Tuesday 10 April 2012

PEREMPUAN JE BOLEH BACA !

Assalamualaikum...
 
Adakah Pakaian Korang Betul-Betul Memelihara Maruah Diri???

"Kenapalah dia beli baju tu?? Mungkin dia tak perasan corak baju tu memalukan diri dia..." Begitulah getus hati bila tengok sorang perempuan ni. Memang dia pakai baju longgar dan bertudung...tapi...ada satu perkara yang menarik pandangan mata kearah perempuan tu berbanding orang sekeliling. Ni sebab pakaian yang perempuan tu pakai ada corak ketara dekat bahagian pinggul ke bawah. Pendek kata...banyaklah mata-mata yang tanpa sengaja terpandang bahagian badan dia yang 'tak manis' untuk diperagakan tu.

Dipendekkan cerita,,,

PAKAIAN LABUH , LONGGAR DAN TAK JARANG MASIH TAK MEMADAI JIKA ADA BAHAGIAN TUBUH YANG SEAKAN MENJADI BAHAN TONTONAN ORANG SEKELILING 

Jadinya,,dekat sini Hajar nak bagi beberapa tips untuk membantu Muslimat memilih pakaian yang sopan.

  

  • Beli 'cermin penuh badan' (full-length mirror) dekat rumah supaya senang korang nak tengok-tengok kesopanan berpakaian setiap kali sebelum keluar rumah.

  • Masa dekat depan cermin tu, lihat sekilas pandang pada seluruh badan (termasuk bahagian depan dan belakang). Sediakan cermin kecil tambahan supaya senang korang nak tengok bahagian belakang badan.
  •  Perhatikan seluruh tubuh. Dekat mana pusa tumpuan mata bila pandang? Tarikan akan berlaku dekat bahagian yang ada corak, warna dan hiasan paling ketara. Kalau corak terletak dekat tempat yang tak sopan, ubah suai cara pemakaian. Takpun,,pakai dekat rumah je. # Tak yah bawak keluar rumah.

  • Perhatikan garis-garis lekuk dekat sekitar dada dan pinggul ke bawah. Sesuatu pakaian tu, dianggap sopan dan tepat syarat kalau takde bahagian yang 'tersangkut' atau 'ketat membalut' lekuk pada badan.

Oleh tu korang...setiap Muslimat mestilah peka dengan imej diri yang terhasil daripada pakaian korang okey. Semoga Allah s.w.t. menambah fahaman kita agar mampu mendapat keredhaan-Nya. 

Sebenarnya lelaki pun boleh baca. Saja je buat tajuk gempak sikit..hehe... So, kaum Adam,,korang dah baca kan?? Sekarang, lindungilah kaum hawa okey. Seorang kawan mahupun teman lelaki yang baik adalah mereka yang membawa wanita ke arah syurga...

Sekian saja harini....Bye...




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. memang kena beli cermin yang hok besar punya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nseb baik dalam blik hajar dah ade cermin pnjang..

      Delete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)