Friday 8 March 2013

Semoga kau tenang di sana


Banyak betul khabar sedih yang aku dengar minggu ni. Sorang-sorang dijemput Pencipta. 
Harini aku dapat tahu ketua pengawas aku time form 5 merangkap kawan aku meninggal sebab eksiden.
Kiteorang rapat jugak sebab sama-sama dalam badan lembaga pengawas. Kelas dia pun sebelah kelas aku je. Selalu jugak dia datang jengah kawan-kawan dia dalam kelas aku. 

Cepat betul masa kau sampai kawan...

Kau baik dengan aku weh. Ingat lagi time kau tolong aku settlekan masalah aku dengan 'someone' tu dulu.
Kau banyak nasihat aku. Kau tolong aku.. Terima kasih weh.. 
Aku ingat jugak time kita buat jamuan pengawas dekat Tasik Merdeka. 
Kau pakai baju biru sama dengan aku. Time tu mesti makwe kau jeles kan. :') 

Tapi sekarang kau dah dijemput kembali. Kembali dijemput Ilahi. Masa kau da sampai kawan. Pergilah dengan tenang. Aku da maafkan semua salah kau dekat aku. Aku tak kisah kau marah-marah time perhimpunan sekolah dulu, sebab tu tanggungjawab kau kan. 
Aku pun harap kau da maafkan aku... 

Semoga kau tenang di sana AMIRUL ASYRAF



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA