Wednesday 11 April 2012

TIPS ELAK MENGANTUK

Assalamualaikum

Haiiiii..mengantuknya mata ni. Nak tidur malas..kejap lagi nak pergi rumah makcik. Tahan jela dulu. Sambil-sambil tu layanlah dulu puisi untuk orang mengantuk dekat bawah ni ea.

"Berat mata di tengah hari
tetapi kerja tak habis lagi
kalaulah dapat tidur berdiri
senang rasa di dalam hati
Mata oh mata

Kalaulah dapat tidur dengan mata terbuka
semakin lesu penatnya kaki
beralih pula duduk di kerusi
diangguk kepala berulang kali
janganlah meleleh si liur basi
masa oh masa

kalaulah dapat berlalu dengan cepat dan laju
malam tadi kenapa tak tidur
malam nanti boleh berdengkur
kenapa mata payah nak atur
kenapa fikiran sering bertabur
"

oleh : TEHR #cari dekat Google jek. hehe 


Haa..dah baca dah? Haha..waktu-waktu macam ni dah tentu lah orang-orang yang bekerja ngantuk yang amat kan. Nak-nak pulak harini yang patutnya cuti sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong, korang kena keje pulak.. Huhu..sabar jelah.

So, Hajar nak bagi tips macam mana nak elakkan mengantuk dekat pejabat. Credit untuk BLOG ISTIMEWA UNTUKMU .Banyak tips-tips yang berguna ada dekat blog ni tau. Jom pakat-pakat singgah blog ni pulak okey.. Tapi!! Habiskan la baca entry ni dulu ye. Hehe..


6 TIPS ELAK NGANTUK DEKAT PEJABAT 


1. Hampiri kawasan bercahaya. 
Cari cahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda.

2. Basuh Muka
Haa..cara ni selalu buat dekat sekolah dulu. Hehe..

3. Wangian aromaterapi 
Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon

4. Dengar Muzik 

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Lagi baik dengar lagu rock. Haha...Mau terangguk-angguk kepala korang nanti.

5. Senaman ringan 

Gerak-gerakkan kepala ke kiri dan kanan. Elakkan duduk terlalu lama dekat kerusi pejabat tu.

6. Pandang pepohon hijau

 Pandang pokok-pokok hijau beberapa minit. InsyaAllah segarlah mata tu nanti.


Haa..amacam?? Dah hilang ngantuk? Kalau tak hilang jugak, tak dapek la den nak nolong nye. Haha.. Ok lah, nak siap-siap dulu. Bye.. 


*Entry ni warna warni sikit ye. Biar semangat mata nak tengok.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

10 comments:

  1. fuhh berguna ni..tadi keje tak ngantuk tapi lenguh tang pinggang.now kat umah baru ngantuk.hihi

    ReplyDelete
  2. haha .. tang basuh muka tu .. habis lebur mekap seh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tulah budak sekolah je selalu praktikkan bende tu.. hehe

      Delete
  3. yang dengar muzik tu kan , tak sesuai dengan iema . kalau iema dgr muzik lagi la iema cepat ngantok . hehe . pelik kan =='

    ReplyDelete

Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)