Wednesday, 7 November 2012

Kenapa Kena Ade BLOG???

 
  
Kenapa aku ada blog?... kalau nak jawab mudah je, saje ada blog sebab orang lain ada, atau pun jawapan lain zaman sekarang memang kene ada blog...itu jawapan yang paling berdesing orang dengar..hehehe.

Tetapi tulah hakikat yang sebenar dan realiti. Pada mulanya aku buka akaun blog ni sebab ramai dikalangan rakan aku yang ada blog. Kalau nak ikut arus teknologi pun memang dah lambat dah blog aku ni sebab penulis blog yang lain dah ada beribu-ribu pembaca dan peminat diorang sendiri. Ini dah macam ayat artis..huhuhuhu. Itu tanggapan pada mula-mula skali aku bukak akaun blog ni tahun lepas, tapi banyak kali dah aku 'renovate' blog ini sampailah jadi macam sekarang. Tu pon aku tak puas hati lagi dengan blog ni.

Mula-mula dulu aku fikir kalau ada blog, nak tulis apa? kene glamour ke? orang yang pandai menulis je ke yang kena ada blog? Banyaklah soalan yang terlintas dalam fikiran aku ni. Tapi bila aku dah bukak akaun blog, baru aku tau dan nampak apa yang perlu ditulis untuk menjadi tatapan pembaca dan apa yang perlu ada dalam satu-satu blog itu. Cewahh..aku cakap macam slalu update je blog ni. Hehe..

Untuk blog yang bagus, penulis blog perlu ada identiti yang tersendiri untuk menjadikan blog itu lebih menarik dan tidak menjemukan. Kiranya ada aura yang tersendiri lah...yang membuatkan pembaca takkan melepaskan blog kita daripada tatapan diorang.

 Aku harap blog aku ni akan mendapat tempat di hati pembaca, walaupun baru setahun jagung menapak dalam dunia blog ni. Tak lah famous macam blog-blog yang dah dapat anugerah Bloggers setiap tahun. Tapi aku tetap akan cuba ke arah itu dan meningkatkan lagi mutu blog. Aku jugak tengah belajar dengan mereka yang telah lama dalam bidang ni. Kiranya sifu blog lah yang mana tulisan diorang tak terjangkau dek akal kita. Apa yang diorang tulis benar-benar jujur dari hati diorang yang nakkan kepuasan sendiri. Ni tinjauan aku dekat blog diorang lah.

Kesimpulannya, terima kasih dekat korang yang dah bagi sokongan dekat aku untuk meneruskan blog ni. Tak lupa jugak dekat korang yang dah memberi kritikan dekat aku. Sebab kritikan koranglah aku ade blog ini. Pada aku kritikan tu yang buatkan aku lebih semangat untuk terus menulis blog. Penulis yang bagus tidak akan sekali-kali mengalah dengan segala kritikan dan cemuhan, ambil kritikan itu sebagai sesuatu yang membina. Tak boleh cepat patah semangat... ;)
 
Wassalam...


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. uish blog kau sentiasa dihati aku :)
    heheh

    ReplyDelete
  2. adudu...tersentuh aq baca. hehe.. blog kau jugak.

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)