Friday 16 November 2012

Dapat Pun Akhirnya

 
 
Semalam aku pergi jalan-jalan dekat Jusco Tebrau. 
Ingat nak tengok wayang cerita Istanul Aku Datang tu.
Sekali tengok-tengok wayang tak bukak....
Hampa...tapi tak takpelah. Semalam kan Maal Hijrah.
Terasa malu pulak nak berfoya-foya semalam.
Huhu...tak sangka pulak wayang tu tutup sempena Maal Hijrah.
Bagus-bagus. Ada jugak rasa hormat diorang dekat hari baik untuk agama kita kan.

So, wayang pon tak bukak...kitaorang pun melangkah lah ke kedai buku HARRIS.
Macam-macam buku ada dekat kedai ni.
Buku cerita melayu, cina, india, Buku ilmiah, Buku perniagaan, Novel..
Macam-macam ada....
 
Tapi aku beli satu je....NOVEL..hehe...
Tapi bukanlah novel cintan cintun bagai tu.
Aku beli novel ni.....
CONTENGAN JALANAN karya Hlovate!!!
 

 
Yang specialnya novel ni, dia ada dua muka.
Depan dan belakang, macam gambar dekat atas ni, dua-dua muka depan.
Kalau korang tengok buku ni memang korang pelik. Huhu..
Aku mula-mula suka baca karya-karya Hlovate ni sejak aku baca novel dia yang "5 Tahun 5 Bulan".
Aku suka sebab cerita-cerita dia takdelah mengarut sangat.
Cinta sampai tak ingat dunia. I love you, you love me sume tu,
Haha...then, Hlovate ni suka campurkan bahasa inggeris dalam novel ni. 
So, secara tidak langsung, aku dapat lah belajar inggeris sikit-sikitkan.
Dapatlah aku sikit manfaat daripada bacaan aku.
Betul idok??? Hehe..
Aku dah ada 2 novel karya Hlovate ni. 
 
Yang ni....

Dengan yang ni....
 
 
Lepas ni aku nak beli yang ni pulak.....
tak sabar tak sabar!!
 
 
 
Harap dapat beli semua ni.
Tapi, lagi best kalau buku-buku ni sume tak payah beli...
Dapat hadiah untuk befday ke...kuikuikui...
Lagi syok! Haha..
Ok lah...nak pergi baca buku dulu. Bye-bye!!!! 

~Membacakan Amalam Mulia~
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)