Thursday 25 April 2013

Air Gas....dapnye dapnye


Hah! Tgk je gambar da tau entry kali pasal apa kan. Yes! Dalam entry kali ni, aku nak cerita pasal KEBURUKAN MINUMAN BERKARBONAT. Haaaa..ramai kan yang suka? So, baca entry yang aku copy dari majalah Mingguan Wanita ni sampai habis okay.

Keburukan minuman berkarbonat adalah...

KENAIKAN BERAT BADAN
Minum satu tin air gas setiap hari dalam sebulan akan menaikkan berat badan sebanyak setengah kilogram. Itu baru sebulan. Kalau minum setahun...???

TIDAK ADA NILAI GIZI
Ketika kehausan atau setelah berpuasa, tubuh memerlukan cairan yang bernutrisi. Dalam air gas takde pun nutrisi. So, membazir je minum...

MENINGKATKAN RISIKO DIABETES
Kadar gula yang tinggi di dalam minuman berkarbonat meningkatkan risiko anda untuk menghidap diabetes. Kan Islam melarang kita ambil sesuatu yang boleh memudaratkan.

MENYEBABKAN OSTEOPOROSIS
Haa..korang twu tak osteoporosis tu apa? Osteoporosis tu kira macam tulang rapuh laa. Jadinya, jika korang minum minuman berkarnonat ni dengan kandungan kalsium rendah, korang berisiko untuk terkena osteoporosis.

MEROSAKKAN GIGI
Kandungan sebatian soda mampu mengikis dan merosak lapisan enamel gigi, menjadikan gigi mudah berlubang dan rosak. Karang tak pasal-pasal gongak gigi tu. Hehe..

RISIKO KEROSAKAN BUAH PINGGANG
Orang yang gemar meminum minuman berkarbonat lebih berisiko terkena batu karang serta kerosakan buah pinggang. Dari kena batu karang, baik amek je batu karang dekat laut tu. Huhu

MENYEBABKAN DEHIDRASI
Kadar kefein dan gula dalam minuman menyebabkan tubuh dehidrasi. Haa..bahaya tu.


Jadinya kawan-kawan, kurangkanlah pengambilan minuman berkarbonat ni okay. Itu saja. Bye.. :)

 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1 comment:

  1. Ya, minuman bergas ni banyak mudarat dari baiknya. Lana minum pun bila beli fast food je, kira time mkn mkn kepci n mekdi je. Tu pun salu minum tak habis.

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)