Thursday 1 November 2012

Hukum Menyambut Hallowen

 
 
"Happy Hallowen"
"Selamat Menyambut Hallowen"

Kenapa ramai sangat yang update status pasal ni?
Oooooo...baru teringat, semalam kan Hari Hallowen. 
Sebagai seorang Islam, adalah HARAM untuk kita  menyambut perayaan ni.
 
Sebab? Ini sebabnya....
 
Hari Halloween, secara kasarnya, adalah sambutan peristiwa yang berkaitan dengan kematian dan roh si mati (hantulah kiranya). Mengikut sejarah, orang-orang zaman dulu menyambut hari ni (yang dulu dikenali sebagai hari All Hallows Eve, All Saints) untuk menghormati saudara atau rakyat sebangsa yang dah mati dengan bersembahyang dan mengadakan sedikit jamuan, agar roh-roh (hantu) tenang.

Aktiviti yang terlibat lebih kepada jamuan makan dan sembahyang bersama saudara dan rakan sebangsa yang lain. Zaman sekarang ni pula, aktiviti menyambut Halloween menjadi lebih meriah...Salah satunya dengan memakai pakaian kostum yang berkaitan dengan hantu atau raksasa seperti ahli sihir (witch), raksasa Frankenstein, goblin, tengkorak dan macam-macam jenis lagi. Bagi mereka yang memakai kostum tersebut (biasanya budak-budak), akan pergi bersama-sama rakan yang lain dari ke rumah ke rumah, meminta gula-gula untuk sambutan Halloween yang dikenali sebagai Trick Or Treat. 
 
Aktiviti lain pula melibatkan ramai orang ketika jamuan dilakukan, dimana kebanyakannya lebih kepada permainan yang menyeronokkan seperti 'apple bobbing' (permainan dengan cara mengambil epal yang terapung dalam besen air dengan menggunakan mulut saja).

Biasanya, mereka yang menyambut Halloween akan menghias rumah mereka dengan hiasan labu yang diukir dalam bentuk muka Jack O' Lantern, satu simbolik untuk perayaan Halloween untuk dijadikan sebagai tanglung. Selain tu, labu boleh diukir dalam mana-mana bentuk yang disukai.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Al-Kafirun ayat 1-6)
 
 
So, kalau perayaan ni disambut di Malaysia, sudah tentulah yang beragama Islam tidak perlu menyambutnya kerana sambutan ni diadakan untuk menyembah dan memperingati semangat, roh bagi si mati, jadi dah tahulah hukumnya..kan? 

~Sekian



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)