Wednesday, 16 May 2012

PETUA HILANG GIAN


Assalamualaikum...

Okay, setelah sekian lama tak mengupdate blog...harini Hajar bersemangat nak menaip. Hehe.. Happy ni sebab baru balik shopping barang nak bawak pergi dok hostel.. Cewahhh..hostel ea. Hehe. Dah-dah, stop merepek. Harini Hajar nak bagi tips in how to reduce or to stop your addicted in smoking...#cakap omputih la pulak.. ^^,

 
Tengok gambar dari uncle google dulu...

Okay, jom mula...

1. Kunyah-kunyahan 
Bila rasa macam nak merokok, kunyahlah sesuatu. Contohnya, kunyah gula getah ke..takpun kunyah buah-buahan. Lagi berkhasiatkan. Elakkan makan benda-benda yang manis. Contohnya gula-gula biasa tau.

2. Senaman Regangan
Setiap kali korang rasa mengantuk sebab tak dapat merokok, buatlah senaman regangan supaya dapat mengurangkan keinginan korang untuk merokok tu. 

3. Minum Air
Minum air masak dengan BANYAK. Elakkan minum air yang berkefein sebab kebiasaannya korang akan rasa nak merokok lepas minum air jenis berkefein ni. 

4. Basuh Tangan dan Mandi
Basuh tangan dan mandi sekerap yang boleh bila korang rasa macam nak merokok.

5. Lengah-lengah
Bila rasa macam nak merokok tu kan, lengah-lengahkanlah masa untuk ambil rokok tu. Lagi senang, letak rokok jauh dari tempat yang korang duduk. Lama-lama, rasa nak merokok tu akan perlahan-lahan hilang.

6. Berdoa
Mohon doa dari Allah supaya usaha korang untuk berhenti merokok ni berjaya. Ingat, manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.



Hajar tak suka lelaki yang merokok. Perempuan yang merokok lagilah tak suka...Hehe


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)