Thursday 23 February 2012

BROWNIES SPECIAL



  • Siti 'Aisyah Tajudin bagi aku resipi kek coklat weh.yg simple2.haha
    13 jam yang lalu ·  ·  1


    .......................................................................................................


    Assalamualaikum...
    okey,,buat pertama kalinya blog aku dapat permintaan. Waa,,terharu lah.. Haha.. Buat kawan aku, aisyah..terima kasih. Post kali ni khas untuk kau ye.. (^,^)

    siape suka kek coklat?? angkat tangan...



    BROWNIES SPECIAL





    Jom belajar cara-cara buat  kek ni okay.. Jangan tahu beli je..


    Bahan A
    1 cawan susu cair
    1 cawan buttercup cair
    1 cawan air panas
    2 cawan gula perang 


    Bahan B [kacau rata]
    2 biji telur gred B
    1 sudu kecil esen vanilla


    Bahan C [ayakkan]
    2 cawan tepung gandum
    1 cawan serbuk koko (van houten)
    1 sudu kecil baking powder
    1 sudu kecil soda bikarbonat








    Cara-cara membuatnya
    1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
    2. Kacau bahan A sehingga sebati.
    3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
    4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
    5. Sapukan sedikit mentega di permukaan loyang.
    6. Bakar selama 45 - 50 minit.
    7. Sejukkan kek dan curahkan topping di atasnya.


    Cara-cara membuat topping
    1. coklat masak potong kecil-kecil
    2. buttercup tu ambil setengah je

    Campur semua bahan dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Guna kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. Bila dah suam sikit baru curahkan atas kek tadi.



    Ni dia kaedah double boil tu. Periuk yang bawah tu letak air dalam dia. Bahan-bahan semua letak dalam periuk yang atas.


    Selamat mencuba ye semua. Dah siap pos lah sikit. Nak jugak rasa air tangan korang.
    Akhir kata, kurangkan manis dalam kek, lebihkan manis dalam senyuman.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. sodap eeehhhh,, post satu la,, ti aku bg alamat,,mehehe

    ReplyDelete
  2. ko buat sendiri laa.. penat aq bagi tutorial ni..haha

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)