BEL batal, aku, Ona, Aishah, Yana dengan Nisa pergi ambil suntikan HPV dekat Unit Kesihatan. Sepanjang perjalanan "dup dap dup dap". Seram bak hang. Pun begitu aku tetap berlagak macho depan diorang. Sampai-sampai je UK, mak datuk..panjang nya barisan. Baru pukul 9 rasanya time tu. Okay, takpa-takpa, kita ambil je borang, kita beratur ye hajar. Masa dalam barisan tu, muka aku dah berubah dah sampai diorang pun perasan. Aku memang pantanglah cucuk-cucuk ni. Cucuk duit dekat mesin ATM tu boleh lah aku layan lagi. Ni cucuk badan. Wekk..haruskah aku buat-buat pengsan?

Akhirnya, sampai jugak turn aku untuk dicucuk. Duduk je atas kerusi, makcik nurse yang garang tu dah mula buka jarum dia. Teringin jugak nak tanya, "Makcik takde perasaan ke main cucuk-cucuk orang ni?" Tapi apakan daya, tak terkeluar pulak soalan tu. Makcik nurse tu suruh aku kendurkan otot bahu, tegang sangat katanya. Nanti cucuk sakit. Fuhhh fuhh...bernafas dengan baik hajar, jangan pandang jarum, pandang tempat lain. *cuk* Awww...boleh rasa jarum tu masuk lengan. Boleh rasa ubat dia mengalir. Takpa hajar, tutup mata tutup mata. Tiba-tiba. "Dah siap" Eh??? da keluar dah jarumnya? 

Balik dari UK, tangan kiri kitaorang berlima dah macam tak berfungsi pun ada jugak gayanya. Tak boleh angkat barang. Tak boleh dilanggar. Tak boleh angkat tinggi-tinggi. Tak boleh buat itu ini sesuka hati. Masing-masing tersangatlah mengambil berat dengan tangan masing-masing. Keesokkan harinya, aku pun demam. Tapi normal lah tu. Harini aku dah sihat! 

Teringat kata-kata makcik nurse "22 hb 7 datang ambil dos kedua ye" o.0??? 

*untuk keterangan lanjut tentang suntikan HPV ni, korang bolehlah baca dekat internat. Aku malas nak tulis. Hiii...bye!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday 15 June 2013

Adik-adik Part 1 : Episod 2 ( Homesick!! )



Wahhh..blok sunyi. Ramainya yang balik rumah minggu ni. Aku nampak adik-adik part 1 tarik beg bawak masuk kereta. Cemana pulak aku boleh kenal diorang? Tu tali biru tu, dipakainya jugak walaupun dah nak balik. Macam manalah aku tak kenal. Aritu aku ada tanya diorang balik ke tak minggu ni. Jawapannya, "Of course lah kak. Homesick-homesick" Hiiii...untunglah korang ea bila rindu je boleh balik. Akak dulu, genap seminggu je daftar U, akak demam. Homesick la kot. Huhu...tapi sekarang, In shaa Allah dah tak lagi dah :)

Homesick-homesick ni perkara biasa sebenarnya bagi orang-orang yang tak pernah duduk asrama time sekolah dulu, anak tunggal, anak bongsu. Ada kawan aku sampai sekarang dia homesick. Nak balik, nak balik. Nasib baik dia yang duduk dekat KL tu belajar dekat Perak je ni haa. Kalau dia belajar dekat oversea? Tak ke haru kalau tiap minggu dia nak balik. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Adik-adik Part 1 : Episod 1 ( Tali Biru )



Halo halo...kembali semula aku ke tanah Perak ini bagi meneruskan lagi semester-semester yang berbaki. Alhamdulillah aku dah masuk part 3 dah sekarang. Tinggal lagi 2 sem je nak habis. Zaman senior lah konon~

Paling seronok bila sampai-sampai je dekat UiTM, aku nampak budak-budak yang setia bersama dengan tali biru dekat leher masing-masing. Wahhh...sangat berdisiplin mereka. Pergi beli makanan dekat dewan makan pakai, pergi koop pakai, PERGI TANDAS pun depa pakai jugak! Haha... Tersangatlah senang nak detect budak-budak part 1 dekat UiTM ni. Hihi... 

Kalau diingatkan balik, aku pun macam diorang jugak dulu. 24 jam pakai. Kalaulah dunia ni ada 25 jam, 25 jam tu jugaklah aku pakai tapi yang sampai bawak masuk tandas tu idok le. Tapi zaman tu dah berlalu, sekarang... Ha! Mana kad matrik anda wahai senior-senior?? Di dalam beg kah? Atau di dalam dompet? Hahaha =D


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday 3 June 2013

Melayu dan Raya



Melayu dan raya memang tak boleh dipisahkan. Mana tak nya, belum masuk bulan Ramadhan lagi, orang-orang dah start beli baju raya dah.
Aritu aku dengan mak pergi Jakel yang baru bukak dekat Angsana tu.  Mak aiii...ramainya orang! Sana-sini, situ-sinan, dari 'english cotton' sampai 'day night'. Sungguhlah aku tak tahan. Disebabkan keadaan macam huru hara ramai sangat orang, aku pun tak terpilihlah baju yang nak dicari. Jadinya, aku dengan mak pun keluar dengan tangan kosong. 
Semalam pulak, kita orang pergi Nagoya dekat Gaint Plentong. Pun sama jugak ramainya.... Aduhai..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday 1 June 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree



Oh, saya harap sangat saya menang. Heee




Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA