SELAMAT HARI LAHIR UNTUK SAYA - 2025 EDITION

Hello-hello… drumroll please… ini adalah post berkenaan Birthday saya!
Officially masuk 30sen ++. Still feeling like 20sen inside hahaha.
Malam sebelum birthday, Syafiq — my loving husband — belikan kek. Kita celebrate dua orang je. Simple. Sweet. Chill. Kita nyanyi lagu birthday sama-sama (pitch lari memang takyah cerita), record video sebagai kenangan. Tak pakai baju fancy even tudung pun saya tak pakai tudung sebab video tu memang untuk kita je — bukan untuk tatapan public, just untuk create memory.
And the best part — hadiah birthday tahun ni adalah kasut running!Syafiq kata, hadiah untuk isteri dia yang kononnya tengah dalam "her walking / running / hiking era". Konon2 nak sambut cabaran Geng Manusia Cantik yang ajak join half marathon tahun depan. Hahahaha okay please check on me next year kot kot ni semua hangat-hangat tahi ayam je. Tapi takpe, at least niat tu ada. Kasut pun dah ada. #halfthejobdone
Tahun ni kelakar betul bila baca ucapan birthday dari family.Mak punya wish paling win — “Semoga matang”.Mak… saya tengah makan kek, don’t attack me like this.Sebab anak mak ayah ni walaupun umur dah masuk 30sen, perangai masih kadang-kadang macam budak baru 13sen.
Adik-beradik semua wish juga. Macam biasa, lawak-lawak semua. Tapi yang buat saya tergelak sampai ulang baca banyak kali — ucapan Kak Sa:“Happy selalu ya. Jangan stress & jangan buat orang lain stress jugak.”OUCH. Okay, I get the message, Kak Sa haha. Ohh Kak Sa pun ada transfer RM30 jugak, terharuuu.
Kek yang Syafiq belikan malam tu banyak lebih, so saya bungkus bawak ke office esoknya.Dekat department saya, nyanyi lagi. Kali ni ramai-ramai pulak. Rasa macam mini concert.Lunch, MS Kek & Fenny belanja makan dekat HOMST (rezeki birthday girl again).Petang tu Wani & Amira belanja ZUS (minuman official department kami).Ohhh, Kak Nadia — kak ipar saya — pun ada bagi ZUS voucher RM30!Blessed and caffeinated, what more can I ask for?
Honestly, saya happy.Dikelilingi orang yang baik-baik. Hidup yang tenang. Jiwa yang rasa cukup.
Sekarang ni saya dah hampir 5 tahun berkahwin.Kami belum ada anak lagi, tapi kami okay. Kami bahagia.Ada masa rasa sedih tu normal lah, tapi dalam banyak hari, saya lebih rasa bersyukur.Sebab hidup saya tetap penuh kasih sayang dan rezeki dalam banyak-bentuk lain.
So untuk diri saya yang makin dewasa (konon),saya nak titip doa —
"Ya Allah, panjangkan usiaku dalam keberkatan, limpahkan kesihatan yang baik, lapangkan rezeki yang halal dan berkat. Jika sampai waktunya, kurniakanlah zuriat buat kami, tapi sementara menunggu, bahagiakanlah hati kami dengan cinta, kawan-kawan yang baik, rezeki yang cukup, dan hari-hari yang tenang."
Amin.
Selamat Hari Lahir, wahai diri.You’ve come a long way. Keep growing, keep healing, keep being a little silly.
Love,Hajar <3
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment
Dah baca?? Komen okay... Terima kasih daun keladi =)