Sunday 15 April 2012

TIPS TEMUDUGA


Assalamualaikum...

Sapa dekat sini tengah ready nak pergi temuduga?? Tak kira lah temuduga kerja ke..temuduga nak jadi pengawas ke..apa ke.. Tapi, yang tengah hot sekarang ni, temuduga untuk ke IPTA. Ramai yang dah check. Ada yang dapat, ada yang tak. Semuanya bergantung pada rezaki masing-masing kan. Okey, berbalik pada topik harini, Hajar nak bagi tips sikit macam mana nak mempersiapkan diri korang ke temuduga tersebut.

BAJU
Pastikan baju yang korang pakai tak terlalu terang dan tak terlalu pudar. Sapa yang pakai baju jalur-jalur, pastikan tie yang korang pakai plain dan sebaliknya ye. Warna tie dengan baju pulak tak semestinya sama, yang penting mesti match. Konsep ni sama je untuk calon temuduga wanita tau.

SELUAR
Pakai seluar slack hitam ataupun gelap. Jangan pakai seluar jeans!

KASUT
Lagi memadai kalau pakai kasut kulit warna hitam.

SIJIL 
Pastikan sijil disusun ikut kategori. Akademik dan kokurikulum. Starts dari sijil lama kepada baru. Bawak satu sijil je kalau boleh. Lagi senang..

Nota kaki...

# Selidik dulu apa dia kos yang korang dapat. Takdelah tergagap-gagap nak jawab nanti.

#Waktu masuk dalam bilik temuduga, berdiri dan tunggu arahan penemuduga. Jangan terus salam je tangan diorang.

#Bila disoal, pastikan percakapan lancar dan jawab dengan yakin.

#Kalau korang tak berapa fasih cakap dalam Bahasa Inggeris, mintak kebenaran untuk guna Bahasa Melayu.Mintak dengan sopan ye..

#Jangan pulak lupa bawak resume. Untuk cara-cara buat resume, boleh tengok dekat sini. Tapi kena download dulu. 

Okey, tu saja. Hope korang dah ready nak pergi interview.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. bgus . tips yg berguna . huhu . iema gementar habis masa interview kerja hari tu . hehe .

    ReplyDelete
  2. takut la temuduga2 ni..x tau nanti camne nak hadapi temuduga keje after belaja..huhu

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)