Friday 26 April 2013

Pada Suatu Pagi...


Pagi tadi aku teman lutfi dengan arif main basikal dekat halaman rumah. Aku pun berangan-beranganlah sorang-sorang dekat situ. Nak tertidur pun ada jugak aku rasa. Tengah aku termenung-menung tu, datanglah sebuah kereta model wira warna kelabu (macam kereta ayah aku) berenti depan pagar rumah. "Eh, sedara-mara ke? Aku kemas rumah pun tak habis lagi ni uiii". Lepas tu aku nampak ade motor pulak berenti. "Lahh..ni sape pulak?" 

Sekali, pergaduhan pun berlaku! "Bila kau nak bayar hutang aku hah?!" Pot pet pot pet...aku pun tak dengar diorang tu cakap apa. Tiba-tiba!! PANGGGG!! Satu tamparan kencang terbang ke muka orang yang bawak motor tadi. Aku pun macam..."Eh! apakah-apakah??" Terus aku tarik anak-anak buah aku masuk rumah, terus kunci pintu. Lepas tu aku tak tu dah apa jadi dengan diorang. THE END...

Moral of the story,
1. Janganlah lupa bayar hutang kalau tak nak kena lempang.
2. Jangan lempang orang sesuka hati depan orang ramai.
3. Jaga aib orang lain.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Zaman skrg ni, tembak depan org ramai pun dah bnyk berlaku dah hajar,huhuh

    Hidup jangan mencari musuh..

    ReplyDelete
  2. haa..betul betul betul seram kita dibuatnya

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)