Thursday, 7 August 2025

Balik JB: Momen Ringkas Tapi Bermakna


Mari kita patah balik ke tarikh 10 - 12 Mei 2025.

Pada 10, 11 dan 12 Mei lepas, aku balik JB sorang-sorang. Suami aku, Syafiq, kena kerja Sabtu dan Ahad tu. Kebetulan 12 Mei cuti umum sempena Hari Wesak, jadi aku pun ambil kesempatan balik JB lama sikit — dengan keizinan suami tercinta, of course (plus dia sponsor tiket bas huhu).

Sabtu pagi tu, 10 Mei 2025, kakak sulung aku, Kak Suraya, ajak aku, mak, dan ayah pergi sarapan kat kawasan Perling, berdekatan rumah Pakcik Shukor. Dia nak hantar popia frozen yang pakcik order. So kami semua pun breakfast sama-sama dengan pakcik kat kedai mamak.

Aku order roti puri dengan teh O panas. Sedap? Hmm… boleh lah. Asalkan kenyang, ye dak? Hehe. Tapi yang best tu, kami borak sakan dengan Pakcik Shukor sebab dia memang jenis kelakar dan tak kering idea. Macam-macam topik keluar pagi tu.

Lepas makan, Kak Suraya bawa kami jalan-jalan ke Kampung Kong Kong, Pasir Gudang. Saja nak bagi mak ayah tengok laut sambil raikan kepulangan adik bongsu dia ke JB — iaitu saya lah tu, ehem.

Tapi... ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Baru sampai jeti, hujan turun selebat-lebatnya. Jadi kami berteduh dulu kat satu gerai makan tepi jeti tu. Duduk sambil layan pemandangan hujan jatuh ke laut, memang tenang habis. Angin sejuk, bunyi hujan, dan bau laut — sangatlah damai.

Bila hujan reda, kami ambil peluang bergambar. Ada gambar aku dengan mak ayah, dan ada juga gambar Kak Suraya dengan mak ayah. Kira macam “anak bongsu vs anak sulung” moment la ni. Hahaha. Macam budak-budak pun ada, tapi moment tu memang priceless. 

Lepas habis sesi jalan-jalan tepi laut (dan hujan lebat) di Kampung Kong Kong, kami terus gerak ke rumah kakak aku nombor dua — Kak Puspa. Hari tu memang plan nak celebrate birthday Lutfi, anak sulung dia. Lutfi ni istimewa sikit — dia baby pertama dalam keluarga kami. Tapi sekarang, dah sekolah menengah pun! Tinggi lonjong, jauh tinggi dari maksu dia (aku lah tu), sampai rasa nak jeling ke atas bila borak dengan dia. Hahaha.

Kak Puspa masak mee hailam untuk jamuan hari jadi. Ya Allah… sedap sangat! Yang jenis pekat, penuh dengan sayur dan seafood tu. Boleh repeat mangkuk kedua tanpa rasa bersalah. Tak cukup dengan tu, Kak Puspa siap order kuih puteri ayu dengan karipap sardin dari jiran sebelah. Kedua-duanya pun sedap tak ingat dunia. Pendek kata — kenyang level kenduri.

Kami makan sambil borak panjang, gelak sakan. Masa kami sampai tu, Abang Haffiz dengan Kak Sa pun baru sampai rumah Kak Puspa. Janji pukul 1 tengah hari, tapi kami semua jenis “janji Melayu” — sampai pukul 2 pun masih rileks. Hehe.

Suasana rumah Kak Puspa hari tu memang hidup. Anak-anak main, orang dewasa sembang, dan yang best, ada juga yang sempat terbongkang tidur — termasuk abang aku dan ipar-ipar lelaki. Nampak sangat selesa dan tenangnya rumah tu. Maklumlah, makan kenyang, cuaca mendung, perut pun bahagia — memang sedap kalau lelap kejap.


Hari Ahad, 11 Mei 2025, aku mulakan pagi lebih awal dari biasa. Seawal 7.30 pagi aku dah terpacak dekat Sireh Park, Iskandar Puteri — lokasi penuh kenangan sebab fun fact, kat sinilah aku pernah shoot gambar sanding lima tahun lepas. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya macam mana aku hiking kat situ dengan baju songket dulu? 😂

Pagi tu, aku join abang sekeluarga, Lutfi, Arif, Kak Suraya dan Abang Erwin pergi hiking santai + jalan kaki. Tapi biasalah, aku yang semangat awal sampai… pukul 8 jugak baru diorang muncul. Cis. Haha.

Kami ikut laluan biasa masuk ke dalam hutan, kemudian lalu laluan off-road — kalau tak silap namanya Sireh X-Rail. Laluan dia best gila, sebab lepas hujan, suasana jadi redup dan tanah pun lembap-lembap sejuk. Ada satu part kami jalan dalam parit kecil yang airnya turun dari bukit — sejuk sangat! 

Lepas hampir beberapa puluh minit berjalan, kami sampai ke sebuah kafe dalam hutan. Nak ke kafe tu, kami kena naik satu struktur yang rasa dia macam ala-ala naik sampan — bukan sampan betul, tapi vibe tu memang rare. Duduk kat kafe tu, layan pemandangan pokok-pokok hijau, memang rasa tenang sangat. Hutan, hujan, udara nyaman… lengkap pakej healing.

Sireh Park ni memang sentiasa ada tempat dalam hati aku — bukan sebab gambar sanding je, tapi sebab vibe dia tenang, natural, dan sentiasa bagi memori baru yang manis setiap kali datang.


Pagi Isninku, 12 Mei 2025, bermula di Terminal Larkin. Pagi yang sunyi tapi penuh rasa dalam hati. Hari terakhir aku di JB untuk trip kali ni. Tiket bas aku pukul 8:30 pagi — pagi betul!, tak pernah-pernah ambil tiket awal macam tu sebelum ni. Asalnya memang plan nak balik Ahad petang, tapi mak sempat cakap:

“Tak boleh ke extend balik hari Isnin? Kan cuti umum…”

Dan seperti biasa, bila mak sebut gitu — automatik rasa sebak. Tak sanggup nak cakap “tak boleh”, terus aku reschedule tiket ke hari Isnin. Mujur masih ada seat kosong, walaupun waktu pagi buta. Pagi tu, mak, Kak Suraya, dan Hana (anak buah perempuan pertama kami — umur baru 4 tahun, penuh keletah) hantar aku ke Terminal Larkin. Hana nampak teruja — mungkin sebab tu kali pertama dia tengok bas dari dekat macam tu. Comel sangat tengok dia pandang bas besar tu dengan muka yang excited dia haha.. Diorang tunggu sampai aku naik dan bas mula gerak. Aku macam biasa — lambai sampai hilang dari pandangan, macam dalam babak drama Melayu. Dan mak pun sama — lambai penuh kasih, dari luar tingkap, sambil senyum yang sebenarnya penuh sayu.

Dan masa tu...rasa rindu mula mencucuk.

Betullah... duduk jauh dari family ni bukan senang. Kadang kita boleh gelak-gelak masa bersama, tapi bila tiba masa nak berpisah walau sekejap — hati terus berat. Sebab tulah, setiap kali balik KL mesti mata aku bergenang air mata. 

Keluarga. Tempat kita datang, dan tempat kita akan selalu rindu untuk pulang.


Syukur alhamdulillah, atas kesempatan yang Allah bagi — untuk balik kampung, untuk peluk mak ayah, untuk duduk sama-sama dengan adik-beradik, untuk nikmati ketenangan hujan, dan untuk rasa kenyang yang datang dengan kasih sayang.

Moga kenangan kecil macam ni terus jadi penguat hati dan pengubat rindu bila berjauhan nanti. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, 7 June 2025

Hari Raya Haji Tahun Ini - Versi Demam, Batuk & Selsema

4 Jun 2025 – Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum & salam raya semua! 🌙
Tahun ni raya Haji saya lain sikit. Sebenarnya... tak beraya langsung pun. Tengah tersadai kat rumah sebab demam, batuk, selsema – satu pakej lengkap. Badan rasa serba tak kena, dada rasa berat, hidung pun tak berhenti meleleh. Memang "best" betul.

Walaupun tak sihat, rumah tetap ada sedikit juadah raya. Yong masak daging masak hitam dan kuah lodeh. Lemang, ketupat palas, dan rendang ayam Syafiq beli kat kedai je – tapi tetap cukup untuk buat suasana raya tu hidup sikit walaupun tak meriah macam tahun-tahun lepas.

Saya sendiri? Tak pakai baju raya pun. Rasa lemau sepanjang hari. Makan sepotong lemang je, lepas tu tekak terus rasa tak boleh masuk apa dah. Makan ubat, baring – dan akhirnya tertidur. Tu je cerita raya saya tahun ni.

Kadang-kadang raya bukan pasal baju cantik, rumah penuh tetamu, atau gambar OOTD. Kadang-kadang, raya tu pasal bersyukur… walaupun kita tengah baring demam pun, kita masih ada orang yang jaga kita, masakkan untuk kita, ada makanan atas meja, dan ada rumah yang tenang untuk berehat.

Semoga yang berkorban hari ni – samada korban lembu atau korban tenaga, kasih sayang dan masa – semuanya diberkati Allah.

Dan untuk yang macam saya… yang tengah "berkorban" dengan sakit dan demam, semoga cepat sembuh. Aamiin.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Maaf zahir & batin 💛
— Tahun ni, saya raya dalam selimut.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, 30 May 2025

Weekend Getaway ke Cameron Highlands: Syafiq & Skuter


Weekend lepas (25-25.5.2025), Syafiq ajak gi Cameron Highlands. Plan asal dia nak ride naik motor Husky dia tu—nak feeling adventure sikit kononnya. Tapi bila fikir-fikir balik, takut pulak kalau hujan tengah jalan. Dahlah bawa beg semua, mau beku satu badan kalau kena hujan dekat-dekat Tapah tu. So kita pun tukar plan — naik kereta je lah, lebih selamat dan comfy.

Kitorang gerak awal, dalam pukul 5:30 pagi dari KL. Jalan smooth je, tak banyak kereta lagi waktu tu. Dalam pukul 9:30 pagi, kami pun sampai Cameron. Sejuk masih ada, tapi tak sesejuk dulu. Climate change ke apa ntah, nasib tak pakai baju tebal. Haha..

First pit stop: sarapan dekat Abang Strawberry. Saya order scone & Syafiq makan nasi ayam buttermilk (kuah butter dia ada rasa strawberry weh haha), not bad juga rasanya. Masa sampai tu tak ramai orang sangat, beratur sekejap je. Lepas tu tengok-tengok, line beratur dah panjang gila—timing is everything.

Lepas kenyang, kami terus ke Cameron Valley. Try naik buggy dia, dia bawak masuk sampai tengah ladang teh—best! Angin nyaman, view cantik, tapi panas weh. Muka & tangan terus sunburn. Siapa kata Cameron masih sejuk tu clearly tak pergi waktu panas. Bayara masuk sorang RM20.

Next stop, Agro Farm. Tiket RM25 seorang, worth it sebab bunga-bunga dekat sana memang lawa! Serius, macam masuk taman fairytale kejap. Saya memang suka bunga, so kat sini memang seronok. Tiba-tiba jadi minah bunga kejap haha..banyak gambar-gambar cantik dekat sini huwaa sukaa..

Around 3 petang, kami check in dekat Hotel Flora Plus. Bagi saya, location dia tiptop—betul-betul dekat dengan Central Mall & kawasan bandar Brinchang. Memang meriah, so takde la rasa seram-seram macam typical cerita hantu Cameron yang selalu orang sembang tu. Bilik dia biasa je, standard budget hotel tapi view tingkap kami menghadap mini funfair—dari bilik boleh dengar lagu funfair sampai 11 malam. Meriah suasana dan yang paling penting TAK TAKUT haha. Tapi kitaorang jumpa 2 ekor anak lipas dalam bilik tu huhu.

Lepas rehat kejap, dalam pukul 7 malam kami keluar dinner dekat Nik Ikan Bakar. Kedai dia betul-betul belakang hotel je, boleh nampak tingkap bilik dari meja makan. Jalan kaki je. Makanan dia... bolehlah. Not the best, not the worst. Tapi kenyang tu tetap kenyang.

Lepas makan, kami jalan kaki balik hotel kejap, then naik motor (skuter sewa tu la) pergi pasar malam. Cameron tak sah kalau tak ke pasar malam kan? Jujurnya saya pun tak tau apa yang saya nak sangat kat sana, tapi yelah... FOMO kan. So we went. Try jagung cheese tarik-tarik—honestly, tak kena tekak saya, tapi takpelah, at least pernah rasa.

Balik hotel kami rehat-rehat, tengok balik semua gambar yang kitaorang ambil siangnya. Rehat-rehat, chill-chill then kami tidur.

Hari Ahad (25/5):

Kami keluar awal dalam pukul 8:30 pagi cari sarapan. Tak nak dah scone ke apa, tekak nak benda pedas sikit. Jumpa warung tepi Petronas Brinchang—nasi lemak ayam berempah & roti canai dia sedap gilaaa. Saya macam biasa, setia dengan roti kawen. Teh o panas, teh panas memang padu layan pagi-pagi tu.

Then kami singgah Sheep Sanctuary. Nak tengok kambing biri-biri & alpaca. Masa tengok video orang kat TikTok yang takut haiwan ni, saya gelak je (read : saya kecam haha). Tapi bila dah tengok depan-depan... okay I admit, saya pun nervous. Kambing dia besar & overly friendly. Siap kejar-kejar nak dekat. Saya gelabah, Syafiq gelakkan je haha.

Lepas tu kami balik hotel, check out, pulangkan skuter & sebelum balik tu singgah lagi Cameron Valley beli teh & bungkus scone buat bekal. Takut nanti rindu scone strawberry tu.

On the way balik, kami singgah UITM Tapah—tempat kami study dulu. Nostalgia sangat. Banyak benda dah berubah tapi rasa kenangan tu masih fresh. Then sambung perjalanan balik KL.

That’s the end of our short but sweet Cameron getaway.
Tak plan besar pun, tapi moment tu yang buat semua jadi best.
Next trip mana pulak lepas ni, Syafiq? Hee

Thank you Syafiq, for the ride, the laugh & the scone stops.
Alhamdulillah untuk rezeki masa, kesihatan & perjalanan yang lancar.
Syukur atas semuanya. Sampai next trip!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, 21 May 2025

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK SAYA - 2025 EDITION



Hello-hello… drumroll please… ini adalah post berkenaan Birthday saya!

Officially masuk 30sen ++. Still feeling like 20sen inside hahaha.

Malam sebelum birthday, Syafiq — my loving husband — belikan kek. Kita celebrate dua orang je. Simple. Sweet. Chill. Kita nyanyi lagu birthday sama-sama (pitch lari memang takyah cerita), record video sebagai kenangan. Tak pakai baju fancy even tudung pun saya tak pakai tudung sebab video tu memang untuk kita je — bukan untuk tatapan public, just untuk create memory.

And the best part — hadiah birthday tahun ni adalah kasut running!
Syafiq kata, hadiah untuk isteri dia yang kononnya tengah dalam "her walking / running / hiking era". Konon2 nak sambut cabaran Geng Manusia Cantik yang ajak join half marathon tahun depan. Hahahaha okay please check on me next year kot kot ni semua hangat-hangat tahi ayam je. Tapi takpe, at least niat tu ada. Kasut pun dah ada. #halfthejobdone

Tahun ni kelakar betul bila baca ucapan birthday dari family.
Mak punya wish paling win — “Semoga matang”.
Mak… saya tengah makan kek, don’t attack me like this.
Sebab anak mak ayah ni walaupun umur dah masuk 30sen, perangai masih kadang-kadang macam budak baru 13sen.

Adik-beradik semua wish juga. Macam biasa, lawak-lawak semua. Tapi yang buat saya tergelak sampai ulang baca banyak kali — ucapan Kak Sa:
“Happy selalu ya. Jangan stress & jangan buat orang lain stress jugak.”
OUCH. Okay, I get the message, Kak Sa haha. Ohh Kak Sa pun ada transfer RM30 jugak, terharuuu.

Kek yang Syafiq belikan malam tu banyak lebih, so saya bungkus bawak ke office esoknya.
Dekat department saya, nyanyi lagi. Kali ni ramai-ramai pulak. Rasa macam mini concert.
Lunch, MS Kek & Fenny belanja makan dekat HOMST (rezeki birthday girl again).
Petang tu Wani & Amira belanja ZUS (minuman official department kami).
Ohhh, Kak Nadia — kak ipar saya — pun ada bagi ZUS voucher RM30!
Blessed and caffeinated, what more can I ask for?

Honestly, saya happy.
Dikelilingi orang yang baik-baik. Hidup yang tenang. Jiwa yang rasa cukup.

Sekarang ni saya dah hampir 5 tahun berkahwin.
Kami belum ada anak lagi, tapi kami okay. Kami bahagia.
Ada masa rasa sedih tu normal lah, tapi dalam banyak hari, saya lebih rasa bersyukur.
Sebab hidup saya tetap penuh kasih sayang dan rezeki dalam banyak-bentuk lain.

So untuk diri saya yang makin dewasa (konon),
saya nak titip doa —

"Ya Allah, panjangkan usiaku dalam keberkatan, limpahkan kesihatan yang baik, lapangkan rezeki yang halal dan berkat. Jika sampai waktunya, kurniakanlah zuriat buat kami, tapi sementara menunggu, bahagiakanlah hati kami dengan cinta, kawan-kawan yang baik, rezeki yang cukup, dan hari-hari yang tenang."

Amin.

Selamat Hari Lahir, wahai diri.
You’ve come a long way. Keep growing, keep healing, keep being a little silly.

Love,
Hajar <3

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA