Saturday, 10 November 2012

Penemuan Baru...Yeay!!

 
 
Tadi tengah seronok-seronok cari itu ini dekat web,
last-last jumpa satu page photo editor ni, 
PicMonkey nama dia. (Fuh,,siap ada nama. Hehehe)
Woooo...gembira bukan main aku rasa.
Photo editor yang ni tak berapa susah nak guna,
tak payah nak register pape.
Just upload gambar then bleh edit gambar tu sampai pengsan.
Hehehe....
 
Aku suka PicMonkey ni sebab dia lebih kurang macam Picnik.
Picnik tu page untuk photo editor jugak.
Lepas je page Picnik ditutup entah sebab apa,
aku terus jadi tak tentu hala...(dramatik betul..huhu..) 
So, jom lah try PicMonkey ni...
 Aku ni pon takdelah terer sangat bab-bab edit gambar ni.
Suka-suka je..
Ikut mood..kalau rajin aku buat lah.  
Jadinya, aku tengah rajin sekarang ni.
Aku pon aditlah gambar di bawah. 
Kalau cantik puji..kalau buruk diam-diam je. Huhuhu
 

Ini contoh mood seram....
 
SEBELUM

SELEPAS



Yang ni kononnye macam nak buat mood cerialah ni. Hahaha...

SEBELUM

SELEPAS


Okay..yang ni yang last. 
Gambar aku tengah bersuka ria main game budak kecik.
Punyalah laju graviti tarik aku ke bawah (kononnya...)
Hahaha...
 
SEBELUM

 SELEPAS
Haha...seronoknye aku...
Okay, itu aje report aku harini...
K,,tata titi tutu.... :D


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, 9 November 2012

CONTEST : I choose to wear hijab!

 
 
 Hai hai hai...aku join contest harini. 
Saja nak cuba nasib. 
Dengar tajuk contest ni pon macam best. 
Apa lagi, lajulah tangan ni menaip. Huhu..
Contest ni bagus untuk nak meningkatkan lagi minat wanita-wanita di luar sana untuk memakai tudung, dengan erti kata lain, MENUTUP AURAT.
So, kalau korang yang baca nak join jugak,,klik direct dekat banner. okay?
Lelaki? Ofcoz lah tak layak nak join...gerenti korang kalah nanti. 
Jangan nanges pulak.. hehehe...
 
 
 
Syarat syarat : 
  1. Buat entry bertajuk "Contest I Choose To Wear Hijab" dan letak banner di atas
  2. Letak gambar yang korang pertaruhkan
Hadiah :

1st prize

RM50

Maxi skirt

Bawal plain

Review blog


2nd prize

RM30

Maxi skirt 

Review blog


3rd prize

RM20

Bawal plain

Review blog

 3 saguhati
Bawal plain (sehelai setiap seorang)

Review blog


Tarikh tutup
: 7 Disember 2012
 
 
Banyak jenis tudung yang ade dekat pasaran sekarang ni,
tudung 'siti' lah, tudung 'yuna' lah, selendang, pashmina, 
bawal 2 3 4 5 6 7 8 tone (tipu ler tu...kihkih), ape lagi?
Jenis apa pun tak penting, 
yang penting tudung-tudung tersebut dapat menutup aurat wanita.
Jika aurat kita tertutup kan kita akan lebih dipandang tinggi. :)
Hmm..dalam banyak-banyak tu, yang berjaya menambat hati aku adalah tudung yang keras tu...
Senang nak pakai, tak payah lipat-lipat,
Ada jenis yang tak payah gosok, terus sarung je.
Tapi disebabkan perkembangan sekarang yang dah kembali pakai tudung bawal,
aku mula tertarik nak pakai tudung bawal.. 
Hehe..oleh itu, aku harap aku menang.
Hehehe...

 
 
 
 
Sekian...terima kasih! 
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, 7 November 2012

Kenapa Kena Ade BLOG???

 
  
Kenapa aku ada blog?... kalau nak jawab mudah je, saje ada blog sebab orang lain ada, atau pun jawapan lain zaman sekarang memang kene ada blog...itu jawapan yang paling berdesing orang dengar..hehehe.

Tetapi tulah hakikat yang sebenar dan realiti. Pada mulanya aku buka akaun blog ni sebab ramai dikalangan rakan aku yang ada blog. Kalau nak ikut arus teknologi pun memang dah lambat dah blog aku ni sebab penulis blog yang lain dah ada beribu-ribu pembaca dan peminat diorang sendiri. Ini dah macam ayat artis..huhuhuhu. Itu tanggapan pada mula-mula skali aku bukak akaun blog ni tahun lepas, tapi banyak kali dah aku 'renovate' blog ini sampailah jadi macam sekarang. Tu pon aku tak puas hati lagi dengan blog ni.

Mula-mula dulu aku fikir kalau ada blog, nak tulis apa? kene glamour ke? orang yang pandai menulis je ke yang kena ada blog? Banyaklah soalan yang terlintas dalam fikiran aku ni. Tapi bila aku dah bukak akaun blog, baru aku tau dan nampak apa yang perlu ditulis untuk menjadi tatapan pembaca dan apa yang perlu ada dalam satu-satu blog itu. Cewahh..aku cakap macam slalu update je blog ni. Hehe..

Untuk blog yang bagus, penulis blog perlu ada identiti yang tersendiri untuk menjadikan blog itu lebih menarik dan tidak menjemukan. Kiranya ada aura yang tersendiri lah...yang membuatkan pembaca takkan melepaskan blog kita daripada tatapan diorang.

 Aku harap blog aku ni akan mendapat tempat di hati pembaca, walaupun baru setahun jagung menapak dalam dunia blog ni. Tak lah famous macam blog-blog yang dah dapat anugerah Bloggers setiap tahun. Tapi aku tetap akan cuba ke arah itu dan meningkatkan lagi mutu blog. Aku jugak tengah belajar dengan mereka yang telah lama dalam bidang ni. Kiranya sifu blog lah yang mana tulisan diorang tak terjangkau dek akal kita. Apa yang diorang tulis benar-benar jujur dari hati diorang yang nakkan kepuasan sendiri. Ni tinjauan aku dekat blog diorang lah.

Kesimpulannya, terima kasih dekat korang yang dah bagi sokongan dekat aku untuk meneruskan blog ni. Tak lupa jugak dekat korang yang dah memberi kritikan dekat aku. Sebab kritikan koranglah aku ade blog ini. Pada aku kritikan tu yang buatkan aku lebih semangat untuk terus menulis blog. Penulis yang bagus tidak akan sekali-kali mengalah dengan segala kritikan dan cemuhan, ambil kritikan itu sebagai sesuatu yang membina. Tak boleh cepat patah semangat... ;)
 
Wassalam...


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday, 4 November 2012

Aktiviti Hari Ini...

  

Harini aku, akak-akak ngan keluarga poksu aku pergi main bowling.
Dekat Ampang Superbowl.
Konon macam nak buat macam tournament antara keluarga lah.
Last-last sume hampeh.
Bola asek ke longkang je. 
Bukan aku eah...hehe..tak nak mengaku plak tu.
Longkang2 aku pon, dpt nombor 3..terer tak terer tak?
Tapi, sempatlah jugak aku buat aksi baling bola ke penonton. (Maksudnya bola terlepas lah tu)
KIH! KIH! KIH!
Nampak tak ketawa malu ni.
Haha..bila bola dah terlepas bagi alasan tangan basah sebab sejuk... 
Memang kene BOOOO lah jawabnye. Hehe..

Tapi semua tu tak penting sebenarnya.
Yang penting hubungan antara keluarga tu sendiri..
Apa yang aku nampak, kitaorang semua enjoy dengan game ni.
Takde pon yang jeles bila dia ni menang ke, dia ni dapat strike ke.
Dia ni masuk longkang ke...eh? kuikuikui...
 
Kesimpulannya, hargai lah keluarga kita.
Buruk atau baik, diorang tetap keluarga kita.
Okay...
Hmm..rasa macam dah takde bende nak tulis ni..
So, tengoklah gambar pemain profesional tu. 
HEHEHE....babai..
 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA