Wednesday 9 May 2012

DURIAN RUNTUH FELDA 2012

Assalamualaikum...

RM1.689 bilion buat peneroka Felda. Bergemuruh tepukan dan jeritan gembira warga peneroka felda semalam apabila Datuk Seri Najib mengumumkan durian runtuh RM15000 kepada setiap keluarga peneroka felda. Wah wah wah...untungnya jadi warga Felda. Mesti harini ada yang tukar langsir baru, sofa baru, ipad, iphone, semuanya lah baru. Haha.. Pemberian durian runtuh ini dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama, sebanyak RM5000 diberikan kepada ketua keluarga. Fasa kedua, RM5000 dibahagikan kepada isteri peneroka bagi mengiktiraf sumbangan mereka yang sentiasa menyokong suami dari belakang. Manakala, RM5000 lagi akan diberikan kepada anak-anak peneroka. Bukan itu sahaja, peneroka juga mendapat bonus produktiviti, imbuhan duit raya, pinjaman tanpa faedah perumahan dan latihan kemahiran, pembangunan usahawan di kalangan peneroka berjalan seperti biasa.

Turut mendapat imbuhan, bonus tambahan 2.5 bulan buat 20,000 kakitangan felda, juga RM5000 bantuan pulih rumah di kampung tradisional sekitar rancangan Felda. Ini bukan durian runtuh ni. Ini durian berguguran nama dia. Hehe..

  
Tengoklah makcik-makcik ni, gembira bukan main. Siapa yang tak suka dapat habuan sekelip mata oiiiiii... Tak caya tanya makcik kat atas. Kan makcik kan.. Hajar nak jugak...jeles ni. Hehe. #Kalau pakcik kita peneroka, anak buah tak boleh dapat jugak ea? ^^,

Terima kasih Datuk Seri... :)
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. family kau dapat ta hajar!!??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat... :( almklumlah..kita kan kluarga risda. kihkih

      Delete
  2. cheh heh,, ade DA pon takleh nak share share ke ek?? haha

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)