Saturday, 21 July 2012

BULAN RAMADAN BULAN YANG BERKAT




~~Ku mengharap kan ramadan, kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna~~ 


Selamat datang bulan ramadan. Hmm..syaitan dah pergi, tapi kena ingat nafsu ada lagi. Wahhhh...dah pukul 4. Perut dah memanggil-manggil ni. Haha..sabar Hajar sabar. Kejap lagi kita boleh pergi bazar ramadan okay. Hmm..pengalaman puasa tanpa keluarga? Quite okay...kitaorang bangun pukul 5 pagi tadi. Sahur roti dengan biskut cicah milo. Eh, dengan kurma sekali. Kurma memang menu wajib sahur. Dari rumah lagi memang suka makan kurma time sahur. Bila buka, huh, kurma dah kemana dah. Haha...

Sehubungan dengan itu,,satu sales sempena Ramadan telah dibuat. Jom ramai-ramai kita serbu...

DAPATKAN PAHALA BERGANDA dengan...
1. solat terawih
2. membaca Al-Quran
3. qiamullail
4. sedekah
5. jamu orang berbuka
6. solat dhuha
7. solat berjemaah
8. berzikir

So semua, jom kita beramal semoga kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang rugi. Amin... 

~Selamat beramal~ 

*nak buka apa harini??? hahaha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, 14 July 2012

PAGI SABTU YANG MEMENATKAN



Jangan tak percaya, pagi-pagi lagi Hajar dengan roomate dah bangun harini. Haha...pelik kan kalau budak U bangun pagi-pagi buta hari sabtu. Haa,,ni kalau mak baca mesti mak bangga nih. Hahaha.. Anyway, mak ayah, Hajar sihat dekat sini. Semuanya okay..mak dengan ayah tak payah risau. Nantikan kepulangan anakanda mu di pagi syawal. Cehh,,,ayat tak boleh lagi syahdu ea. Haha... Hmm,,x boleh bayanglah macam mana puasa pertama jauh dengan keluarga ni. Mesti sedih waktu sahur nanti. Kalau dulu, sahur mesti makan sama-sama. Pastu time buka mesti banyak makanan atas meja. Menu wajib mesti ada bubur lambuk yang ayah masak kat masjid punyalah. Wuuiiiii...sedapnya!

Okay-okay, stop cerita pasal puasa. Dah lari tajuk dah ni. Haha...Hajar nak cerita, pagi tadi, dengan semangatnya Hajar dengan roomate bangun pukul 6 pagi tau. kita orang ingatkan ada senam robik dekat padang. Dapat sticker. Tu yang semangat nak pergi. Kalau takde sticker, mesti kita orang tengah membuta lagi kot. Hehe.. So, kita orang pun bangunlah awal harini. Mula-mula joging dulu, pastu dah pukul 7.30 tu nak pergilah padang. Sekali tengok padang kosong... KOSONG. Macam lagu Najwa Latif tu... Jadi, kita orang pon termenung jelah dekat tangga Padang A tu, mengenang nasib. Haha..

Tak lama lepas tu, datanglah sorang abang ni, ingat dia buat apa dekat tengah padang, rupanya dia bukak suis paip penyiram padang tu. Macam gambar bawah ni. Tapi gambar ni Hajar ambil dekat pak cik google jek. Hehe...



Haa...abang tu bukak paip untuk air ni lah. Lepas je abang tu dah jalan, kita orang main air tu macam orang gila. Haha...tak kisah pun orang pandang ke apa sebab masa tu memang takde orang pun dekat situ. Semua tengah membuta lagi. Haha... 

Lepas dah basah-basah tu, kita orang pun berjalanlah ke Rahmath Corner untuk sarapan pagi. Jalan kaki je pun. Menu sarapan pagi harini roti canai ngan teh o panas. Seronok-seronok. Pertama kalinya sarapan pagi dekat luar U. Biasa makan biskut cicah milo je. Then, lepas dah sarapan, kita orang buatlah aktiviti menjelajah dari kedai-ke kedai. Semua kedai yang ada dekat situ kita orang jalan... Dengan barang dekat kiri kanan tangan, fuhh...penat bukan kepalang. 

Masa jalan balik tu dah pukul 10 lebih dah. Panas bukan main. Sampai je bilik, kita orang semua mandi...lepas tu....TIDUR atau dalam bahasa lembut...MEREHATKAN DIRI. Haha..maka berakhirlah pagi sabtu kita orang harini. :) Sabtu minggu depan dah puasa.....tak dapat lah nak buat aktiviti berat-berat sangat. 

*Malam karang nak pergi meeting silat. Bye! Nanti Hajar update blog lagi eah. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA