Tuesday, 25 December 2012

Cuti, Cuti dan Cuti...


Yeayyyyy.....cuti!!! Seminggu je pon cutinya Hajar..jgn nak over sangatlah... =='
Huhh..teruk betul. Dah empat hari sampai rumah baru nak update blog.
Hehe..aritu aku sampai rumah pukul 1 pagi hari Sabtu. 
Jauh betul perjalanan aku. Hmm..orang kata jauh perjalanan, luas pengalaman.
Aku pulak?? Tidur je kerjanya dalam bas.
Macam mana tu??? Ha ha ha.
Sape suruh orang bas tu sediakan kerusi yang empuk beserta aircond yang nyaman.
Hamboi, bagai orang ngantuk disorongkan bantal lah aku jawabnya.
 
So....cuti ni nak buat apa?? 
 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, 7 December 2012

Semester Baru!!!!!


Semester baru aku mulakan dengan Bismillah...
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Amin....

Okeh! Hajar, semester ni kau kena belajar betul-betul... 

Untuk semester ni, aku amek lima subjek je,

FINANCE
CALCULUS 2
STATISTIC AND PROBABLITY
CTU
BEL
KOKO

Harap-harap semuanya baik-baik belaka. Huhu..
Actually, aku takde idea nak tulis apa malam ni.
So, aku nyanyah je lah malam ni.
Twu tak 'nyanyah' tu apa?
'Nyanyah' tu......MEREPEK..
Macam aku lah. Hahaha....

Okay, jom cerita pasal roomate.
Semester ni aku dapat sama bilik dengan Iema & Ain lagi...
Seronok!!! yeayyyy.... 
Dan,,kitaorang pon dapat sorang roomate baru,
Elyza nama dia...
Baik orangnya, macam-macam bekas makanan dia ada. 
Haha....sempoi... 
Elyza amek kos Pengurusan Bandar dan Wilayah.
Mula-mula jumpa seram jugak,
Almaklumlah...belum kenal hati budi.
Sekarang dah okay dah....
Kita kena belajar setiap baik buruk seseorang, 
baru kita boleh jadi kawan yang baik kan. :)

Kalau sem dulu kitaorang dapat bilik bawah sekali,
Sem ni, kitaorang dapat bilik ataaaaaaas sekali. 
Ayoyo....bertambah malas lah kitaorang nak turun. 
Duduk jelah terperap dalam bilik..Hahaha...
Nasib baik stok makanan ada dengan BANYAKNYA
hahaha...tak terabis aku tengok.

Haih...dala2... 
Makin lama makin merepek nanti aku ni.
Hehe....k la... 
Bye......see you soon. 
Peace...



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, 16 November 2012

MELAKA

 
 
"Melaka Maju Negeriku Sayang"
 
Memang aku sayang negeri ni pun.
Kalau diberi pilihan, aku akan pilih untuk tinggal dekat negeri Melaka.
Hehe..memang lah aku dilahirkan di negeri Johor, 
terima kasih Johor!!
tapi,,disebabkan negeri Melaka tu sendiri yang cantik, menarik, kau memang debom 
tu lah yang membuatkan aku tertarik dekat negeri ni.
Hamboii..bukan main aku puji. 
Hahaha..
 tapi betul!!! Melaka memang best...
Tak caya?? Pergilah tengok sendiri. ^^,

Mengikut apa yang mak aku cerita,
keluarga aku asalnya, berasal daripada negeri Melaka. 
Arwah nenek baba nyonya, then berkahwin dengan arwah atuk, seorang melayu yang hensem.
Ewahhh..haha..
Jadinya, emak aku pun dilahirkan dekat Melaka..
Tak lama lepas emak aku dilahirkan, atuk aku beli tanah dekat Johor.
Berpindahlah mereka anak beranak ke negeri Johor.
 Tapi sedara-sedara aku banyak lagi dekat Melaka tu.
Jadinya, kitaorang pun selalulah berulang alik JB-Melaka.

Dipendekkan cerita, aritu (hari Selasa), kitaorang pergi Melaka! Yeay!! 
Jalan-jalan......here is some of the pic that I've take. 


 

Sekali masa dekat muzium tu terjumpa pulak dengan Dr Sheikh Muzaffar.
Sempatlah kami bersalaman. Kuikuikui...
 

Menara Taming Sari...so tall.....


And this the most place to visit.
Kampung Morten.....
 
 

Dan, kalau korang datang Kampung Morten ni, jemputlah datang dekat Villa Sentosa.
Menurut owner rumah ni, Villa Sentosa ni adalah muzium hidup, sebab, dia dan keluarga tetap duduk dalam rumah ni, walaupun dah dijadikan muzium. 
Kiranya diorang ni tetap masak dekat rumah ni, tidur sume..
Popular rumah ni...interior rumah ni pon special....
Menurut pakcik owner tu jugak, datuk dia lah yang mula-mula sekali buka Kampung Morten ni.
Jadinya, sebagai penghargaan, kerajaan Melaka telah menamakan Persiaran Dato Osman di sepanjang jalan dekat tepi sungai dekat Kampung Morten tu sempena nama datuknya 
pakcik owner tu.

 



Dekat luar rumah boleh nampak sungai. Tengok-tengok! Monorel pun ada..

 

Haa..ni lah pakcik owner rumah ni. Malangnya, aku tak ingat sape nama pakcik ni. Sori pakcik!
Baik pakcik ni.. Hehe..
Time ni dia tengah tunjuk pelawat-pelawat yang pernah datang rumah dia.
Ada dari luar negara, Jepun, Australia, dalam negara pun boleh tahan ramai jugak.
Gaya aku macam wartawan pulak. Huhu..




 


Maka dengan itu, berakhirlah jalan-jalan kitaorang pada hari itu.. 
Penat tapi SERONOK... :)
Oleh tu, tak payah jalan dekat luar negara,
jom sama-sama melawat Malaysia, sebab
Segalanya Ada Di Sini... 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Dapat Pun Akhirnya

 
 
Semalam aku pergi jalan-jalan dekat Jusco Tebrau. 
Ingat nak tengok wayang cerita Istanul Aku Datang tu.
Sekali tengok-tengok wayang tak bukak....
Hampa...tapi tak takpelah. Semalam kan Maal Hijrah.
Terasa malu pulak nak berfoya-foya semalam.
Huhu...tak sangka pulak wayang tu tutup sempena Maal Hijrah.
Bagus-bagus. Ada jugak rasa hormat diorang dekat hari baik untuk agama kita kan.

So, wayang pon tak bukak...kitaorang pun melangkah lah ke kedai buku HARRIS.
Macam-macam buku ada dekat kedai ni.
Buku cerita melayu, cina, india, Buku ilmiah, Buku perniagaan, Novel..
Macam-macam ada....
 
Tapi aku beli satu je....NOVEL..hehe...
Tapi bukanlah novel cintan cintun bagai tu.
Aku beli novel ni.....
CONTENGAN JALANAN karya Hlovate!!!
 

 
Yang specialnya novel ni, dia ada dua muka.
Depan dan belakang, macam gambar dekat atas ni, dua-dua muka depan.
Kalau korang tengok buku ni memang korang pelik. Huhu..
Aku mula-mula suka baca karya-karya Hlovate ni sejak aku baca novel dia yang "5 Tahun 5 Bulan".
Aku suka sebab cerita-cerita dia takdelah mengarut sangat.
Cinta sampai tak ingat dunia. I love you, you love me sume tu,
Haha...then, Hlovate ni suka campurkan bahasa inggeris dalam novel ni. 
So, secara tidak langsung, aku dapat lah belajar inggeris sikit-sikitkan.
Dapatlah aku sikit manfaat daripada bacaan aku.
Betul idok??? Hehe..
Aku dah ada 2 novel karya Hlovate ni. 
 
Yang ni....

Dengan yang ni....
 
 
Lepas ni aku nak beli yang ni pulak.....
tak sabar tak sabar!!
 
 
 
Harap dapat beli semua ni.
Tapi, lagi best kalau buku-buku ni sume tak payah beli...
Dapat hadiah untuk befday ke...kuikuikui...
Lagi syok! Haha..
Ok lah...nak pergi baca buku dulu. Bye-bye!!!! 

~Membacakan Amalam Mulia~
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA