Thursday 31 May 2012

UITM KAMPUS SERI ISKANDAR



 
 


 
Besok Hajar dah nak gerak ke Perak dah. Semoga selamat semuanya. Sedih wooo... Nak nanges takut kena ejek dengan akak. Tahan Hajar tahan.. Hahaha. Mesti akak dengan abang semua gelakkan baca entry ni. Takpe korang. Hahaha.. Alhamdulillah semua adik-beradik Hajar berjaya lanjutkan pelajaran ke universiti. Kira Hajar ni yang terakhir masuk U lah ni. Anak bongsu katakan..tu yang sedih bukan main tu. Hehe...

Hajar dah berazam nak belajar betul-betul supaya boleh dapat dekan untuk setiap sem. Amin... Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Hajar tak kena buli sebab Hajar ni kecik je orangnya. Wakakaka. Berani diorang nak buli. Nak kena seligi try lah buat. #Erk,,beraninya. 
 
Persiapan untuk pergi ni jangan ceritalah. Macam-macam bawak. Dah macam nak pindah rumah pun ada. Beli itu, beli ini.. Yang bestnya,,,bila dah nak pergi ni semua orang jadi baik luar biasa. Haha.. Abang ipar Hajar bagi duit. Yang tu tak heran sangatlah. Kira duit gaji Hajar selama beberapa bulan jaga anak dia. Hehe. Tapi yang peliknya, mokteh Hajar dengan tak semena-mena bolah bagi duit untuk belanja. Hehehehe...kayo den kayo...
 
Yang paling buat Hajar sebak bila mak kata, "18 tahun mak jaga kau. Dah nak berdikari sendiri." Adoi...bertakung dah kolam air mata ni rasanya. Ayah pun sedih jugak tu sebenarnya. Tapi disebabkan ayah Hajar ni macho..tu yang tenang je tu muka dia. Hehehe..

Haha..okay itu saja. Bye-bye semua. Doakan yang terbaik untuk Hajar ye. Sayang mak, ayah, akak-akak, abang-abang, lutfi, arif. Sayang FB dengan blog jugak. Lepas ni tak dapat nak online selalu dah. Huhuhu.. Nantikan entry Hajar tentang pengalaman pertama duduk berjauhan dengan keluarga pulak ea. Hehe... BYE!!! :)

 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

7 comments:

  1. good luck berada di tempat baru dan study smart yerk :)

    ReplyDelete
  2. all the bestt,,, dekan setiap sem taauuuu!!!!

    ReplyDelete
  3. hafizudin adnan1 June 2012 at 06:58

    selamat berjaye...jgan nak sedih2 sgt...x lame pun bejauhan dgan family tu...cuti nnt balik la kampung...bukan jauh sgt pun...semoga berjaya mencapai impian dekan setiap sem...

    ReplyDelete
  4. Selamat belajar dan gaul dengan kawan2 yag baik yek!!!

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)