Sunday 6 May 2012

ONE OF MY SWEET MEMORIES


Assalamualaikum...kenangan ku di samping mu..lalala~~~

 

Ini dia budak-budak kelas Hajar. Satu-satunya kelas sains tulen dekat sekolah. Ada 25 orang je. Sekolah memang tak nak ramai-ramai. Takut nanti kelas jadi kecoh. Alhamdulillah..kelas kita orang dapat hasilkan dua orang budak staraight A.

Dua tahun kita orang sama-sama. Pahit manis. Time hias kelas untuk hari merdeka. Yang paling best, kelas Hajar suka buat makan-makan. Kita orang mesti bawak makanan sendiri. Longgokkan semua makanan tu kat tengah-tengah, duduk dalam bulatan lepas tu...MAKAN TIME! Waaa..rindulah. Yang best jugak, kita orang suka photoshot... Ini antara gambar yang sempat kita orang rakam.




Kelas kitaorang cuma ada enam orang je kaum adam. Kesian. Semua poyo-poyo pulak tu. Hahaha.. Memanglah perempuan yang mendominasi apa-apa keputusan.. ^^, Tak laa....



 

Ini gambar waktu kita orang buat makan-makan untuk raikan cikgu-cikgu. Hehe..tengok-tengok, time ambil gambar pun  Hajar boleh nak makan tembikai. 



Benda ni kita orang letak dekat pintu masuk kelas. Cuba cari Hajar yang mana...


Ini gambar Hajar dengan protege terbaik. Haha.. Yang kiri tu kawan baik Hajar. Nama dia Syahira. Sape nak try boleh add kat facebook. Hehe.. Eh-eh, dia dah berpunya dah...sorry...

Akhir kata. Kelas 5UM memang best habis lah..... Rindu sangat zaman sekolah. Rindu sangat dekat korang semua... Nanti dah besar buat reunion okay. 


~The End~



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. AHAHAHA zaman sekolah dlu memang banyak benda berlaku, lebih2 lagi kalo duduk asrama, memang kecoh abis :) kenangan tu,

    latest post: http://ajamoppical.blogspot.com/2012/05/pada-suatu-masa-dahulu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...sekarang dh tak dpt nak merasa zaman pkai bju sekolah. hehe

      Delete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)