Monday, 12 March 2012

KASIH NAN ABADI

Assalamualaikum...hai hai hai!!!

Dah lama aku tak update blog kan. Sori..seboklah sekarang ni (seboklah sgt). Hehe. 
Okeh,,untuk entri kali ni, jom kita nyanyi sambil tangan melambai ke kiri dan kanan beramai-ramai. Yeah...one..two..three..nyanyi!

~~~Satu...kasih nan abadi, tiada tandingi
Dia yang satu

Dua...sayang berpanjangan, membawa ke Syurga
kasihnya ibu

Tiga...lapar dan dahaga, rela berpayahan
setianya ayah

Empat...mudah kau ketemu, berhati selalu
beza antara kasih dan kekasih...

Ibu...ku ingat dahulu, menyisir rambutku
Kemas selalu

Ayah...menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa~~~


Haha..mesti ada yang pening-pening lalat kan. Mesti ada yang tanya macam ni 
"Lagu ape ni???" 
Haha..buat yang tak tahu tu, ni lagi Aris Ariwatan yang bertajuk 1,2,3,4. Kalau tak tahu jugak, search jela kat You tube. Kan senang..

Lagu ni sebenarnya membawa 1001 makna yang tersirat dan yang tersurat. Masa aku dengar lagu ni tadi, tetibe rasa macam..eee bestnye lagu ni. So, aku pun terfikir lah untuk berkongsi dengan korang. Tu yang tulis dekat blog ni. Haha.. 

Lagu ni menunjukkan betapa besarnya kasih sayang seseorang yang bergelar EMAK dan AYAH terhadap anak-anak dan betapa perlunya anak-anak membalas jasa kedua-dua mereka. Kalau dengar betul-betul lagu ni, sure meremang bulu roma punyalah. Hehe.. Lagu ni untuk mak dan ayah aku.
Emak..ayah..TERIMA KASIH..


 Saya Siti Hajar binti Noh mengaku yang saya sayangkan mak dan ayah saya ketat-ketat. Hehe..

HAJAR SAYANG MAK AYAH 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, 9 March 2012

NAK TRY-TRY

Assalamualaikum

Hehe,,memalam ni nak mintak tolong korang sikit boleh tak??? Korang, cuba try klik ini dan tekan ini.
Bukan apa, orang kata melalui blog, kita boleh buat duit. So, sekarang ni aku tengah try-try, tengok-tengok, tinjau-tinjau kot-kot menjadi ke. Sapa lah tau kan. 

Kalau jadi, aku ajar korang pulak ye kalau ada respon. Tapi sekarang ni, tolong klik dulu link-link kat atas ni eah. K,,bye..

*Tolong ye..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, 8 March 2012

BANDUNG, INDONESIA


Assalamualaikum

Okey, mula-mula sekali, aku nak korang klik sini dulu dan klik sini juga ye.

*********************************************************

Entry kali ni aku buat untuk abang aku. Al maklumlah, dalam keluarga En Noh, aku sorang je yang ada blog. So, ada pape semua koje aku lah kan untuk menghapdet natang ni. 

Brader aku semalam baru balik dari Bandung, Indonesia. Katanya nak release tension lepas berminggu-minggu exam. Bukan main abang aku, sekarang dah tak main dalam-dalam negara lagi dah. Luar negara je semua. Bukan nak bawak aku pun. Haha.. Abang aku pergi dengan kawan dia, Eugene Teh. Sporting budak Eugene ni. 



Kita tengok sikit ye antara gambar-gambar abang aku yang tersenyum bangga. Haha..


Okeh, cukup dua aje. Nanti orang kata,,"adik dia pulak yang over-over"


Hmm,walaupun abang pergi dengan kawan dia aje, aku tak kisah asalkan dia ada bawak ole-ole untuk aku. Haha.. Abang aku kata barang-barang branded kat sana murah-murah. So, aku tolong promotekan kat sapa-sapa yang suka barang branded-branded, beli aja di Bandung. 

Sekarang jom tengok barang-barang apa yang abang aku dah belikan untuk kitaorang. Enjoy, walaupun korang tak dapat. Hehe..


Wallet ni untuk abang ipar

Yang ni untuk akak-akak aku

Ni untuk aku dengan akak aku yang tengah belajar tu..


Ni untuk Lutfi dengan Arif


Baju abang


Ni pun baju abang jugak. Cuba tengok jenama tu. Kalau kat sini, RM300++ Cuba teka kat Bandung berapa?? RM 100++ je. Berdouble-double diskaun dia kan.


 
Dalam sekelip mata je rumah kitaorang dah bersepah macam ni sekali. Agak-agak sapa yang kena kemas?? Haha..


Sebenarnya banyak lagi yang abang aku bali (baju batik untuk mak dengan ayah, keychain untuk kawan-kawan dia, kerepek-kerepek, telekung dan dll) tapi aku tak nak lah tunjuk semua gambar. Nanti orang kata nak menunjuk pulak. Tak pasal-pasal ada yang buat muka double jerk karang. Haha.. So, sebelum aku mengakhiri entry kali ni, tengok sikit gambar model tak bertauliah ni menggayakan barang yang aku beli. Yang ni nak gelak, gelaklah. Haha..



Sekian...


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, 5 March 2012

PESTA BUKU UTM, SKUDAI

Assalamualaikum

Haritu (3 hb 3),,abang aku bawak aku pergi pesta buku dekat UTM. Kiteorang pergi dengan kawan abang aku sekali, Kak Nadia. Disebabkan abang aku dengan Kak Nadia ni belajar sambil bekerja, so diorang pon dapat lah baucer buku yang RM200 tu. Aku pun apa lagi..mengepaw lah..haha
Tapi semalam aku frust sebab aku terlupa bawak kamera!! Dah sampai rumah baru dapat amek gambar.

Yang ni untuk aku.


Wanita dan novel memang tak dapat dipisahkan..haha. buku yang kiri tu, hero dia nama Zarul. dalam banyak-banyak nama, nama mantee aku jugak yang dia nak letak.


okey,,yang ni untuk Lutfi


ni untuk emak ngan abang



Tak kan buku je nak berposing. Tuan blog ni nak jugak..say cheese!!!


Sekian...


*nanti kalau aku dapat gambar dari Kak Nadia aku tunjuk ye.. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA