Thursday 31 May 2012

UITM KAMPUS SERI ISKANDAR



 
 


 
Besok Hajar dah nak gerak ke Perak dah. Semoga selamat semuanya. Sedih wooo... Nak nanges takut kena ejek dengan akak. Tahan Hajar tahan.. Hahaha. Mesti akak dengan abang semua gelakkan baca entry ni. Takpe korang. Hahaha.. Alhamdulillah semua adik-beradik Hajar berjaya lanjutkan pelajaran ke universiti. Kira Hajar ni yang terakhir masuk U lah ni. Anak bongsu katakan..tu yang sedih bukan main tu. Hehe...

Hajar dah berazam nak belajar betul-betul supaya boleh dapat dekan untuk setiap sem. Amin... Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Hajar tak kena buli sebab Hajar ni kecik je orangnya. Wakakaka. Berani diorang nak buli. Nak kena seligi try lah buat. #Erk,,beraninya. 
 
Persiapan untuk pergi ni jangan ceritalah. Macam-macam bawak. Dah macam nak pindah rumah pun ada. Beli itu, beli ini.. Yang bestnya,,,bila dah nak pergi ni semua orang jadi baik luar biasa. Haha.. Abang ipar Hajar bagi duit. Yang tu tak heran sangatlah. Kira duit gaji Hajar selama beberapa bulan jaga anak dia. Hehe. Tapi yang peliknya, mokteh Hajar dengan tak semena-mena bolah bagi duit untuk belanja. Hehehehe...kayo den kayo...
 
Yang paling buat Hajar sebak bila mak kata, "18 tahun mak jaga kau. Dah nak berdikari sendiri." Adoi...bertakung dah kolam air mata ni rasanya. Ayah pun sedih jugak tu sebenarnya. Tapi disebabkan ayah Hajar ni macho..tu yang tenang je tu muka dia. Hehehe..

Haha..okay itu saja. Bye-bye semua. Doakan yang terbaik untuk Hajar ye. Sayang mak, ayah, akak-akak, abang-abang, lutfi, arif. Sayang FB dengan blog jugak. Lepas ni tak dapat nak online selalu dah. Huhuhu.. Nantikan entry Hajar tentang pengalaman pertama duduk berjauhan dengan keluarga pulak ea. Hehe... BYE!!! :)

 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA


 

BLOG HAJAR SEDANG DIBAIK PULIH. HARAP MAKLUM DAN MAAF PADA YANG MEMBACA. BLOG AKAN DIBAIK PULIH SECEPAT YANG BOLEH. TERIMA KASIH :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday 25 May 2012

TUTORIAL : CARA BUAT LINK PELANGI

Assalamualaikum... 

Harini tangan ni rasa gatal-gatal je nak buat tutorial. Hajar nak buat tutorial macam mana nak buat link pelangi bila sentuh link. Hajar creditkan tutorial ni untuk Ain. 
Nak tengok blog Ain boleh klik dekat sini >> http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/
Macam mana caranya??? 

<Dashbord><Design><Page Element><Add Gadget><Edit HTML>

Copy kod di bawah ni dan paste kan dekat ruangan kosong tu

<script src="http://fwzynn.googlepages.com/rainbow.user.js" type="text/javascript">
/***********************************************
* Script edited by Ynn Ainul at http://fwzynn.blogspot.com/
* Please keep this notice intact
***********************************************/
</script>

Save dan SIAP! Mudah kan... ;)

~SELAMAT MENCUBA~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1ST GIVEAWAY BY NABILA MEDAN


Assalamualaikum....



Hadiah :
Lomo Camera  Untuk Seorang
Shawl  Untuk 2 Orang
Cute Keychain , Bear  Untuk 2 Orang
Cute Keychain , HelloKitty Face  Untuk 2 Orang
Cute Clip  Untuk 3 Orang
Simple Header  Untuk 2 Orang
Edit Full Blog  Untuk Seorang
Bloglist Selama Sebulan  Untuk 4 Orang
Special Doodle *yg ditempah*  Untuk 3 Orang
*Insya-Allah Akan Bertambah Lagi*


Bestnya hadiah dia...apa lagi. Ikut semua arahan yang ada dengan jujur. Jomlah JOIN!!! :)

Hajar nak tag dekat...Pencinta Pink, Coretan Ifah, dan Diari IqaZulaikha

Terima kasih...
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday 22 May 2012

TUTORIAL : CARA PASANG KOTAK KOD BANNER DI SIDEBAR


Assalamualaikum...

Harini Hajar nak ajar korang cara nak letak kotak kod banner dekat sidebar. 

Kotak kod banner

Apa fungsi kotak kod banner ni? Fungsi dia adalah untuk memudahkan follower-follower untuk tampal banner korang dekat sidebar diorang.

Senang je tutorial ni. Jom mula...

1. Log in > Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Copy kod di bawah dan paste dekat ruangan kosong html/javascript okay. 

*****************************

<center><img style="width: 167px; height: 157px;" src="URL BANNER" />
<center>AYAT KORANG</center>

<textarea cols="13" rows="3" style="text-align: center;"><a href="LINK URL BLOG KORANG"><img src="URL BANNER" /></a></textarea></center>

*****************************

KUNING : Untuk ubah size mengikut citarasa korang. 
BIRU : Dapatkan url banner di photobucket atau dekat mana-mana tempat storage gambar yang lain.
PURPLE : Ayat yang korang nak letak. Contohnya "JOM TUKAR BANNER" ke. Kalau taknak tulis pape, just padam je perkataan AYAT KORANG tu. 
HIJAU : Link url blog korang. Contohnya, http://hajarhawa.blogspot.com/

Dah siap pun. Kejap je kan proses dia. Sapa-sapa nak tukar banner dengan Hajar, boleh saje.. :)

Macam mana nak buat banner?? Boleh follow  tutorial ini

~SELAMAT MENCUBA~


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

TUTORIAL : CARA BUAT BANNER BERGERAK


Assalamualaikum....

Sape perasan Hajar ada tempek banner dekat sebelah kanan sidebar kan. Kan kan kan?? Haha. Hajar baru je belajar buat benda ni hasil daripada korek2 dekat google. Oleh tu, Hajar nak try ajar korang pulak. Entry ni pun penting untuk Hajar jugak. Nanti kalau nak buat banner baru boleh rujuk entry ni balik... 

Buat banner ni tak susah pun. Guna PhotoScape je. Sape yang belum ada, boleh downloada dulu dekat sini. >> Download PhotoScape. Okay, lets starts.

Langkah 1

Bukak photoscape korang dan klik dekat editor. Rujuk gambar bawah.


Langkah 2

1. Lepas dah klik dekat editor tu, korang kena plih folder gambar yang nak.
2. Klik pada gambar pilihan untuk dijadikan banner.
3. Preview gambar dapat dilihat.
4. Ini ruangan untuk mengadjust gambar, contohnya nak tambah gmbar ke, nak tulis pape. Ikut kreativiti masing-masing.
5. Save pada folder yang senang korang nak cari okay. 


Langkah 3

Tengok dekat bahagian atas, ada button AniGif kan? Klik pada button itu okay.
1. Seret gambar yang dah di save tadi ke bahagian atas.
2. Preview banner bergerak korang akan dapat dilihat.
3. Kalau korang nak ubah masa pergerakkan ke, cara banner bergerak ke. Boleh tekan dekat nombor 3 ni.
4. Yeayyy..dah siap. Boleh lah korang save. 


Ehh..nanti dulu. Belum siap sepenuhnya lagi. Untuk letak banner di blog, korang tak boleh terus upload je. Korang kena upload dulu dekat mana-mana tempat storage gambar dan ambil image url yang terhasil. Hajar selalu guna Photobucket untuk dapatkan image url. 

Okay, dah siap pun semuanya.... Inilah hasilnya! Dan..kalau korang baik, bolehlah tolong tempekkan banner Hajar ni dekat sidebar korang ye... :D


http://i1157.photobucket.com/albums/p591/hajar945/anigif-1.gif

Macam mana nak letak banner di sidebar?? Boleh follow tutorial yang ini pula.

~SELAMAT MENCUBA~ 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday 21 May 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME :)


Assalamualaikum...

Alhamdulillah....capai jugak umur 18 tahun. Terima kasih Allah kerana masih membenarkan aku hidup sehingga ke hari ini. Dah tua....hehe. Okay, harini gembira dah dapat 2 beg untuk dibawa ke Perak. Hehe... Dan...keluara Hajar dah pun celebrate hari jadi Hajar haritu. Kecil-kecilan je. Jemput pun sedara mara terdekat je. Kita orang gabung sekali dengan befday mak (29/4) dengan befday anak buah Hajar (11/5). Senang...jimat pun jimatkan. Zaman sekarang semua kena jimat wooo. Haha. Jom tengok gambar kejap ye..

Part nama Hajar tu kena calit dengan anak buah. Huhu.. Sedeh betul... Haha..

Makanan banyak wooo... Sedap. Lapar lah pulak. Haha...

Hajar nak ucapkan terima kasih dekat semua yang dah wish samada dekat mesej takpun dekat fb. Terima kasih semua.. :)

Top 10 yang wish...hehe

1. Keluarga (9 hari yang lalu. Hehe)
2. Syahira Khri (kawan baik Hajar)
3. Syahira (sepupu rapat Hajar)
4. Aisyah (best friend)
5. Maisarah (best friend jugak)
6. Hafizah (kawan baik merangkap ustazah Hajar..kihkih)
7. Aishah
8. Aiman Shahirah
9. Aida 
10. Dan semua yang dah wish.....TERIMA KASIH ;)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday 20 May 2012

SEGMEN HAJAR : JOM BLOGWALKING + UP FOLLOWER


Assalamualaikum 

Pagi 20 April 2012,, Hajar mulakan dengan entry ni. Hehe.. Korang...buat pertama kalinya Hajar buat segmen! Teruja ni. Harap dapat sokongan dan sambutan yang gilang-gemilang ye. ^,^


Nak join?? Senang je...

1. Mula-mula, follow dulu blog Hajar

2. Lepas tu, buat satu entry bertajuk "SEGMEN HAJAR : JOM BLOGWALKING + UP FOLLOWER"

3. Letak banner di atas dalam entry korang dan link kan ke blog ni.

4. Tagkan dekat seorang blogger sahaja dan pastikan diorang tau.

5. Bila dah siap, hantar link entry korang dekat komen ye.

6. Segmen ni tamat pada 20 Mei 2012, 11.59 malam.

Dah siap pun, senang je kan. Hajar sengaja buat tarikh tamat dia 20 Mei 2012 sebab tu tarikh hari jadi Hajar. So, kalau korang join maknanya korang bagi hadiah untuk befday Hajar laa.. Hehe ;) Senarai peserta akan di update dari semasa ke semasa. Okay,,selamat berblogwalking semua..

Dan..harus diingatkan. Ini adalah sticky post yang akan melekat sehingga 20 Mei 2012 jam 11.59 malam. Kalau nak baca new post, sila tekan older post ye.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU.

 
Assalamualaikum

Tarikh 16 Mei pasti akan membuatkan sesiapa sahaja akan terkenang-kenang akan jasa dan pengorbanan seorang guru. Merekalah yang telah mendidik dan menjadi ibu bapa kepada kita ketika berada di sekolah. Di sekolah juga Hajar mula mengenali erti kegigihan dalam pelajaran, keberanian, kedewasaan, dan kematangan. Banyak sebenarnya salah yang Hajar dah buat dekat sekolah walaupun Hajar ni pemegang jawatan pengawas dekat sekolah dulu. Hehe.. Oleh itu, Hajar nak mintak maaf atas semua salah dan silap yang telah menyusahkan, merisaukan dan menyemakkan fikiran cikgu-cikgu semua. Hajar juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah memberi didikan kepada Hajar dari tadika sehinggalah ke sekolah menengah. Jasa cikgu-cikgu semua amatlah dikenang dan tidak ternilai harganya.


 
Tadika kemas Segamat, Johor. (1998-1999)
Hajar mula masuk masa umur 4 tahun. Dekat bebeno tadika ni dengan rumah. Jalan kaki je. Time dekat dalam kelas selalu kena buli dengan anak cikgu yang muda setahun dari Hajar. Memang fobialah dengan budak ni. Bila balik tadika je mesti Hajar, dengan kawan-kawan kena kejar dengan angsa jiran. Benci betul...


http://btpnpahang.moe.edu.my/pkgbdrjerantut/2011/images/stories/gambar_website/SK_Damak_2.jpg 
SK Damak, Jerantut, Pahang. (2000-2001)
Masa umur 5 tahun, ayah dapat surat yang ayah kena pindah kerja ke Pahang. Jadinya, kami sekeluarga pun berpindahlah. Masa pra sekolahkan Hajar ada sorang akak angkat tau. Dia lah cikgu yang mengajar dalam kelas Hajar tu. Dia selalu bagi coklat, pensil warnalah. Macam-macam dia bagi. Tapi sayangnya, kita orang dah lost contact dah sekarang ni. Tahun 2001 Hajar naik ke darjah satu. Darjah 1 Cerdik. Dekat sini takde ramai kawan sangat sebab duduk sini kejap je. Lepas tu kita orang pindah lagi.  

SK Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan. (2002-2006)
Masa daftar, Hajar ditempatkan dalam kelas 2 Mutiara. Jangan tak percaya, Hajar ni atlit tau dekat sekolah dulu. Lumba lari lah yang paling Hajar suka. Haha.. Cuba sekarang ni suruh Hajar lari, alamatnya tak sampai-sampai agaknya. Masa darjah 3 Hajar dilantik jadi pustakawan sekolah sampailah darjah 6. 


 
SMK Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan (2007-2008)
 Masa masuk sekolah ni Hajar tengok ramai budak tinggi-tinggi. Hajar memang ketot sikit pun. Haha.. Ingat lagi masa temuduga nak jadi pengawas sekolah. Masa tu tingkatan satu. Ada ke patut kena nyanyi lagu sekolah kuat-kuat depan penemuduga a.k.a. cikgu. Malu betul..haha. Untuk tugasan kerja kursus Kemahiran Hidup pulak Hajar dengan budak-budak kelas kena masak mee hailam tanpa resepi. Haa...apa lagi, buat resepi sendiri lah kita orang. Hehe...



SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru. (2008-2011) 
Akhirnya..Hajar dapat merasa duduk rumah sendiri bila ayah pencen. Mula masuk kelas kawan-kawan kata Hajar ni sopan, baik. Haha..baiklah sangat. Bila dah lama kenal... Hamek, cot cet cot cet tak berenti-berenti. Haha.. Pengalaman yang best dekat sekolah ni masa bengkel tingkatan 3. Dak-dak perempuan kena tidur dalam surau. Kita orang pun gatal..saje je tidur lambat. Cerita tu cerita ni. Sekali beberapa orang cikgu masuk, cikgu pun kira-kira jumlah budak perempuan dalam surau tu. Hajar pun tanyalah sorang cikgu yang agak rapat dengan Hajar. Punyalah tekejut bila cikgu kata jumlah yang cikgu kira tu lebih seorang dari jumlah yang sepatutnya. Apa lagi, kita orang tarik selimut terus tidur, tak cakap-cakap. Hehe..seram.....

***************

Cerita-cerita dekat atas saja Hajar nak cerita tentang pengalaman Hajar masa sekolah dulu. Macam-macam ada...pahit, manis. Yang penting dengan adanya seorang guru. Semua masalah dapat diatasi. Hehe...

Guru seterusnya yang bakal Hajar jumpa...... :)

 

~ SELAMAT HARI GURU Hajar ucapkan kepada semua cikgu, ustaz, ustazah dan sir ~


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

PETUA HILANG GIAN


Assalamualaikum...

Okay, setelah sekian lama tak mengupdate blog...harini Hajar bersemangat nak menaip. Hehe.. Happy ni sebab baru balik shopping barang nak bawak pergi dok hostel.. Cewahhh..hostel ea. Hehe. Dah-dah, stop merepek. Harini Hajar nak bagi tips in how to reduce or to stop your addicted in smoking...#cakap omputih la pulak.. ^^,

 
Tengok gambar dari uncle google dulu...

Okay, jom mula...

1. Kunyah-kunyahan 
Bila rasa macam nak merokok, kunyahlah sesuatu. Contohnya, kunyah gula getah ke..takpun kunyah buah-buahan. Lagi berkhasiatkan. Elakkan makan benda-benda yang manis. Contohnya gula-gula biasa tau.

2. Senaman Regangan
Setiap kali korang rasa mengantuk sebab tak dapat merokok, buatlah senaman regangan supaya dapat mengurangkan keinginan korang untuk merokok tu. 

3. Minum Air
Minum air masak dengan BANYAK. Elakkan minum air yang berkefein sebab kebiasaannya korang akan rasa nak merokok lepas minum air jenis berkefein ni. 

4. Basuh Tangan dan Mandi
Basuh tangan dan mandi sekerap yang boleh bila korang rasa macam nak merokok.

5. Lengah-lengah
Bila rasa macam nak merokok tu kan, lengah-lengahkanlah masa untuk ambil rokok tu. Lagi senang, letak rokok jauh dari tempat yang korang duduk. Lama-lama, rasa nak merokok tu akan perlahan-lahan hilang.

6. Berdoa
Mohon doa dari Allah supaya usaha korang untuk berhenti merokok ni berjaya. Ingat, manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.



Hajar tak suka lelaki yang merokok. Perempuan yang merokok lagilah tak suka...Hehe


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday 12 May 2012

SEGMEN : SAYA NAK MASUK DALAM BLOGLIST AIN!!!


Assalamualaikum...


Jom ramai-ramai masuk bloglist Ain. Klik banner untuk join... Okay. :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday 10 May 2012

CONTEST BY NORA DANISH


Assalamualaikum...

 
Klik gambar untuk join 

Jangan tak percaya...Nora Danish buat contest. Alaa..Nora Danish yang comel tu. Hajar tak percaya kalau ada yang tak kenal. Kan kan kan??? So, apa tunggu lagi, jom join segmen ni okay. Kak Nora nak buat entry special untuk siapa yang menang. 

Saya meminati pelakon Nora Danish kerana gaya lakonan Kak Nora yang berkesan. Nak nak dalam cerita Tentang Dhia tu..memang sedih habis. Cerita Ariana Mikhail pun Hajar tengok tau. Hehe.. 
Hajar nak tag dekat iema. Okay, itu saja. Selamat bertanding... :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday 9 May 2012

DURIAN RUNTUH FELDA 2012

Assalamualaikum...

RM1.689 bilion buat peneroka Felda. Bergemuruh tepukan dan jeritan gembira warga peneroka felda semalam apabila Datuk Seri Najib mengumumkan durian runtuh RM15000 kepada setiap keluarga peneroka felda. Wah wah wah...untungnya jadi warga Felda. Mesti harini ada yang tukar langsir baru, sofa baru, ipad, iphone, semuanya lah baru. Haha.. Pemberian durian runtuh ini dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama, sebanyak RM5000 diberikan kepada ketua keluarga. Fasa kedua, RM5000 dibahagikan kepada isteri peneroka bagi mengiktiraf sumbangan mereka yang sentiasa menyokong suami dari belakang. Manakala, RM5000 lagi akan diberikan kepada anak-anak peneroka. Bukan itu sahaja, peneroka juga mendapat bonus produktiviti, imbuhan duit raya, pinjaman tanpa faedah perumahan dan latihan kemahiran, pembangunan usahawan di kalangan peneroka berjalan seperti biasa.

Turut mendapat imbuhan, bonus tambahan 2.5 bulan buat 20,000 kakitangan felda, juga RM5000 bantuan pulih rumah di kampung tradisional sekitar rancangan Felda. Ini bukan durian runtuh ni. Ini durian berguguran nama dia. Hehe..

  
Tengoklah makcik-makcik ni, gembira bukan main. Siapa yang tak suka dapat habuan sekelip mata oiiiiii... Tak caya tanya makcik kat atas. Kan makcik kan.. Hajar nak jugak...jeles ni. Hehe. #Kalau pakcik kita peneroka, anak buah tak boleh dapat jugak ea? ^^,

Terima kasih Datuk Seri... :)
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

WORDLESS WEDNESDAY :: TUTTI FRUTTI ::


Assalamualaikum...

 
 # sedapnye.....


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday 8 May 2012

EXCLUSIVE GIVEAWAY BY CIK BUNNY


Assalamualaikum....

 http://i376.photobucket.com/albums/oo210/fadz_zoey/bannergiveaway.jpg

Jom join giveaway ni. Klik banner untuk join tau. Senang je syarat-syarat dia. Mesti warganegara Malaysia yang ada alamat dekat Malaysia. Mesti ada blog. Mesti follow blog-blog yang diorang suruh dan like fanpage. Senang je kan... Hajar dah join, follow dan like... Anda bila lagi?? Haha..

Iklan...Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA Shop, Butikpinkku, Bunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique).
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday 6 May 2012

ONE OF MY SWEET MEMORIES


Assalamualaikum...kenangan ku di samping mu..lalala~~~

 

Ini dia budak-budak kelas Hajar. Satu-satunya kelas sains tulen dekat sekolah. Ada 25 orang je. Sekolah memang tak nak ramai-ramai. Takut nanti kelas jadi kecoh. Alhamdulillah..kelas kita orang dapat hasilkan dua orang budak staraight A.

Dua tahun kita orang sama-sama. Pahit manis. Time hias kelas untuk hari merdeka. Yang paling best, kelas Hajar suka buat makan-makan. Kita orang mesti bawak makanan sendiri. Longgokkan semua makanan tu kat tengah-tengah, duduk dalam bulatan lepas tu...MAKAN TIME! Waaa..rindulah. Yang best jugak, kita orang suka photoshot... Ini antara gambar yang sempat kita orang rakam.




Kelas kitaorang cuma ada enam orang je kaum adam. Kesian. Semua poyo-poyo pulak tu. Hahaha.. Memanglah perempuan yang mendominasi apa-apa keputusan.. ^^, Tak laa....



 

Ini gambar waktu kita orang buat makan-makan untuk raikan cikgu-cikgu. Hehe..tengok-tengok, time ambil gambar pun  Hajar boleh nak makan tembikai. 



Benda ni kita orang letak dekat pintu masuk kelas. Cuba cari Hajar yang mana...


Ini gambar Hajar dengan protege terbaik. Haha.. Yang kiri tu kawan baik Hajar. Nama dia Syahira. Sape nak try boleh add kat facebook. Hehe.. Eh-eh, dia dah berpunya dah...sorry...

Akhir kata. Kelas 5UM memang best habis lah..... Rindu sangat zaman sekolah. Rindu sangat dekat korang semua... Nanti dah besar buat reunion okay. 


~The End~



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday 4 May 2012

BAWAL BIRU 1st GIVEAWAY


Assalamualaikum...


Klik banner untuk join. 
 Giveaway ni berakhir pada 8 May 2012 jam 11.59 malam.

Hai semua...hari ni Hajar join giveaway ni. Mintak-mintaklah Hajar menang. Hehe.. Hajar memang suka pakai tudung bawal. Lagipun sekarang ni dah fesyen tudung bawal balikkan. Hehe... 

Okey, itu sahaja. Hajar nak tag dekat  

Dah siap....! Babai....


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

WHERE IN THE WORLD IS THIS PLACE???


Assalamualaikum...

Let us go for a vacation...!!!!

 
Clean water...
 
Blue water...I wonder where this place is?
Amazing scenery.....
 
Tempting water...can even see the fish...
 
So where is this place??
 
You'll never guess! It's....
Sungai Jagong Waterfall at Sungai Jagong, Kedah, MALAYSIA.....

We should proud to be Malaysian... :)

 Maaf salah informasi lah. Sebenarnya waterfall ni terletak dekat Croatia. Thanks Azam bagitau. Hehe.. Untuk maklumat boleh tengok dekat link ni... Jagong Fall. Sorry... :( 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday 3 May 2012

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum

 

Pada jam 4.38 petang tadi, kita dikejutkan dengan pemergian Husni Rawi yang lebih kita kenali dengan nama Bob Kuman. Hajar dapat berita ni dari http://mynewshub.my/. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

~Al Fatihah~ 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

SEGMEN NASZ : NASZ DAN SAYA ADALAH BLOGGER

Assalamualaikum....

  

Selamat hari Khamis. Malam ni jangan lupa tengok cerita hantu. Haha.. Okey-okey dah lari tajuk. Hari ni Hajar join segmen Nasz. Nasz memang rajin sangat buat segmen. Hajar pun nak ikut jejak langkah Nasz jugak la. Hehe,,nantikan segmen kedua Hajar pulak ye. 

Dekat sini Hajar nak ceritakan macam mana Hajar boleh terjebak dalam pembloggeran ni. Haha, ada ke ayat macam tu. Apa-apa jelah. Hajar mula jadi blogger masa tu Hajar baru-baru je habis SPM tahun lepas. Time tu tak kerja, duduk rumah goyang kaki je. Hehe. Pendek kan cerita,,,satu hari tu Hajar bukak fb kawan Hajar sorang ni. Pastu ternampak link untuk blog dia. Hajar pun bukak. Bila dah bukak mestilah baca kan. Kan kan... Jadinya, terdetik la rasa nak buat blog jugak... Akhirnya, ini lah hasilnya. Blog bintang-bintang. Haha.. 

Dan untuk korang yang baca...meh tolong vote Nasz. 

Vote dekat sini >> DiGi WWWOW Award Blogger of The Year


Nanti bila dah femes Hajar nak join jugak. ^^,

K bye!!! 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday 2 May 2012

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum... (Parking in Germany)
  

 

* Hari bermalas-malasan untuk bloggger ^^,



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday 1 May 2012

MISI TERCAPAI

Assalamualaikum...

Yeay!! Follower Hajar sekarang dah lebih 100 orang. Alhamdulillah.. Pada Hajar dah banyaklah ni. Terima kasih semua. Koranglah yang memberi semangat pada Hajar untuk terus menjadi blogger yang boleh dikatakan agak aktif :P. Cehh,,bagi ucapan macam menang ABPBH pulak. Hehe.. tengok ni..


Haa..yang Hajar bulatkan tu, dialah follower Hajar yang ke-100. Jom ramai-ramai kita terjah dunia >>Kak Iffah<< ni. Hehe..

Meh Hajar cerita macam mana follower Hajar boleh meningkat dengan drastik ni.. Haa,,rahsia dia, Hajar buat segmen. Segmen ni lah.. SEGMEN HAJAR : JOM BLOGWALKING + UP FOLLOWER. Kalau ada yang nak join, sempat lagi ni. Tarikh akhir dia 20 Mei 2012. Sempat lagi promote.. Haha.. So, untuk korang yang nak tambahkan follower dengan cepat, cuba try buat segmen. Okay, selamat bersegmen. Bye....



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

CONTEST "CANTIK BERTUDUNG" BY FARINA HUNNY

Assalamualaikum...



Ahhhh...mintak maaf terlambat. Hajar memang nak sangat join contest  ni, tapi disebabkan faktor line internet yang menghalang, tak dapatlah post entry ni pada masanya. Okay, sori sangat. Kepada Kak Dalila, thanks sebab dah tag contest ni dekat Hajar. Kepada yang nak join, klik banner di atas ya. Sekarang jom kita baca apa syarat-syarat nak join contest ini ya.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .

2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

3. Copy banner + FULL ENTRY( bermula dari SYARAT sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .

4. Sertakan gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)

5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya

5. Tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .

6. Link entry korang kat ruangan komen ( KALAU PRIVACY BLOG , takleh buka , AUTOMATIK batal )

HADIAH-HADIAH

FIRST PRIZE
❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::

SECOND PRIZE
❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch

THIRD PRIZE

❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch

NOTES
: Contest ini diadakan utk sejukkan mata tengok muslimah bertudung :')
: Contest ini dibatalkan serta merta jika kurang daripada 20 peserta / Farina meninggal dunia sebelum contest ini ditutup :')
: Hadiah simple saje la keyh :') di"taja" sepenuhnya oleh Farina
: Untuk hadiah pertama yg jahitan manik tu , agak leceh la ek :') sspe yg menang tu kne pos baju korang utk dijahit *100% hasil tangan Farina* . kalau hantar tempah mahal ouh , ni kasi free je taw :')

BEST BY : 30/04/2012
-atau mungkin dipanjangkan-

Okay, dah siap copy..hehe. Hajar nak tag dekat. 
1. Cik nisa
2. Kak Mira 
3. Cik Tia  

Ini dia gambar yang dipertaruhkan..


Main cekup je sebab tau dah lambat. Hehe... ^^

Yeay!! dah siap pun. Bye!!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA