Friday 16 November 2012

MELAKA

 
 
"Melaka Maju Negeriku Sayang"
 
Memang aku sayang negeri ni pun.
Kalau diberi pilihan, aku akan pilih untuk tinggal dekat negeri Melaka.
Hehe..memang lah aku dilahirkan di negeri Johor, 
terima kasih Johor!!
tapi,,disebabkan negeri Melaka tu sendiri yang cantik, menarik, kau memang debom 
tu lah yang membuatkan aku tertarik dekat negeri ni.
Hamboii..bukan main aku puji. 
Hahaha..
 tapi betul!!! Melaka memang best...
Tak caya?? Pergilah tengok sendiri. ^^,

Mengikut apa yang mak aku cerita,
keluarga aku asalnya, berasal daripada negeri Melaka. 
Arwah nenek baba nyonya, then berkahwin dengan arwah atuk, seorang melayu yang hensem.
Ewahhh..haha..
Jadinya, emak aku pun dilahirkan dekat Melaka..
Tak lama lepas emak aku dilahirkan, atuk aku beli tanah dekat Johor.
Berpindahlah mereka anak beranak ke negeri Johor.
 Tapi sedara-sedara aku banyak lagi dekat Melaka tu.
Jadinya, kitaorang pun selalulah berulang alik JB-Melaka.

Dipendekkan cerita, aritu (hari Selasa), kitaorang pergi Melaka! Yeay!! 
Jalan-jalan......here is some of the pic that I've take. 


 

Sekali masa dekat muzium tu terjumpa pulak dengan Dr Sheikh Muzaffar.
Sempatlah kami bersalaman. Kuikuikui...
 

Menara Taming Sari...so tall.....


And this the most place to visit.
Kampung Morten.....
 
 

Dan, kalau korang datang Kampung Morten ni, jemputlah datang dekat Villa Sentosa.
Menurut owner rumah ni, Villa Sentosa ni adalah muzium hidup, sebab, dia dan keluarga tetap duduk dalam rumah ni, walaupun dah dijadikan muzium. 
Kiranya diorang ni tetap masak dekat rumah ni, tidur sume..
Popular rumah ni...interior rumah ni pon special....
Menurut pakcik owner tu jugak, datuk dia lah yang mula-mula sekali buka Kampung Morten ni.
Jadinya, sebagai penghargaan, kerajaan Melaka telah menamakan Persiaran Dato Osman di sepanjang jalan dekat tepi sungai dekat Kampung Morten tu sempena nama datuknya 
pakcik owner tu.

 



Dekat luar rumah boleh nampak sungai. Tengok-tengok! Monorel pun ada..

 

Haa..ni lah pakcik owner rumah ni. Malangnya, aku tak ingat sape nama pakcik ni. Sori pakcik!
Baik pakcik ni.. Hehe..
Time ni dia tengah tunjuk pelawat-pelawat yang pernah datang rumah dia.
Ada dari luar negara, Jepun, Australia, dalam negara pun boleh tahan ramai jugak.
Gaya aku macam wartawan pulak. Huhu..




 


Maka dengan itu, berakhirlah jalan-jalan kitaorang pada hari itu.. 
Penat tapi SERONOK... :)
Oleh tu, tak payah jalan dekat luar negara,
jom sama-sama melawat Malaysia, sebab
Segalanya Ada Di Sini... 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. peh macam cantik pulak melake aku tgok kat sini,haha

    ReplyDelete
  2. @akuamir tu la pasal. tetiba macam nak pegi pulak.

    ReplyDelete
  3. @akuamir : untunglah kau dduk melaka.....wuuuu..haha

    ReplyDelete
  4. @hasyimahshe : jom2...kite pergi sama2...haha

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)