"Keluarga perlu sentiasa bersama"
Cuti pekerja haritu, keluarga aku buat sedikit kenduri kecil-kecilan yang aku jangka besar-besaran kemeriahannya. Bukan sahaja dapat bagi orang makan, kami juga merapatkan lagi hubungan sesama keluarga. Hari yang penuh dengan gelak ketawa, suara bualan di sana-sini, jeritan dan tangisan anak-anak buah yang berebutkan mainan. Memang keadaan ini membingitkan tetapi keadaan inilah yang bakal aku ingati dan rindui sepanjang hayat aku. Wajah-wajah gembira dapat dilihat di sana-sini. Sesungguhnya aku amat sayangkan keluarga ini dan keluarga ini perlu sentiasa bersama-sama supaya kasih-sayang ini akan tetap milik kita selamanya.
Cewahh... Ni dah kenapa semacam ayat aku hari ni. Bahana dah lama tak update lah kot. Haha... Dah-dah. Taknak cakap banyak. Tengok gambar jelah ea.
 |
Persiapan makanan, kitaorang letak dekat luar. Tema open air la konon. huhu |
 |
Tetamu dah sampai |
 |
Makan time |
 |
Sebahagian kaum wanita di dapur |
 |
Masa untuk tuan rumah makan pulak |
 |
Wajah kegembiraan terpancar. Huhu. |
 |
Lutfi dengan dua pupu, Iman |
 |
Si comot Arif |
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Semua orang pun kenyang. Jadinya, jutaan terima kasih diucapkan kepada orang dapur iaitu emak-emak saudara yang diketuai oleh emak. Diorang memang masak sedap. Orang kata, adik-beradik emak masak sedap tapi belum boleh kalahkan air tangan nenek. Macam mana agaknya rasa arwah nenek masak ea??
Sekian sahaja entry yang banyak gambar kali ini. Assalamualaikum... :)
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA