Tuesday, 12 June 2012

PENGALAMAN PERTAMA BERJAUHAN




BUSY-BUSY!! Okeh, kita type laju-laju. 
Harini genap 10 hari Hajar duduk dekat UITM Seri Iskandar ni. Alhamdulillah dapat sesuaikan diri. Mula-mula tu memang sedih jugak tapi bila fikir-fikir balik,  bukan Hajar sorang je yang duduk jauh dari keluarga. Ramai lagi kot. Ingat lagi masa mak ayah dengan abang dah nak balik rumah haritu. Haha..mula-mula ingat tak nak nanges. Last-last bila tengok mak nanges teros nanges sekali. Hilang kemachoan Hajar. ==,  

Masuk-masuk je orentasi dah mula. Penat tapi best. Tidur pukul 2 bangon pukul 4. Masuk hari ke-5 je Hajar dah demam dah. Sebab homesick ke??? Haha.. Taklah. Hajar berjangkit roomate. Dia dah baik, Hajar pulak yang sakit. 

Okay, sekarang nak cerita pasal dak-dak bilik pulak. Dalam bilik Hajar ada 4 orang semuanya. Aziemah (interior designer), Ain (office management), Anom (seni reka ceramic) dan Hajar (statistik). Sume gila-gila. Memang masuk kepalalah. Yang bestnya kitaorang suka tidur petang ramai-ramai dekat tengah-tengah bilik beralaskan toto sorang dari roomate Hajar. Tapi tu time takde kelas. Sekarang ni sume dah sibuk dengan hal masing-masing. Kelas semua masa lain-lain. Ada yang malam, siang. 

Okeh-okeh..tu aje nak cerita. Nanti Hajar cerita lagi. K,,bye-bye..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, 31 May 2012

UITM KAMPUS SERI ISKANDAR



 
 


 
Besok Hajar dah nak gerak ke Perak dah. Semoga selamat semuanya. Sedih wooo... Nak nanges takut kena ejek dengan akak. Tahan Hajar tahan.. Hahaha. Mesti akak dengan abang semua gelakkan baca entry ni. Takpe korang. Hahaha.. Alhamdulillah semua adik-beradik Hajar berjaya lanjutkan pelajaran ke universiti. Kira Hajar ni yang terakhir masuk U lah ni. Anak bongsu katakan..tu yang sedih bukan main tu. Hehe...

Hajar dah berazam nak belajar betul-betul supaya boleh dapat dekan untuk setiap sem. Amin... Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Hajar tak kena buli sebab Hajar ni kecik je orangnya. Wakakaka. Berani diorang nak buli. Nak kena seligi try lah buat. #Erk,,beraninya. 
 
Persiapan untuk pergi ni jangan ceritalah. Macam-macam bawak. Dah macam nak pindah rumah pun ada. Beli itu, beli ini.. Yang bestnya,,,bila dah nak pergi ni semua orang jadi baik luar biasa. Haha.. Abang ipar Hajar bagi duit. Yang tu tak heran sangatlah. Kira duit gaji Hajar selama beberapa bulan jaga anak dia. Hehe. Tapi yang peliknya, mokteh Hajar dengan tak semena-mena bolah bagi duit untuk belanja. Hehehehe...kayo den kayo...
 
Yang paling buat Hajar sebak bila mak kata, "18 tahun mak jaga kau. Dah nak berdikari sendiri." Adoi...bertakung dah kolam air mata ni rasanya. Ayah pun sedih jugak tu sebenarnya. Tapi disebabkan ayah Hajar ni macho..tu yang tenang je tu muka dia. Hehehe..

Haha..okay itu saja. Bye-bye semua. Doakan yang terbaik untuk Hajar ye. Sayang mak, ayah, akak-akak, abang-abang, lutfi, arif. Sayang FB dengan blog jugak. Lepas ni tak dapat nak online selalu dah. Huhuhu.. Nantikan entry Hajar tentang pengalaman pertama duduk berjauhan dengan keluarga pulak ea. Hehe... BYE!!! :)

 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA


 

BLOG HAJAR SEDANG DIBAIK PULIH. HARAP MAKLUM DAN MAAF PADA YANG MEMBACA. BLOG AKAN DIBAIK PULIH SECEPAT YANG BOLEH. TERIMA KASIH :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, 25 May 2012

TUTORIAL : CARA BUAT LINK PELANGI

Assalamualaikum... 

Harini tangan ni rasa gatal-gatal je nak buat tutorial. Hajar nak buat tutorial macam mana nak buat link pelangi bila sentuh link. Hajar creditkan tutorial ni untuk Ain. 
Nak tengok blog Ain boleh klik dekat sini >> http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/
Macam mana caranya??? 

<Dashbord><Design><Page Element><Add Gadget><Edit HTML>

Copy kod di bawah ni dan paste kan dekat ruangan kosong tu

<script src="http://fwzynn.googlepages.com/rainbow.user.js" type="text/javascript">
/***********************************************
* Script edited by Ynn Ainul at http://fwzynn.blogspot.com/
* Please keep this notice intact
***********************************************/
</script>

Save dan SIAP! Mudah kan... ;)

~SELAMAT MENCUBA~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA