Wednesday, 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU.

 
Assalamualaikum

Tarikh 16 Mei pasti akan membuatkan sesiapa sahaja akan terkenang-kenang akan jasa dan pengorbanan seorang guru. Merekalah yang telah mendidik dan menjadi ibu bapa kepada kita ketika berada di sekolah. Di sekolah juga Hajar mula mengenali erti kegigihan dalam pelajaran, keberanian, kedewasaan, dan kematangan. Banyak sebenarnya salah yang Hajar dah buat dekat sekolah walaupun Hajar ni pemegang jawatan pengawas dekat sekolah dulu. Hehe.. Oleh itu, Hajar nak mintak maaf atas semua salah dan silap yang telah menyusahkan, merisaukan dan menyemakkan fikiran cikgu-cikgu semua. Hajar juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah memberi didikan kepada Hajar dari tadika sehinggalah ke sekolah menengah. Jasa cikgu-cikgu semua amatlah dikenang dan tidak ternilai harganya.


 
Tadika kemas Segamat, Johor. (1998-1999)
Hajar mula masuk masa umur 4 tahun. Dekat bebeno tadika ni dengan rumah. Jalan kaki je. Time dekat dalam kelas selalu kena buli dengan anak cikgu yang muda setahun dari Hajar. Memang fobialah dengan budak ni. Bila balik tadika je mesti Hajar, dengan kawan-kawan kena kejar dengan angsa jiran. Benci betul...


http://btpnpahang.moe.edu.my/pkgbdrjerantut/2011/images/stories/gambar_website/SK_Damak_2.jpg 
SK Damak, Jerantut, Pahang. (2000-2001)
Masa umur 5 tahun, ayah dapat surat yang ayah kena pindah kerja ke Pahang. Jadinya, kami sekeluarga pun berpindahlah. Masa pra sekolahkan Hajar ada sorang akak angkat tau. Dia lah cikgu yang mengajar dalam kelas Hajar tu. Dia selalu bagi coklat, pensil warnalah. Macam-macam dia bagi. Tapi sayangnya, kita orang dah lost contact dah sekarang ni. Tahun 2001 Hajar naik ke darjah satu. Darjah 1 Cerdik. Dekat sini takde ramai kawan sangat sebab duduk sini kejap je. Lepas tu kita orang pindah lagi.  

SK Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan. (2002-2006)
Masa daftar, Hajar ditempatkan dalam kelas 2 Mutiara. Jangan tak percaya, Hajar ni atlit tau dekat sekolah dulu. Lumba lari lah yang paling Hajar suka. Haha.. Cuba sekarang ni suruh Hajar lari, alamatnya tak sampai-sampai agaknya. Masa darjah 3 Hajar dilantik jadi pustakawan sekolah sampailah darjah 6. 


 
SMK Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan (2007-2008)
 Masa masuk sekolah ni Hajar tengok ramai budak tinggi-tinggi. Hajar memang ketot sikit pun. Haha.. Ingat lagi masa temuduga nak jadi pengawas sekolah. Masa tu tingkatan satu. Ada ke patut kena nyanyi lagu sekolah kuat-kuat depan penemuduga a.k.a. cikgu. Malu betul..haha. Untuk tugasan kerja kursus Kemahiran Hidup pulak Hajar dengan budak-budak kelas kena masak mee hailam tanpa resepi. Haa...apa lagi, buat resepi sendiri lah kita orang. Hehe...



SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru. (2008-2011) 
Akhirnya..Hajar dapat merasa duduk rumah sendiri bila ayah pencen. Mula masuk kelas kawan-kawan kata Hajar ni sopan, baik. Haha..baiklah sangat. Bila dah lama kenal... Hamek, cot cet cot cet tak berenti-berenti. Haha.. Pengalaman yang best dekat sekolah ni masa bengkel tingkatan 3. Dak-dak perempuan kena tidur dalam surau. Kita orang pun gatal..saje je tidur lambat. Cerita tu cerita ni. Sekali beberapa orang cikgu masuk, cikgu pun kira-kira jumlah budak perempuan dalam surau tu. Hajar pun tanyalah sorang cikgu yang agak rapat dengan Hajar. Punyalah tekejut bila cikgu kata jumlah yang cikgu kira tu lebih seorang dari jumlah yang sepatutnya. Apa lagi, kita orang tarik selimut terus tidur, tak cakap-cakap. Hehe..seram.....

***************

Cerita-cerita dekat atas saja Hajar nak cerita tentang pengalaman Hajar masa sekolah dulu. Macam-macam ada...pahit, manis. Yang penting dengan adanya seorang guru. Semua masalah dapat diatasi. Hehe...

Guru seterusnya yang bakal Hajar jumpa...... :)

 

~ SELAMAT HARI GURU Hajar ucapkan kepada semua cikgu, ustaz, ustazah dan sir ~


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Wah!! siap ada gambar lagi ..kenangan sekolah...
    Selamat Hari guru walau terlewat sikit..hehehe

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)