Wednesday 24 October 2012

Lalala....

 
 
 To my dearest readers
 Yeeehaaaa....akhirnya dapat jugak aku balik rumah.
 Dengan ini diistiharkan CUTI SEM BERMULA. 
Hamboi, seronok bukan main aku ni. Haha.. Mana tak seronoknye,, 
duduk rumah dapat tengok tv, dapat makan masakan mak, 
dapat tido sesedap rasa tanpa perlu bangun pagi untuk study, 
tak payah sebok nak buat revision itu ini,
takde assignment, dapat jenjalan,
dapat itu...dapat ini. Hehe..banyak lak aiiii.
 
Tapi aku rindu jugak dengan UiTM aku tu. hehe.. 
kalau dekat sana dapat bergosip, dapat tidur ramai2,
 dapat makan dalam bilik (kalau dekat rumah mane boleh) hehe... 
 
Kesimpulannya, aku rindu UiTM tapi aku nak duduk rumah. 
So, aku kena pindahkan UiTM Seri Iskandar tu ke JB lah. 
Hehe...bende aku merepek pagi2 ni? Haha
K lah. Nak tido dulu.. Bye-bye... Take care uolz..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday 13 October 2012

Kesedihan Mengundang (bukan Gerimis Mengundang)

Tak semua yang kita nak tu kita akan dapat.
 Apa yang aku nak?
 Aku nak balik!!!! Hahaha. Gempak tak tajuk?
Ramai dah budak-budak dekat UiTM ni da balik.. 
Semua dah habis final exam. Untunglah habis awal....huhu. 
Haritu sorang roomate dah balik, hari isnin ni sorang lagi balik. 
Ain nama dia... Nasib Aziemah pon tak balik jugak. 
Dia sepatutnya balik harini sebab last paper dia harini. 
Tapi, sebab nak teman aku punya pasal, dia baliklah 18hb ni.
How nice she is kan...
Aziemah dengan Ain roomate yang paling baik yang pernah aku jumpa. 
Cewah,,ni kalau diorang baca ni, 
mau kembang hidung masing-masing. Haha...
Tapi betullah, diorang baik sangat,
nampak baik je, lemah lembut, 
TAPI bila belakang orang,,,,
masing-masing suma tunjuk belang,
keluar segala bakat terpendam.
BELIEVE ME...haha

Semalam kteorang celebrate birthday Ain. Walaupon lama lagi tarikh dia sebenarnya,
Birthday dia time cuti sem ni, tapi kteorg nak celebrate jugak...
Tak kira....
Jadinya, aku, Iema ngan jiran kteorg Danea, Fara ngan Nad 
rancanglah dekat mana lokasi kejadian, masa kejadian sume...
Makan piza yang 10 ringgit tu je pon. 
Kiteorg order 4 piza.. Tu yang ghaib duit dalam beg duit tu..
Nad keje dia kena bawak lari Ain, 
Fara ngan Danea isi air dalam baldi sebab nak simbah Ain.
Aku ngan Iema, sediakan makanan, buat air sume...
Kesimpulannya, malam semalam semua basah. 
Habis banjir bilik aku semalam...
Puaslah kena mop pulak lepas tu. Nasib baik RS tak datang. 
Kteorg makan dengan gembiranya....






Ni Ain, orang yang diraikan

Aku ngan Iema. 
(Tulah, asek amek gambar orang sampai gambar sendiri pon takde..hehe)

Dari kiri, Nad, Danea, Ain, Fara, aku. 

Macam tu lah "parti" penutupan sem kteorang.
Sedeh-sedeh.... :'(
Harap sem depan dapat sama bilik dengan Iema ngan Ain jugak. 
Untuk Nad, Fara, ngan Danea, sem depan rajin-rajinlah datang bilik kteorg lagi...
Kteorg ade plan rahsia untuk sem depan....
Apa dia? tunggu entry untuk sem depan lah. haha.. 

Anyway, since when aku tulis entry panjang-panjang ni? 
Takpelah, aku tau ade orang yang baca. :)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA