Saturday, 17 March 2012

SEGMEN BLOGWALKING BY AZIMAH ZULKIFLI


ASSALAMUALAIKUM...

Hari nak post pasal segmen blogwalking. Hah?! Segmen lagi?! Haha... Bagus tau join segmen-segmen ni. Dapat terjah blog orang lain. Tengok diorang punya kekreatifan. Kagum tengok masing-masing punya blog. Selain tu, dapat tambah follower. Cer tengok follower Hajar dah berapa. Baru 22 orang je!! Tu pun hasil daripada segmen-segmen sebelum ni. Hehe.. 

klik dekat SINI kalau nak tahu lebih lanjut pasal segmen ni.

Okeh, untuk kali ni, Hajar join segmen blogwalking by AZIMAH ZUKIFLI. Dia ni sama baya dengan Hajar. Juga berada dalam bidang yang sama iaitu PENGANGGUR TERHORMAT. Dan dua-dua tengah tunggu tarikh bersejarah 21 Mac ni. Haha... So, sape yang dah singgah blog Hajar yang tak seberapa ni..meh pakat-pakat follow ye.. Terima kasih... Untuk segmen ni, Hajar nak tag dekat AMIR HARIRI yang blog nye wane kuning pekat tu..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, 16 March 2012

JOM JADI GENG KAMI BLOGGER MALAYSIA


Assalamualaikum...

Hehe..Hajar jumpe benda ni pulak. So,,ape lagi. Joinlah!!

ini link untuk gambar dia atas...

Hajar berasal dari Johor Bahru...

Nak tag dekat...MIRFA..YANAE..EE..FARHANA..IKIN

Yeay...siap!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

JALAN-JALAN TAMBAH KENALAN

Assalamualaikum... 

Masa Hajar bukak blog ni tadi, Hajar perasan ada follower baru. Terima kasih Kak Azie. Wah!! Gumbira tak terkata. Maklumlah, blog Hajar ni kan baru lagi. Baru berapa kerat je follower. 
Dipendekkan cerita, bila Hajar bukak blog Kak Azie, Hajar pun perasan la satu segmen ni yang menarik Hajar untuk join same. Hehe..

KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut pasal segmen ni

Sehubungan itu..Hajar diarahkan untuk menjawab beberapa soalan...

   1. Perkara yang sering diangan-angankan :
                   HAJAR SELALU BERANGAN NAK BELAJAR DEKAT OVERSEA. HEHE..

   2. Anda obses/fanatik/gila/minat dengan :
       GADGET BARU!!. TAPI TAK CUKUP DUIT PULAK NAK BELI..THEE
  
   3. Anda akan blogwalking jika......?
      JIKA TAKDE KEJE NAK BUAT. (MEMENG SELALU TAKDE KEJE NAK BUAT PON) 



Okey...da siap!!! SEKIAN :)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, 14 March 2012

BIDADARI SYURGA



ASSALAMUALAIKUM


Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu


Negara kita semalam dikejutkan dengan berita penemuan mayat Nurul Nadhirah@Dirang di ladang kelapa sawit berhampiran dengan rumahnya. Mayat Dirang yang ditemui didapati rentung dan perkara tu dah pun disahkan hasil daripada ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui. Dirang didapati hilang selepas keluar membeli mee segera dan telur sorang-sorang di kedai berdekatan rumah setelah disurah oleh emaknya.




Hmm..sedih betul dengar berita semalam. Kenapalah mesti ada manusia yang bertopengkan syaitan macam ni. Tak kesian ke tengok budak tu?? Dia baru 5 tahun je hidup kat dunia ni. Tak tahu apa-apa. Tapi takpelah, dia meninggal pun, straight masuk Syurga kan.


Sehubungan dengan tu, aku ada buat sikit penyelidikan tentang kes-kes lama yang berkaitan...




SENARAI KES KANAK-KANAK HILANG, ROGOL DAN BUNUH




17 Januari 2004
Adik NURUL HUDA ABD GHANI pelajar tahun 4, meninggal dunia selepas dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelaki antaranya pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB, Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru. Namun begitu, pesalah terlepas daripada hukuman mati. Mohd Abbas Danus Baksan hanya menerima hukuman penjara 20 tahun dan 24 kali sebatan. Sekali lagi dia terlepas hukuman sebatan kerana ketika itu dia berumur 52 tahun. Adilkah bagi keluarga mangsa???




__________________________________________________________________________________________





16 SEPTEMBER 2007

Adik NURIN JAZLIN JAZIMIN pelajar tahun 2, dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Punca kematian adalah disebabkan penderaan seks terhadapnya menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria. Ketika ditemui, mangsa didapati kurus dan pelbagai kesan lebam pada badannya. Sehingga kini, pesalah masih belum ditemui. 






_________________________________________________________________________________________




2008
Adik SHARLINIE MOHD NASHAR, 5 tahun dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya, Sharliena, 8 tahun di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya. Mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan tidak diketahui samada mangsa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. 






______________________________________________________________________________________________________

Ramai lagi sebenarnya kanak-kanak yang malang macam yang atas. Tak dapatlah aku nak senaraikan semua. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada ibu bapa yang lain supaya memantau anak-anak mereka dengan baik. CEGAH SEBELUM PARAH. Apa-apa pun, kita sedekahkanlah Al-Fatihah dekat diorang semoga roh diorang dicucuri rahmat. 


~ AL-FATIHAH ~


*lepas dah baca, tolong klik dekat sini ye.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA