Wednesday, 22 February 2012

SEPETANG BERSAMA CHEF HAWA

Assalamualaikum...

Ni nak cerita ni, petang tadi, saya tolong mak saya buat kuih tau. Kira kuih tu saya lah yang buat (ceh,,konon...). Walaupun kuih tu memang enteng je nak buat, petik jari je,,saya tetap nak tunjukkan cara-cara nak buat kuih tersebut. Excited ni,,sebab sebelum ni tengok je mak buat. Tak pernah pun buat kuih dengan tangan sendiri. Kuih ni ade orang panggil kuih vade or wade..lbih kurang la bunyik dia. Okay, baca ye tutorial dia..maaf kalau gambar-gambar ni semua macam buruk sikit.


CARA-CARA MEMBUAT KUIH VADE


ok,,mula-mula korang kena rendam kacang dal ni sampai lembut



Then,,belender kacang tu. Jangan kasar sangat, jangan hancur sangat k..



potong bawang pulak supaya senang nak blend..



Lepas dah blend, campurkan je dengan kacang dal tadi. 



 Okay, lepas tu, pegi belakang rumah, pergi petik daun kucai, lada merah, lada hijau. kalau sape-sape suka pedas, letaklah cili padi sikit..



 potong-potong...



 potong lagi...



 campurkan semua bahan dan letak garam secukup rasa



selepas itu,,korang kene gaul tau bahan-bahan tadi. then, buat bentuk bulat-bulat dan goreng dalam minyak yang cukup panas



Haa,,dah siap. Boleh dihidang bersama teh o. Kuih ni sedap makan panas-panas tau.



Sampai sini aje. Selamat mencuba k.. 


(Muka happy dapat buat kuih) lalala~~~




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1 comment:

  1. Alhamdulillah nk cuba ni.
    beli bahan bahan di kedai
    ikut langkah langkah
    1-10.
    siap masak ..
    makan
    bismillah.

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)