Thursday, 1 November 2012

MY DADDY IS MY HERO

 
SELAMAT HARI RAYA KORBAN uolz..
Ada x yg teringin nak bagi aku duit raya? Hehehe... :D
Sebelum baca, meh aku kenalkan hero aku dulu iaitu my ayah... :)
 

Fuhhh...panas betul cuaca harini.
Pulak tu baru balik dari LEGOLAND (lalu je pon sebenarnye)
Aaaaaaahh......
Rasa macam nak tidur je.
Takpe2...update blog dulu laju2 then baru tidur.. Hehe..
 
Bersempena dengan hari raya haji ni,
ayah aku ditugaskan untuk menyembelih lembu.
Nak-nak sejak dah pencen ni,
 makin banyak lembu yang ayah kena sembelih.
Memang sejak dari kerja dulu pun ayah dah start sembelih menyembelih ni.
Katanya arwah tok ayah yang ajar ayah sejak dia bujang lagi.
Wuuu...sebagai anak, aku berbangga bila tengok ayah menyembelih.
Bukan calang-calang orang yang berani kerat leher lembu kambing hidup-hidup kan.
Tapi aku takde lah menunjuk sangat, nanti orang kata riak pulak kan..
 
Hmm...masa aku tengok sembelih tadi,
rata-rata semuanya orang-orang tua je yang tolong.
Budak-budak lelaki ni dah kemana agaknya.?
Ke diorang ni jenis yang takut tengok darah...?
Korang yang lelaki-lelaki ni kena jugak belajar sembelih-menyembelih ni.
Jangan sampai masa akan datang takde sape pulak yang nak sembelih kan.
 
Tak kisahlah..
Yang penting aku kagum + bangga kali aku tengok ayah sembelih lembu.
Nak-nak kalau lembu tu ade bahagian aku.
Satu bahagian je on da nak kecoh.
Selamat Hari Raya... 
  
Nota kaki : Kenapa aku rasa ayat aku dalam entry ni macam poyo semacam je?? 
 
 
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, 24 October 2012

Lalala....

 
 
 To my dearest readers
 Yeeehaaaa....akhirnya dapat jugak aku balik rumah.
 Dengan ini diistiharkan CUTI SEM BERMULA. 
Hamboi, seronok bukan main aku ni. Haha.. Mana tak seronoknye,, 
duduk rumah dapat tengok tv, dapat makan masakan mak, 
dapat tido sesedap rasa tanpa perlu bangun pagi untuk study, 
tak payah sebok nak buat revision itu ini,
takde assignment, dapat jenjalan,
dapat itu...dapat ini. Hehe..banyak lak aiiii.
 
Tapi aku rindu jugak dengan UiTM aku tu. hehe.. 
kalau dekat sana dapat bergosip, dapat tidur ramai2,
 dapat makan dalam bilik (kalau dekat rumah mane boleh) hehe... 
 
Kesimpulannya, aku rindu UiTM tapi aku nak duduk rumah. 
So, aku kena pindahkan UiTM Seri Iskandar tu ke JB lah. 
Hehe...bende aku merepek pagi2 ni? Haha
K lah. Nak tido dulu.. Bye-bye... Take care uolz..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, 13 October 2012

Kesedihan Mengundang (bukan Gerimis Mengundang)

Tak semua yang kita nak tu kita akan dapat.
 Apa yang aku nak?
 Aku nak balik!!!! Hahaha. Gempak tak tajuk?
Ramai dah budak-budak dekat UiTM ni da balik.. 
Semua dah habis final exam. Untunglah habis awal....huhu. 
Haritu sorang roomate dah balik, hari isnin ni sorang lagi balik. 
Ain nama dia... Nasib Aziemah pon tak balik jugak. 
Dia sepatutnya balik harini sebab last paper dia harini. 
Tapi, sebab nak teman aku punya pasal, dia baliklah 18hb ni.
How nice she is kan...
Aziemah dengan Ain roomate yang paling baik yang pernah aku jumpa. 
Cewah,,ni kalau diorang baca ni, 
mau kembang hidung masing-masing. Haha...
Tapi betullah, diorang baik sangat,
nampak baik je, lemah lembut, 
TAPI bila belakang orang,,,,
masing-masing suma tunjuk belang,
keluar segala bakat terpendam.
BELIEVE ME...haha

Semalam kteorang celebrate birthday Ain. Walaupon lama lagi tarikh dia sebenarnya,
Birthday dia time cuti sem ni, tapi kteorg nak celebrate jugak...
Tak kira....
Jadinya, aku, Iema ngan jiran kteorg Danea, Fara ngan Nad 
rancanglah dekat mana lokasi kejadian, masa kejadian sume...
Makan piza yang 10 ringgit tu je pon. 
Kiteorg order 4 piza.. Tu yang ghaib duit dalam beg duit tu..
Nad keje dia kena bawak lari Ain, 
Fara ngan Danea isi air dalam baldi sebab nak simbah Ain.
Aku ngan Iema, sediakan makanan, buat air sume...
Kesimpulannya, malam semalam semua basah. 
Habis banjir bilik aku semalam...
Puaslah kena mop pulak lepas tu. Nasib baik RS tak datang. 
Kteorg makan dengan gembiranya....






Ni Ain, orang yang diraikan

Aku ngan Iema. 
(Tulah, asek amek gambar orang sampai gambar sendiri pon takde..hehe)

Dari kiri, Nad, Danea, Ain, Fara, aku. 

Macam tu lah "parti" penutupan sem kteorang.
Sedeh-sedeh.... :'(
Harap sem depan dapat sama bilik dengan Iema ngan Ain jugak. 
Untuk Nad, Fara, ngan Danea, sem depan rajin-rajinlah datang bilik kteorg lagi...
Kteorg ade plan rahsia untuk sem depan....
Apa dia? tunggu entry untuk sem depan lah. haha.. 

Anyway, since when aku tulis entry panjang-panjang ni? 
Takpelah, aku tau ade orang yang baca. :)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, 29 September 2012

5 TIPS CEMERLANG DENGAN STRATEGI


Disebabkan tengah mood-mood final exam ni, hajar pun nak bagi lah beberapa tips untuk cemerlang yang ditiru dekat majalah ramaja je pon. Tu pon roomate kesayangan hajar, aziemah yang beli. hehehe...teruk2...

Okay, baca baik-baik..

1. BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
Ada sesetengah pelajar yang tak suka belajar dalam kumpulan, (macam hajar lah) sebab dikuatiri banyak masa terluang macam tu je. Mereka lebih suka baca sendiri sebab takde banyak gangguan dan lebih banyak yang boleh dibaca. (macam hajar jugak) TAPI..jika difahami konsep belajar berkumpulan dengan baik, banyak pekara bermanfaat yang boleh kita lalukan berbanding belajar sendirian. 

2. MATLAMAT DAN SASARAN
Setiap pelajar kena tahu apa tujuan dan matlamat kita belajar. Berapa "A" yang kita nak.. Jangan hanya belajar untuk memenuhi universiti serta untuk lepas ke semester yang seterusnya sahaja. Targetlah DEKAN.. 


3. PERSEDIAAN DALAM KELAS
Ketika pensyarah mengajar, sebaik-baiknye duduklah di barisan hadapan. Berikan tumpuan sepenuhnya serta tunjukkan minat yang mendalam. Libatkan diri secara aktif dan berusaha untuk menarik perhatian pensyarah, sebab, pensyarahlah yang akan tanda paper final exam kita. hehe...


4. BERKAWAN DENGAN RAKAN YANG POSITIF 
Kawan-kawan biasanya merupakan orang yang banyak mempengaruhi hidup serta pemikiran kita. Disebabkan kawan, seseorang yang lemah boleh berjaya dan kerana kawan jugalah seseorang yang hebat tu boleh gagal. Cari kawan yang mempunyai matlamat dan ingin bejaya dalam pelajarannya serta menjaga agamanya. 


5. BERFIKIRAN POSITIF
Sentiasa tanamkan dalam diri bahawa kamu seorang yang positif dalam melakukan sesuatu perkara. Ajar diri untuk berkata "aku rajin" dan elakkan perkataan "tak boleh"bermuda dari sekarang. Apabila kita berfikiran positif, semua masalah akan dapat diselesaikan dengan tenang bukan? 



Semoga korang dapatlah mempraktikkan apa yang hajar tulis ni. Semoga kita semua berjaya bersama. Good luck untuk final exam korang, dan wish me luck too... ^^,


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA