Wednesday, 29 February 2012

'WALK-WALK' DI PLAZA ANGSANA

Assalamualaikum


Semalam, buat pertama kalinya aku tengok cerita nangis (Haha, tak pernah-pernah MENGADE). Aku tengok cerita Stairway to Heaven episod akhir. Memang sedih sangat jalan cerita dia. Last-last heroinnye mati pulak..



Ni lah hero ngan heroinnya


*******************************************************

Eheh,,kali ni dalam entry ni, aku nak cerita sikit beberapa perkara yang pelik, tapi takde lah pelik sangat. Aku je kot yang rasa pelik. Ke aku yang pelik? Atau orang lain yang pelik tapi tak rasa yang diorang tu pelik? Atau aku je yang nampak diorang tu pelik tapi orang lain tak nampak pun kat mane pelik dia? (apa aku merepek ni...)


Okeh, kita teruskan. Kelmarin, memang hari yang memenatkan. Sampai rumah je, pening kepala datang. Hamek... Aku dengan akak-akak aku, juga tidak ketinggalan Lutfi pergila jalan-jalan dekat Plaza Angsana semalam. Bukan ber'shopping' pun, kiteorang saje jalan-jalan buang sawang kat kepala. Sepanjang tempoh kiteorang berjalan-jalan tu, ada lah beberapa situasi yang menarik perhatian dan kepala aku untuk tertoleh ke arah situasi tersebut.



SITUASI PERTAMA

Kiteorang singgah dekat satu restoran makanan segera ni. Tapi aku tak makan pun, aku tukang habiskan je mee kari akak aku. Sambil makan-makan tu,,kiteorang pun lepak-lepak la kejap. Seronok betul duduk dekat kerusi diorang yang ala-ala buaian tu. Sambil makan, sambil buai-buai. Lama-lama rasa nak muntah. haha.





Masa makan tu, aku terpandang la sorang makcik ni. Dah berumur. Kesian dia aku tengok. Duduk sorang-sorang je. Tunggu sape pun aku tak pasti. Lama jugak kiteorang duduk kat kedai tu. Takde sorang pun yang datang ambil makcik tu. Nak kata anak makcik tu kerja dekat kedai makanan segera tu, Takde pulak makcik tu jengah-jengah dekat bahagian pekerja kedai tu. Dok tengok luar je adelah. Otak aku dah fikir lain dah. Anak makcik tu memang sengaja tinggalkan makcik tu kat situ ke?? Erk,,tak tahu la. Aku agak je. Tak baik berperasangka buruk dekat orang kan. Tapi, kalau betul lah anak makcik tu dah tak sayang sangat makcik yang dah mengandung and membesarkan dia,,lebih baik dia tinggalkan makcik tu dekat rumah orang-orang tua ke. Terjamin sikit hidup makcik tu. Kan...



SITUASI KEDUA

Disebabkan perut aku kekenyangan tahap nak pecah, kaki pulak rasa macam nak tercabut skru, aku pun tunggu jela dekat tempat duduk dalam Angsana tu sementara akak aku pergi bayar duit parking. Sambil duduk-duduk tu, aku pun tengok-tengoklah gelagat orang yang lalu lalang depan aku. Nak dipendekkan cerita, aku pun terpandanglah satu pasangan yang tengah jalan-jalan dengan sorang budak kecik perempuan. Dari pandangan cermin mata aku, dah sah-sah la tu anak diorang sebab mula-mula diorang pegang tangan budak tu. Tapi lame-lame aku tengok dah tangan ke mana, budak ke mana. Diorang tengah busy fikir nak beli apa kot sampai terlupa anak sendiri. Nasib baik budak tu pandai je ikut belakang mak dia. Pelik lah. Sanggup diorang biarkan anak macam tu je. Nanti, kalau anak tu kene culik ke hilang ke..barulah nak menangis air mata darah. Masa tu, nasi dah jadi bubur lah. 
So, kat sini aku nak nasihatla kat korang. Nanti, kalau korang dah ada anak, jaga lah betul-betul okay. Haha...


Dala, tu je kot yang aku nak cerita hari ni. Nanti-nanti kalau aku jumpa lagi benda yang pelik-pelik, aku cerita lagi dekat korang ye. Okay, bye-bye.


*LIVERPOOL menang laa lawan ngan CARDIFF CITY (3-2) hahaha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)