Thursday, 11 April 2013

Birthday Iema

4 April 2013. 
Detik 12 malam. Pomm!!! *bunyi mercun kononnya* HAPPY BIRTHDAY IEMA!!
woooooooo....riuh betul c357 gara-gara celebrate birthday budak sorang ni. Maaf dekat penghuni blok yang lain..

6 April 2013
Dipendekkan cerita, kitaorang pun buatlah birthday party untuk iema (party lah sangat jemah) . Kecil-kecilan je pun. 
Cadangnye nak pesan pizza lecturer yang 10 ringgit tu. Last tak jadi. 
So kitaorang beli je kek dekat tesco tu haa..

Perjalanan majlisnya macam ni. (hamboi ayat)
Malam sabtu tu, iema pegi makan-makan dengan classmate dia gara-gara diorang da habis exam. 
Diorang memang untung habis exam awal. Aku?? waaa...lambat banget. huhh..
Okay dah2..jadinya, aku berkomplot dengan jannah (classmate iema) untuk bagitau aku bila diorang dah sampai koop.

Sampai je koop, jannah pun mesej aku. "Weh, kiteorang dah sampai koop!" Wah, kiteorang yang dalam bilik ni apa lagi....tutup lampu! tutup kipas! pasang lilin dekat kek! sorokkan selipar! Then duduk diam-diam dalam bilik tu biar iema agak macam takde orang tau. Dalam hati ni 'dup dap dup dap'. Bila iema bukak je pintu, terus kitaorang nyanyi.......

"Happy Birthday to u~~happy birthday to u~~Happy birthday tu iemaaaaaaaaa~~happy birthday toooo youuuuu" 

Pom pom pom!! *sekali lagi bunyi mercun buatan mulut* 
Iema malu!! hahaha...terus dia tutup pintu tu balik. wakaka.. seronok tengok orang malu macam tu. huhu...

Kitaorang tak amek gambar pun sebab biasa juru kemeranye iema lah. huhu... nah, tengok ni gambar kek.

Aziemah binti Jamaludin. Semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki. May ALLAH bless the whole of your life. AMIN.....sayang kau. My roomate, my silatmate.. :)






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, 8 March 2013

Semoga kau tenang di sana


Banyak betul khabar sedih yang aku dengar minggu ni. Sorang-sorang dijemput Pencipta. 
Harini aku dapat tahu ketua pengawas aku time form 5 merangkap kawan aku meninggal sebab eksiden.
Kiteorang rapat jugak sebab sama-sama dalam badan lembaga pengawas. Kelas dia pun sebelah kelas aku je. Selalu jugak dia datang jengah kawan-kawan dia dalam kelas aku. 

Cepat betul masa kau sampai kawan...

Kau baik dengan aku weh. Ingat lagi time kau tolong aku settlekan masalah aku dengan 'someone' tu dulu.
Kau banyak nasihat aku. Kau tolong aku.. Terima kasih weh.. 
Aku ingat jugak time kita buat jamuan pengawas dekat Tasik Merdeka. 
Kau pakai baju biru sama dengan aku. Time tu mesti makwe kau jeles kan. :') 

Tapi sekarang kau dah dijemput kembali. Kembali dijemput Ilahi. Masa kau da sampai kawan. Pergilah dengan tenang. Aku da maafkan semua salah kau dekat aku. Aku tak kisah kau marah-marah time perhimpunan sekolah dulu, sebab tu tanggungjawab kau kan. 
Aku pun harap kau da maafkan aku... 

Semoga kau tenang di sana AMIRUL ASYRAF



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, 22 January 2013

Jawatan Kosong Kerajaan





Senarai di bawah adalah senarai kekosongan jawatan kerajaan. Cuba-cuba nasib, mana tau dapat. Jawatan kosong yang ditawarkan adalah seperti berikut. 

  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
  • Pembantu Makmal Gred C17
  • Penyelia Asrama Gred N17
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N17

So bagi yang hendak memohon boleh terus tengok dekat PORTAL RASMI Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.


~ GOOD LUCK!!! ~


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, 12 January 2013

Bakat Terpendam


Aritu time dengar ceramah LDK..punyalah boring.
Huhu...penceramah tu cerita apa dekat depan pon aku tak tau. Hehe...
Bukan aku sorang okay, budak sebelah kanan, kiri, depan, belakang aku suma muka ngantuk.

Jadinya, aku pun keluarkanlah buku nota, 
buat-buat macam tengah salin point.
Padahal.....

"Suara hati ingin mengadu,
rindu sedalam birunya laut,
diam-diam jiwa merindu,
senyap-senyap hati terpaut."

Aku cipta pantun!! Haha..
Believe it?? 
Believe lah... 0.o
Hahaha

Thanks to my finance lect laa sebab datangkan ilham buat pantun-pantun ni sume.
Haha...aritu dalam kelas dia cabar kiteorang buat pantun. 
So, aku pon try-try la buat....DAN tak sangka macam sedap pulak pantun ni. 
TAK SANGKA AKU ADA BAKAT TERPENDAM
Hahaha... Nampak tak muka bangga ni. Huhu...


K laa..nanti kalau ada pantun baru lagi aku update. Bye!!!

p/s : jangan ciplak pantun gue...huhu


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA